Rabu, September 04, 2013

A. Samad Said Ditahan Bantu Siasatan Kibar Bendera Alternatif?


A. Samad Said ditahan polis awal pagi Rabu bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan Sasterawan Negara itu.

“Kita tahan beliau di rumahnya di Bangsar Utama pada kira-kira 12.25 tengah malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan. Kita akan siasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta sasterawan itu menyerah diri bagi siasatan lanjut berhubung kes mengibar bendera berkenaan di Dataran Medeka di sini.

Dalam insiden itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Isnin lepas, aktivis politik, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sama.

Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial.



Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: