Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Januari 31, 2014
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Tindakan bodoh PKR?
Akhbar China Press semalam menyiarkan pendapat pembaca mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Artikel bertajuk Sikap PKR lupa diri itu ditulis oleh Kang Yong Qian yang disiarkan dalam ruangan Kedai kopi Orang ramai di halaman C23.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) belum genap setahun, tetapi negara ini sudah melalui tiga kali PRK. Sebelum ini, ada dua PRK berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi hari ini PRK di Kajang pula diadakan disebabkan atas tindakan pemimpin dalam parti itu sendiri.
Sebelum ini, selepas PRU Ke-12, berturutan wakil-wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti. Walaupun tiada sebarang PRK dilakukan, sebenarnya mereka telah menggadai hasrat dan kemahuan rakyat.
Jawapan dan alasan yang diberi oleh PKR apabila berlakunya perkara ini adalah kerana mereka terlalu singkat untuk mengenal pasti calon-calon.
Namun apabila PRK kali ini diadakan, mereka sebenarnya tidak ada alasan lagi. Yang jelasnya, mereka sekali lagi telah menggadaikan kemahuan dan membazirkan masa serta wang ringgit rakyat.
Motif untuk mengadakan PRK dikatakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, supaya beliau dapat memegang jawatan Menteri Besar Selangor, bagi meredakan perbalahan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.
Sebelum Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang, Abdul Khalid masih lagi yakin jawatan menteri besar itu masih berpihak kepadanya. Anwar juga tidak mengaku yang dia akan bertanding dalam PRK untuk memegang jawatan berkenaan.
Tetapi hari ini perkara ini telah tersebar, Anwar sendiri menunjukkan reaksi beliau akan bertanding, ini bermakna khabar angin Abdul Khalid akan melepaskan jawatan digantikan dengan Anwar adalah benar.
Jika Anwar tidak mahu jadi menteri besar, dengan kedudukan beliau dalam politik kenapa dia turun padang untuk bertanding jawatan ADUN?
Ini kali kedua alasan Anwar untuk turun bertanding yang mengorbankan orang lain. Yang pertama dia telah menolak isterinya sendiri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepadanya.
Walaupun PRK di Permatang Pauh dikatakan telah membazirkan duit rakyat, pastinya tindakan beliau itu adalah jalan yang dibenarkan penyokongnya untuk mengembalikan Anwar ke Dewan Rakyat yang membolehkan dia memimpin pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).
Tetapi PRK di Kajang ini hanya untuk kepentingan peribadi Anwar bukan satu tindakan yang berada di landasan yang betul. Sedangkan Abdul Khalid dan Azmin sebenarnya ialah calon pilihan terbaik untuk menjadi menteri besar. Hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman parti, Anwar pula jadi payung terjunnya.
Ini jelas, Anwar tidak menghiraukan pilihan dan keputusan rakyat pada PRU 5 Mei tahun lalu, dan dengan tidak bertanggungjawab dia melakukan pembaziran masa dan wang ringgit rakyat.
Anwar sebagai pemimpin yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika beliau memegang jawatan menteri besar, bukankah ia hanya merendah-rendahkan martabat beliau?
Cuba kita tinjau di luar negara seperti Jepun dan Australia, perdana menteri mereka boleh bertukar posisi menjadi menteri dan bekas perdana menteri boleh bertanding jawatan Datuk Bandar. Di negara mereka tindakan seperti ini tidak dirasai pelik.
Tetapi di negara ini, pemimpin seperti Anwar yang begitu berkobar-kobar mahu menjadi perdana menteri tiba-tiba pada hari ini pula berubah fikiran mahu menjadi menteri besar.
Tiba-tiba pula dia mahu turun pangkat. Bukankah tindakan ini sangat tidak wajar. Orang akan beranggapan bahawa dia memang tamak kuasa.
Anwar juga perlu memberi penjelasan selepas dia menjadi menteri besar kelak, adakah dia masih berhasrat mahu jadi perdana menteri ataupun pada masa akan datang calon Pas yang akan bakal menjadi perdana menteri?
PKR mahukan PRK, seperti telah melupakan kemahuan dan hasrat rakyat. Adakah perkembangan ini akan menyebabkan pengundi akan merasa tidak puas hati, ataupun akan jadi satu pengajaran bagi Anwar?
Anwar boleh mempunyai semangat berkobar-kobar, tetapi jangan pandang rendah terhadap kebijaksanaan pengundi yang menilai. PRK hanya setapak langkah dalam permainan catur, umpama pepatah Cina mahu menghilangkan dahaga sanggup menyembelih angsa untuk minum seteguk darahnya yang membawa maksud mahu rasa sedap sekejap tetapi tidak fikir akibatnya.
Suara Politik
Belantan
Khalid Samad akui kepimpinan PKR alami krisis?
Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.
"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.
Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
Suara Politik
Belantan
Muslihat Anwar elak dihukum?
Keputusan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu dipercayai satu sandiwara politik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang tersebut daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.
Ini memandangkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.
Kejadian hampir sama seperti berulang apabila pada 26 Ogos 2008, Anwar bertanding sebagai calon PKR di Permatang Pauh selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di atas tuduhan tersebut pada 7 Ogos tahun sama.
Pada 15 April 1999, Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.
Kemungkinan strategi itu sekali lagi digunakan oleh Anwar didedahkan oleh bekas Setiausaha Sulitnya, Muhammad Rahimi Osman yang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada sumber dalaman PKR.
Menurut beliau, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuma perkara biasa yang tidak akan menyebabkan Anwar mengambil langkah drastik itu sehingga membelakangkan pimpinan pakatan pembangkang.
"Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.
"Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau," dakwanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan kelmarin selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Semalam, Abdul Khalid mengumumkan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang dikosongkan oleh Chin Cheh.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berpandangan, jawatan Menteri Besar Selangor bukan matlamat utama yang mendorong Anwar untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) malah menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'mempolitikkan kes liwat ke tahap maksimum'.
"Saya tidak hairan dengan 'drama' Anwar kali ini kerana Penasihat PKR itu cuma mengulangi episod yang sama dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008," dakwanya.
Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi 'korban' iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.
"Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau," dakwanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.
"Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor," jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Januari 30, 2014
Khalid jadi 'korban' wayang politik PKR?
Semakin jelas kini, apa yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lim Chin Cheh yang menyatakan keputusannya meletakkan jawatan itu ''untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan pakatan pembangkang berkhidmat untuk rakyat Selangor."
Ia berikutan langkah itu bertujuan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bertanding di kawasan tersebut sekali gus jika mereka berjaya dalam pilihan raya kecil yang diadakan, calon itu bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Ketika ini Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat begitu bercita-cita menjadi Perdana Menteri bersedia 'menurunkan darjat impian itu' dengan menggantikan Abdul Khalid.
Perkara itu disahkan oleh Abdul Khalid, semalam dan sekali gus mengesahkan desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dalam satu kenyataan akhbar bahawa "berdasarkan pengalaman dan kewibawaan memimpin negara, AMK percaya Anwar ialah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar".
'' AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.
''Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Anwar sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang,'' katanya.
Kenyataan itu sekali gus bermakna rakyat sekali lagi terpaksa menyaksikan satu lagi episod memualkan daripada PKR dalam usaha memenuhi agenda politik mereka. Ia memandangkan sebelum ini sudah berlaku dua pilihan raya kecil yang dicipta dengan sengaja oleh PKR bagi tujuan itu.
Kali pertama apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar menguasai semula kerusi itu.
Begitu juga di DUN Penanti yang menyaksikan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan pada 2009.
Jika benar Anwar hendak bertanding, ia bermakna inilah kali kedua pilihan raya kecil diadakan semata-mata untuk memberi kedudukan kepada beliau.
Namun apa yang menarik untuk diperkatakan berhubung kedudukan Abdul Khalid yang akan meneruskan badi kerusi panas Menteri Besar Selangor, apabila terpaksa meninggalkan jawatan itu dalam keadaan kontroversi.
Sebelum ini nasib yang sama sudah berlaku kepada Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhd.Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo. Kesemua mereka kehilangan jawatan itu dalam keadaan yang boleh dianggap tidak rela atau terpaksa. Kecuali Dr.Mohamad Khir yang tumpas dalam pilihan raya umum, Harun, Muhammad dan Abu Hassan pula terpaksa berundur kerana isu yang dikaitkan dengan mereka.
Bagaimanapun kes melibatkan Abdul Khalid lebih unik memandangkan ia berlaku berikutan perbalahan politiknya dengan Azmin Ali apabila ADUN Bukit Antarabangsa itu digugurkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Isu itu ditafsirkan kemuncak perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid yang berlanjutan sejak 2010. Biarpun Abdul Khalid sudah menegaskan, keputusan pengguguran itu bukan dilakukan oleh beliau, namun politik adalah berkaitan dengan persepsi.
Begitulah juga dalam isu ini, biarpun dokumen sulit mengenai kronologi pengguguran Azmin membuktikan ia bukan arahan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid tetapi itu tidak bermaksud beliau 'terlepas' daripada persepsi politik.
Apatah lagi sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, hubungan Abdul Khalid dan Azmin sentiasa tegang.
Azmin merupakan pengkritik tegar kepada kepimpinan Abdul Khalid sejak tahun 2010. Isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dianggap bagaikan 'gunung berapi yang memuntahkan laharnya.'
Sejak awal lagi, ramai yang sudah meramalkan Abdul Khalid akan 'terkorban' dalam pertembungan dengan Azmin yang dianggap orang kesayangan Anwar.
Biarpun Abdul Khalid cuba 'bermain wayang politik' dengan menggambarkan seolah-olah beliau sedang berusaha mempertahankan kedudukannya namun sandiwara itu tidak kekal lama. Sebaliknya, beliau akhirnya bersetuju untuk berundur asalkan bukan Azmin menjadi Menteri Besar.
Keadaan itu membuktikan, kepimpinan PKR tidak mahu melihat perbalahan antara Abdul Khalid dan Azmin berlarutan, justeru salah seorang mesti 'berkorban' atau 'terkorban' dan dalam soal ini, Abdul Khalid dilihat berada di kedua-dua posisi itu.
Ia memandangkan cengkaman politik, bekas tokoh korporat itu yang baru menceburi bidang politik kira-kira enam tahun lalu selepas dipilih menjadi calon PKR di DUN Ijok dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut pada 2007 semakin longgar.
Abdul Khalid semakin terhimpit, terdesak dan tertekan dengan pelbagai serangan politik yang dilancarkan dengan tujuan menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor. Walaupun pada awalnya ADUN Pelabuhan Klang itu dilihat mahu melawan gelombang yang semakin kuat menghempas perjalanan politiknya, namun akhirnya beliau mengalah.
Sudah menjadi lumrah dalam politik, seseorang pemimpin itu mungkin mampu bertahan dengan tekanan luar tetapi beliau tidak akan mampu bertahan jika tekanan berlaku dari dalam.
Begitu juga Abdul Khalid, perbalahan beliau dengan Azmin yang tercetus sejak sekian lama mampu menamatkan karier politiknya. Kalau pun tidak sekarang, mungkin akan datang.
Justeru Abdul Khalid berada dalam dilema memandang kelompok yang dianggap oleh beliau sebagai tidak bermoral kerana mendesak beliau mengundurkan diri, bukanlah calang-calang kelompok.
Mereka terdiri daripada penyokong-penyokong kuat Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dan mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Anwar.
Abdul Khalid boleh sahaja bertahan bagi mengelakkan diri beliau daripada 'terkorban' dalam konflik yang berlaku tetapi persoalannya sampai bila?
Mahu tidak mahu, Abdul Khalid terpaksa menerima hakikat bahawa beliau mempunyai pilihan iaitu berkorban demi mengelakkan daripada dijatuhkan secara tidak terhormat termasuklah kemungkinan menghadapi undi tidak percaya di DUN yang bukannya akan dilakukan oleh pihak lain tetapi oleh PKR sendiri.
Bagaimanapun seperti diramalkan oleh banyak pihak, kedudukan Abdul Khalid tidak akan sampai ke peringkat tersebut kerana PKR tidak akan mengizinkannya. Itulah yang berlaku sekarang. Malangnya, dalam menyelesaikan konflik politik dalaman PKR, rakyat diseret sama apabila satu lagi pilihan raya kecil yang akan menelan kos lebih RM1 juta terpaksa diadakan.
PKR begitu lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara tetapi hakikatnya mereka lebih buruk lagi kerana sanggup membenarkan satu pilihan raya kecil diadakan demi memenuhi agenda politik parti tersebut.
Mungkin ramai yang bertanya di manakah moral politik PKR kerana sanggup berbuat demikian tetapi persoalannya sejak bila pula PKR mengambil berat soal moral? Tepuk dada tanyalah hati! -UMO
Suara Politik
Belantan
PAS Bantah Anwar Bertanding DUN Kajang?
PAS Selangor menyuarakan bantahan terhadap hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, terutamanya jika langkah itu bertujuan untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dilaporkan malaysia-chronicle.com
mengkritik tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatannya sebagai langkah untuk membolehkan Pilihanraya Kecil (PRK) diadakan di DUN itu.
“Pemuda PAS Selangor berpendapat bahawa adalah tidak wajar beliau untuk melepaskan jawatan tanpa sebab yang konkrit. Ia sebuah kisah mengkhianati kepercayaan orang ramai kerana Lee telah menerima majoriti besar 6,824 undi.
“Perbelanjaan bagi pilihan raya kecil juga melibatkan dana dari orang ramai yang agak besar,” katanya.
Perkara sama turut diutarakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.
Dr Mohd Khairuddin dilaporkan FMT berkata pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.
“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin.
“Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.
Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.
Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN.
“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya PRK Kajang.
“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya.
Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.
“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.
“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya.
Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.
“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR,” tegasnya.
Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.
Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.
“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya.
The Malay Mail online.com melaporkan PAS Selangor akan bertindak balas jika Anwar memulakan langkah untuk menjadi MB Selangor baharu.
“Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.
“PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN,” kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Otman.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Januari 29, 2014
PAS Tuntut Jadi MB Selangor Jika Khalid Diturun?
PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.
“Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.
“PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN,” katanya pada Selasa.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.
Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14.
Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.
“Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.
“Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja,” katanya.
Suara Politik
Belantan
'Pelan Damai' - Tawaran Anwar hanya sandiwara?
Tawaran kononnya untuk bekerjasama dan muafakat ke arah 'pelan damai' yang diusulkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional (BN) adalah satu sandiwara semata-mata, menurut beberapa penganalisis politik.
Bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anuar Shaari berkata, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya tidak ikhlas untuk menjalin permuafakatan nasional berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini, sebaliknya bertujuan untuk meraih populariti.
"UMNO dan BN jangan terperangkap dengan permainan sebegini kerana kalau benar-benar ikhlas, sudah lama dia (Anwar) mencadangkan perkara seperti ini. Tetapi dia jugalah yang membuka jalan kepada sengketa antara kaum dan agama dengan memainkan isu-isu sensitif.
"Seperti isu kangkung, anggota Parlimen daripada partinya yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar tidak pula menasihatkan apatah lagi mengambil tindakan ke atas anggotanya. Tunjukkan keihklasan dengan memperbetulkan masalah dalaman partinya dahulu, kemudian baru tawar pelan damai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tawaran Anwar pada Ahad lepas yang dilaporkan akhbar mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Sementara itu, Pelawaan Anwar perlu ditolak - Ezam!
Kerajaan perlu menolak dengan tegas pelawaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk berbincang soal permuafakatan nasional.
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar sendiri sebenarnya sudah bankrap idea dalam berpolitik dan atas sebab itu beliau secara tiba-tiba membangkitkan soal permuafakatan nasional bagi meraih perhatian.
"Anwar memang sudah bankrap moral dan politik tetapi dia masih hidup kerana kita sendiri lemah dan lembab dalam bertindak," kata Ezam menerusi laman Twitternya hari ini.
Pada Ahad lalu, Anwar menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan kononnya demi kepentingan rakyat.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Januari 27, 2014
Anwar Setuju Tiada Bukti Wan Azri 'Papa Gomo'?
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pengendali blog kontroversi PapaGomo.com.
Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web PapaGomo.com
"Adakah Datuk Seri (Anwar) bersetuju tiada bukti pada laman PapaGomo.com yang menjurus kepada Wan Muhammad Azri?" soal Jasbeer.
"Saya setuju," jawab Anwar.
Kenyataan direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Rosilah Yob di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Anwar merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan tuntutan saman RM100 juta terhadap Wan Azri yang didakwa menyiarkan imej separuh telanjang mirip beliau pada Mac 2013 menerusi laman web PapaGomo.com
Dalam pada itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.
Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.
Anwar di luar mahkamah dilihat berang ketika ditanya pemberita mengenai kes yang kini sedang dibicarakan.
"Sudah fitnah saya macam-macam, dalam mahkamah senang pula cakap PapaGomo bukan dia punya," katanya
Kes gambar kontroversi 'Anwar' mula disiarkan menerusi laman rajagoyang360.blogspot dan kemudiannya dipaut oleh pelbagai blog termasuk laman web PapaGomo.
Saman difailkan Anwar pada 21 Mac 2013.
Sementara itu, 'Saya Tiada Masalah Dengan Anwar' - Wan Azri!
Ketua Pegawai Eksekutif portal media Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan mempunyai masalah dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Menurut Wan Azri, beliau selaku pengamal media mempunyai hubungan erat dengan ahli politik samaada dari pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tiada masalah dengan plaintif (Anwar). Tapi sekarang marah sedikit sebab kena saman," katanya ketika menjawab pertanyaan dari N Surendran di Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.
Wan Azri diwakili Peguam Jasbeer Singh merekodkan kenyataannya dihadapan Hakim Rosilah Yob.
N. Surendran yang mewakili Anwar kemudiannya mempertikaikan hubungan rapat Wan Azri dengan pemimpin UMNO dan cuba memainkan isu gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jasbeer dalam hujah balasnya menjelaskan kepada mahkamah bahawa bergambar bersama pemimpin negara bukanlah suatu kesalahan mengikut undang-undang.
Suara Politik
Belantan
Pembangkang amalkan politik alih isu?
Salah satu kepakaran politik yang ada pada pakatan pembangkang ialah mengalihkan sesuatu isu yang melumuri mereka. Sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP mahupun Pas, masing-masing mempunyai seni politik tersebut dalam usaha menutupi segala kepincangan yang berlaku.
Oleh itu, kita tidak perlu terkejut apabila tahun 2014 dianggap tahun untuk mereka mengatur pelbagai demonstrasi bagi memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam masa yang sama berusaha menutupi pekung politik mereka yang semakin terdedah dan 'menanah'.
Difahamkan, pada Ahad ini, 'ayam sabung' PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan turun ke Bukit Mertajam untuk mengetuai 'perbuatan melolong' di tepi jalan kononnya bagi membantah harga barangan naik, menolak GST dan menuduh UMNO rasis.
Sememangnya, inilah taktik politik alih isu yang cuba dilakukan oleh Rafizi yang dijulang oleh penyokong-penyokong pembangkang sebagai pakar strategik politik pakatan tersebut bagi menutupi kebiadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok daripada PKR, Lee Khai Loon yang menyumbat kangkung ke mulut patung wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbuatan itu dikatakan bukan sahaja dikecam oleh orang ramai malah dalam kalangan pemimpin sekutu PKR pun tidak bersetuju dengan demonstrasi biadab itu.
Menyedari keadaan itulah, Rafizi cuba menunjukkan 'jaguhnya' dengan turun ke Bukit Mertajam. Mungkin impian beliau ialah mengalihkan isu Khai Loon.
Tetapi Rafizi terlupa dalam masa yang sama, PKR bukan sahaja berhadapan dengan isu kebiadapan wakil rakyat tersebut, malah parti itu juga sedang berada 'di ambang perang saudara' berikutan isu pengguguran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menegaskan pengguguran itu bukan keputusan kerajaan negeri yang diterajui oleh beliau tetapi ini tidak bermakna perbalahan politik antara beliau dan Azmin sudah berakhir.
'Pertembungan' antara kedua-dua pemimpin kanan PKR ini di Selangor bukan lagi rahsia, malah pengguguran Azmin dikaitkan pula dengan mainan politik berikutan pemilihan PKR yang bakal diadakan pada Mei nanti. Sekali lagi Abdul Khalid menafikan dakwaan itu tetapi dalam masa yang sama semakin tertekan apabila desakan semakin kuat di dalam PKR agar beliau dipecat.
Perkara ini diakui oleh Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution semalam yang mengesahkan terdapat 'desakan keras bukan usul' daripada empat hingga lima anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP) parti itu supaya Abdul Khalid dipecat.
Walaupun menegaskan desakan itu tidak menjadi keputusan mesyuarat tetapi Saifudin mengakui ini kali pertama berlaku 'satu cadangan keras' dikemukakan. Apa pun seperti biasa PKR tidak akan mengaku wujudnya masalah dalaman sebaliknya akan cuba mencari jalan bagi menutupi kepincangan tersebut bagi menggambarkan seolah-olah merekalah parti terbaik di muka bumi Allah ini.
Tindakan yang dilakukan oleh PKR untuk mengadakan demonstrasi bagi mengalih isu ini juga sekali gus akan membantu DAP yang masih lagi terpalit dengan isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Sehingga hari ini DAP masih belum meminta Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menjawab desakan supaya beliau mendedahkan 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.
Politik alih isu ini kemudiannya diikuti pula oleh Pas yang difahamkan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan ia 'pak turut' setia dalam pakatan pembangkang apabila merancang menggerakkan ahli-ahli turun ke jalanan pada 1 Mei ini.
Difahamkan, seorang pemimpin kanan parti itu sudah mengarahkan setiap Pas negeri melaksanakan dua strategi bagi membangkitkan momentum untuk memastikan sokongan rakyat pada perhimpunan tersebut.
Dua strategi itu adalah mengadakan majlis ceramah isu kenaikan harga barang, sara hidup dan GST, manakala strategi kedua pula mengadakan flash mob atau perhimpunan kecil setiap minggu sehingga perhimpunan 1 Mei berlangsung.
Pas terpaksa berbuat demikian ketika imej politik mereka semakin merudum apabila dilihat tidak tegas sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor.
Walaupun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersuara mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mempunyai kalimah Allah di premis Persatuan Bible Malaysia tetapi secara organisasi, Pas terus membisu demi menjaga hati sekutunya, PKR dan DAP.
Pemimpin-pemimpin Pas amat memahami isu kalimah Allah ini ibarat meletakkan parti itu 'ditelan mati emak diluah mati bapa', kalau mereka bertegas senada dengan Harun atau organisasi Islam lain, Pas bimbang PKR dan DAP akan 'berkecil hati'. Bagi Pas, menjaga hubungan politik dengan kedua-dua parti itu lebih penting bagi memastikan mereka tidak 'dicicirkan' dalam usaha memburu impian menawan Putrajaya.
Demikianlah amalan politik alih isu dalam pembangkang. Mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi menutupi kepincangan sendiri kerana dari semasa ke semasa tembelang mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan BN semakin menemui jalan buntu atau dalam istilah lebih tepat semakin tidak dipedulikan oleh rakyat.
Ia memandangkan dalam isu kenaikan harga barang contohnya, rakyat bukannya pekak atau buta untuk menilai bagaimana kesungguhan kerajaan dalam menangani perkara tersebut. Hanya penyokong-penyokong tegar mereka sahaja yang sengaja membuta mata dan hati bagi menolak kesungguhan kerajaan dalam soal itu.
Sememangnya politik pembangkang terus tidak menampakkan kematangan dalam usaha bersama-sama membangunkan negara, sebaliknya mereka kekal dengan politik memburu kekuasaan melalui cara memainkan sentimen rakyat supaya membenci kerajaan yang memerintah.
Atas sebab itulah, pelawaan pembangkang kononnya, mereka ingin berbincang dengan kerajaan BN berhubung isu perkauman tidak perlu dilayan dan hanya membuang masa kerana kerajaan mempunyai banyak lagi isu rakyat yang perlu ditangani.
Tambahan pula selama ini, apa juga usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan mensejahterakan negara tidak pernah mendapat sokongan apatah lagi pujian pembangkang, sebaliknya kerja pembangkang hanya membangkang sepanjang masa.
Apa pun percayalah politik alih isu pembangkang ini tidak perlu diharapkan dan tidak akan mungkin berubah kerana itu sahaja caranya untuk mereka terus bertahan dalam arena politik negara.
Sebab itulah sebelum ini biarpun pelbagai isu melumuri pemimpin mereka termasuk dari segi moral, pakatan pembangkang tetap dilihat 'ampuh'. Bukan kerana kewibawaan sebuah pakatan yang mantap dari segi semua segi tetapi gara-gara kebijaksanaan mereka mengalih isu dan memanipulasikan fakta sehingga ada rakyat terpedaya.
Suara Politik
Belantan
Paderi dan gereja Kristian sudah mula berani 'jolok sarang tebuan'?
Umat Islam terus dicabar. Penggunaan kalimah Allah, kini bukan lagi bermain di mulut mereka. Kali ini mereka naikkan banner-banner di merata-rata gereja.
Gereja Assumptions Conception, Lebuh Farquhar.
Gereja St John Britto, Sg Pinang.
Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus.
Gereja Victory Lutheran, Lorong Delima 7, Island Glade,
Menurut sumber, banyak lagi gereja-gereja yang telah mula melakukan perkara yang sama....AYUH BANGKIT UMAT ISLAM!!!...ADAKAH KITA PATUT TERUS BERDIAM DIRI!!!
Suara Politik
Belantan
Ahad, Januari 26, 2014
Belajar daripada kisah 'Bangau oh bangau'?
Tidaklah mengejutkan apabila pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari meluahkan perasaannya baru-baru ini. Beliau musykil tentang kesungguhan Pas melaksanakan hudud apabila peluang itu berulang kali ada di depan mata.
Dalam luahannya kepada sebuah portal berita awal bulan ini, pensyarah undang-undang yang bertukar kerjaya menjadi ahli politik itu seperti kecewa kerana hujahnya bahawa hudud boleh dilaksanakan di Kelantan sudah tidak diendahkan. Pendapatnya tentang hudud tidak lagi popular sedangkan sebelum ini beliau diangkat sebagai wira hudud Pas.
Kini tiada siapa lagi yang mahu memperkatakan tentang hudud. Keadaan sudah terbalik 180 darjah, Sudah lama tidak kedengaran soal hudud daripada mulut orang Pas bahkan pimpinan mereka seperti mengunci mulut apabila berhadapan dengan soal ini.
Pas seperti terpukul apabila mufti, ulama dan pakar undang-undang menyatakan hudud boleh dilaksanakan tanpa perlu kuasa Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Pas seperti tidak bermaya apabila parti sekutunya menentang pelaksanaan hukum hudud. Pas jadi kerdil apabila berhadapan dengan tuntutan melaksanakan hudud. Pas tiba-tiba seperti tidak tahu apa-apa tentang hudud.
Setelah Kerajaan Persekutuan tidak boleh lagi dipersalahkan, mereka kini menggunakan bermacam helah. Selepas satu jawatankuasa, satu jawatankuasa lain ditubuhkan untuk 'membeli masa' daripada melaksanakan hudud.
Rupa-rupanya mereka hanya pandai bercakap dan berhujah. Tiada satu pun yang bermanfaat besar kepada rakyat boleh dibanggakan telah dilaksanakan. Apabila gagal membangun negeri, mereka salahkan Kerajaan Pusat. Apabila gagal bina lebuh raya, sekali lagi orang lain juga yang disalahkan.
Pas sekali lagi menunjukkan kelemahan melakukan perubahan dan pembaharuan. Kelebihan mereka rupa-rupanya hanya mahir mengikut arus, menurut sahaja telunjuk DAP dan PKR. Bagaimanakah mereka mampu mentadbir negara yang masalahnya lebih kompleks jika hal-hal asas seperti ini pun gagal dilaksanakan?
Pas nampaknya tidak lebih seperti kisah 'Bangau oh bangau'. Pas menjadi reaktif apabila berhadapan dengan masalah dan kerumitan. Bangau yang kurus menyalahkan ikan kerana tak timbul dan ikan pula menyalahkan rumput yang panjang.
Begitulah Pas yang terus menyalahkan Kerajaan Pusat. Pas terbukti gagal menggunakan pengaruh dan kuasanya. Yang mereka hebohkan kuasa Pusat yang bukan dalam lingkungannya sedangkan pengaruh dan kuasa di tangan sendiri tidak dimanfaatkan dengan baik. Pas dilihat parti yang dicorakkan bukan mencorakkan.
Kisah 'Bangau oh bangau' juga berlaku di Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat cepat-cepat menyalahkan penjawat awam dalam kes penyingkiran Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Azmin Ali.
Tindakan terburu-buru Abdul Khalid itu seperti mahu memberi gambaran seolah-olah pemimpin PKR begitu kemaruk jawatan dalam kerajaan. Kedudukan Azmin yang memegang jawatan kanan dalam parti seperti tidak boleh diusik. Sesiapa yang berani mengganggu pemimpin ini walaupun tidak disengajakan bakal menerima padah.
Sebagai ketua eksekutif, Abdul Khalid sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab untuk menanggung apa jua kelemahan pentadbiran beliau, bukan mengambil langkah mudah menuding kesilapan kepada pihak lain.
Tambah pelik apabila Abdul Khalid sanggup menggunakan kuasanya mendedahkan dokumen sulit untuk memberikan gambaran beliau tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.
Tetapi mungkin sudah begitu resam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang. Mereka lebih suka bermain mengikut rentak 'Bangau oh bangau'.
Masalah yang selalu dihadapi ialah kita sering gagal menggunakan kuasa dan pengaruh yang berada dalam kawalan kita. Kuasa dan pengaruh walaupun dianggap kecil tetapi jika digunakan dengan bijaksana boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Seperti kata-kata orang bijak pandai, yakini apa yang dilakukan. Ada kuasa, gunalah kuasa itu dengan bijaksana. Ada kekuatan, gunalah dengan penuh berhemah. Ada pengaruh dan wibawa, gunalah dengan penuh waspada. - UMO
Suara Politik
Belantan
Benarkah MB Khalid terpaksa bergayut di dahan DAP, Pas untuk survival politik?
Di atas kertas, karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap berada dalam keadaan genting selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan.
Menurut Abdullah Sani, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.
Berikutan keputusan itu, sudah jelas nasib Abdul Khalid lebih banyak bergantung kepada sekutu PKR iaitu DAP dan Pas, biar pun pendirian PKR Selangor itu perlu dibawa ke PKR pusat untuk diputuskan.
Abdul Khalid tidak boleh begitu mengharapkan keputusan PKR Selangor tersebut ditolak oleh PKR pusat memandangkan bukan rahsia lagi di peringkat pusat, beliau juga menghadapi tekanan daripada beberapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang mempunyai pendirian, ''setuju 100 peratus' beliau dipecat.
Apatah lagi, Abdul Khalid mempunyai perbalahan politik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bukan sahaja salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam parti itu tetapi juga individu yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun Abdul Khalid dijangka mendapat sokongan daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang sememangnya mempunyai sejarah 'tidak sebulu' dengan Azmin, namun kekuatan mereka tidak mampu menahan penolakan oleh pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap Abdul Khalid.
Secara dasarnya, Abdul Khalid sudah tidak mempunyai apa-apa lagi kekuatan untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor dengan mengharapkan kepada PKR.
Sebaliknya, sejak konflik politik antara beliau dengan Azmin tercetus, ramai pemerhati politik sudah menjangkakan Abdul Khalid tidak akan mampu bertahan. Ia kerana 'serangan' dan tekanan bukannya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri.
Keadaan menjadi bertambah buruk kepada Abdul Khalid apabila beliau dilihat sering sahaja membuat keputusan yang menyusahkan PKR dan meletakkan pentadbiran kerajaan negeri dalam kontroversi.
Abdul Khalid mungkin boleh bertahan jika di Selangor, wakil rakyat PKR memberi sokongan padu kepada beliau tetapi ini tidak berlaku sebaliknya beliau dikatakan hanya mendapat sokongan terlalu sedikit.
Namun begitu, Abdul Khalid masih boleh menaruh harapan untuk kekal sebagai Menteri Besar memandangkan PKR hanya memiliki 14 kerusi sedangkan DAP dan Pas masing-masing 15 kerusi.
Oleh itu, Abdul Khalid kini menaruh harapan sepenuhnya kepada DAP dan Pas untuk menyelamatkan beliau daripada 'terkorban' dalam pertempuran politik dengan PKR.
Abdul Khalid sememangnya mempunyai hubungan akrab dengan wakil rakyat kedua-dua parti itu di peringkat negeri.
Tambahan pula, dalam beberapa keputusan sejak menjadi Menteri Besar, beliau dikatakan lebih memihak kepada pendirian kedua-dua parti itu khususnya DAP.
Justeru DAP dan Pas boleh menjadi tembok penghalang yang akan mampu memintas 'gelombang' PKR untuk menyingkirkan Abdul Khalid.
Jika kedua-dua parti itu mahu Abdul Khalid kekal, ia sudah pastilah memusnahkan impian penyokong-penyokong kuat Azmin yang sudah teruja ingin melihat Menteri Besar Selangor itu berundur atau dipecat daripada jawatan berkenaan.
Selain itu PKR sudah tentu tidak mahu 'mencari fasal' dengan Pas yang dikatakan akan terus memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Pas tidak mahu individu lain termasuklah Azmin menggantikan Abdul Khalid. Jika PKR berdegil dengan pendiriannya, Pas dikatakan akan menuntut kerusi Menteri Besar yang sememangnya sejak awal lagi hak mereka berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai.
Senario ini memperkukuhkan lagi usaha Abdul Khalid untuk bertahan dengan sokongan Pas dan DAP.
Namun begitu ia bukanlah bermakna usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid sudah berakhir sebaliknya, beliau mungkin akan berhadapan dengan gangguan demi gangguan dari dalam parti sendiri dengan tujuan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor.
Malah seperti mana diramalkan banyak pihak, pemilihan PKR pada Mei ini bukan sahaja akan menyaksikan pertembungan antara beliau dan Azmin tetapi platform untuk memburuk-burukan Abdul Khalid.
Oleh itu, Abdul Khalid mungkin boleh kekal sebagai Menteri Besar Selangor dengan sokongan DAP dan Pas, tetapi perjuangan politik beliau sentiasa akan dihempas 'gelombang' akibat 'serangan' kawan-kawan sendiri - begitulah politik.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Januari 25, 2014
Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Rohingya di Myanmar berterusan?
The Massacre of Muslims in Burma continues, with over 1000 killed in cold blood yesterday, without any media interest! Please share to awaken the conscience of Humanity!
الإبادة الجماعية لمسلمي بورما على أيدي البوذيين متواصلة ، مجزرة الأمس ذهب ضحيتها ١٠٠٠ مسلم في ظل تعتيم إعلامي كامل .. انشروا هذا الخبر ! أيقظوا الضمائر النائمة !
Suara Politik
Belantan
Krisis rebutan kuasa MB Selangor - Desakan kuat agar Khalid digantikan?
Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.
Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
"Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.
Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.
Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan Abdullah Sani itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam yang menafikan Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Menurut Saifuddin, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 15 Januari lalu.
Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.
"Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri," ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Januari 24, 2014
Kedudukan MB Khalid bagai 'telur dihujung tanduk'?
Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan dokumen sulit bagi membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun Menteri Besar Selangor itu terus menerima tekanan dari parti sendiri termasuk berundur.
Difahamkan, Abdul Khalid kini bukan sahaja menerima tekanan untuk meletakkan jawatan malah sudah ada desakan kuat dalam PKR supaya beliau dipecat berikutan kemelut yang berlaku.
Desakan kuat untuk memecat Abdul Khalid disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini dengan menggunakan istilah desakan keras yang dilakukan oleh empat hingga lima orang anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP).
Saifuddin menyatakan, desakan itu bukanlah satu usul dan MPP tidak membuat keputusan memecat Abdul Khalid seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.
Beliau menganggap pandangan seperti itu lumrah dalam parti tetapi menyatakan ia pertama kali desakan seumpama itu dilakukan.
Difahamkan penegasan Saifuddin masih belum mampu memastikan kedudukan Abdul Khalid tidak terancam atau tidak tergugat memandangkan Menteri Besar Selangor itu berhadapan dengan tekanan cukup kuat yang memungkinkan beliau tersingkir.
Tambahan pula, perbalahan politik antara beliau dengan Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dikatakan sudah sampai ke kemuncaknya.
Biar pun penyingkiran Azmin dari PKNS bukan dilakukan oleh Abdul Khalid namun ia tetap memberi kesan hubungan politik kedua-dua pemimpin itu.
Apatah lagi, sejak Jun 2010, Azmin dilihat pemimpin paling lantang mengkritik cara Abdul Khalid mengendalikan pentadbiran kerajaan negeri.
Terbaharu pada November lalu, apabila Azmin mengkritik keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 peratus hingga 373 peratus.
Berikutan keadaan itu dalam kalangan pemimpin dan ahli PKR khususnya di Selangor, mereka tertanya-tanya sejauh manakah Abdul Khalid mampu bertahan, tambahan pula di negeri itu, kepimpinan beliau kurang disenangi oleh pemimpin parti berkenaan termasuklah dalam kalangan wakil rakyat PKR.
Difahamkan juga kepimpinan kanan PKR tidak berpuas hati dengan Abdul Khalid yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan berhubung sesuatu isu melibatkan pengurusan kerajaan negeri sehingga ada banyak tindakan beliau dilihat menyusahkan parti.
Walau bagaimanapun, satu sumber memberitahu, Abdul Khalid akan terus bertahan memimpin Selangor dengan sokongan padu wakil rakyat DAP dan Pas.
Atas sebab itulah dalam satu mesyuarat baru-baru ini pemimpin kanan PKR tidak mahu desakan untuk menyingkirkan Abdul Khalid bocor kepada mana-mana pihak kerana kedudukan beliau harus dibincangkan secara bersama dengan rakan sekutu PKR," kata sumber itu.
Namun sumber itu menegaskan, beliau percaya tekanan kepada Abdul Khalid dijangka memuncak menjelang pemilihan PKR pada Mei nanti memandangkan beliau dilihat pencabar terdekat kepada Azmin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Walaupun Azmin tidak pernah membuat sebarang desakan bagi memastikan Abdul Khalid tersingkir daripada kedudukan sekarang namun penyokong beliau didakwa akan terus memainkan peranan bagi tujuan itu," kata sumber tersebut ketika dihubungi.
Suara Politik
Belantan
Hina PM - Guan Eng salahkan Anwar?
Anwar Ibrahim merupakan individu yang harus tampil menyelesaikan kemelut berhubung tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi pada minggu lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang tiada kena mengena dengan perkara itu dan mereka tidak sepatutnya diseret dalam demonstrasi mengecam Khai Loon.
"Saya tidak perlu memberi penjelasan walaupun Khai Loon merupakan ADUN di negeri ini. Beliau ahli PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan bukan DAP.
"Dalam isu ini, Anwar yang harus selesaikan kerana program yang berlangsung di Bukit Mertajam Rabu minggu lalu dianjurkan oleh PKR," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Guan Eng berkata demikian sebagai mengulas dua demonstrasi yang berlangsung dalam suasana tegang di negeri ini oleh UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan biadab Khai Loon memasukkan kangkung dalam mulut patung menyerupai Najib.
"Mengapa mereka tidak serang Anwar ketika membuat bantahan berkenaan? Adakah kerana beliau seorang Melayu dan saya pula Cina, jadi saya yang jadi sasaran.
"Ini semua tidak seharusnya berlaku. Mereka membuat demonstrasi dalam keadaan ganas sehingga ada seorang lelaki dipukul," katanya.
Difahamkan punca lelaki berkenaan dipukul adalah kerana memaki hamun peserta demonstrasi yang membantah Khai Loon.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Januari 23, 2014
Pijak bendera Jepun : Anwar kata dia dihina dan enggan minta maaf?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak akan memohon maaf terhadap perbuatan sekumpulan penyokong yang memijak bendera Jepun sebagai solidariti terhadap beliau.
Beliau turut menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai perkara itu tidak perlu dilakukan dalam perhimpunan aman.
"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan. Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini.
Ditanya adakah beliau akan meminta maaf bagi pihak penyokong PR itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu tidak perlu.
"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.
Mengulas lanjut mengenai penahanan beliau dari memasuki Jepun Ahad lalu.
Anwar menafikan beliau menuduh Wisma Putra sebagai "tangan ghaib" yang menghalang kemasukannya ke negara itu.
"Saya tak sebut Wisma Putra, saya cuma cakap ada "tangan ghaib', sebab pegawai imigresen (Jepun ) merujuk laporan terbaru.
"Jadi sekarang ini saya inginkan penjelasan dari kedua-dua pihak autoriti (Menteri Luar) dan Jepun apakah sebenar disebalik laporan tersembunyi itu sehingga mereka kata mereka ada kuasa untuk berbuat demikian. Sebab saya ada hak sebagai rakyat Malaysia, jadi saya minta penjelasan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.
Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.
“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat," katanya.
Suara Politik
Belantan
Anwar kena kemuka bukti sebelum tuduh?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti terhadap tuduhan Wisma Putra dalang di sebalik larangan memasuki Jepun.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin, berkata Anwar perlu berhenti membuat tuduhan jika gagal mengemukakan bukti menyokong dakwaannya.
Katanya, bukti kukuh perlu dikemukakan sebelum bertindak menuding jari dan menuduh pihak lain.
“Kerajaan sudah menjelaskan dengan terperinci punca dan alasan larangan itu, begitu juga penjelasan daripada kerajaan Jepun berhubung larangan itu,” katanya.
Hamzah berkata, pemergian Anwar ke Jepun sebelum ini diuruskan khas Kedutaan Jepun di Malaysia.
“Bagaimanapun, pada kali ini beliau pergi ke negara itu tanpa membuat permohonan terlebih dahulu, kerana itu beliau tidak dibenarkan masuk atas sebab yang dinyatakan sebelum ini,” katanya.
Anwar diminta mengambil penerbangan pertama pulang ke Malaysia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Ahad lalu atau dihantar pulang.
Beliau dimaklumkan pihak berkuasa Jepun, larangan itu kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah disabitkan atas kesalahan jenayah pada 1999.
Tak mohon visa
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Malaysia, Takaharu Suegami semalam dilaporkan berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana tidak membuat permohonan mendapatkan visa.
Beliau turut memaklumkan Ketua Pembangkang itu sebelum ini pernah melawat Jepun dua kali, masing-masing pada April dan Jun 2012.
“Untuk kedua-dua lawatan itu, Anwar ada membuat permohonan mendapatkan visa dan ia membolehkan Kedutaan Jepun mengeluarkan ‘kebenaran khas’ untuk beliau memasuki Jepun.
“Kerajaan Jepun berhak melarang sesiapa saja memasuki negara itu mengikut Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Januari 22, 2014
Laporan terkini kegagalan Anwar memasuki Jepun?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun Ahad lalu disebabkan kegagalan beliau untuk memohon visa bagi memasuki negara matahari terbit itu.
Jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia, Tomoko Nagai berkata, Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun Jepun pada tahun lalu memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut.
Bagaimanapun Anwar, katanya, tidak memohon visa sebagaimana yang dilakukannya pada lawatan sebelum ini.
Kenyataan rasmi jurucakap Kedutaan Jepun itu bukan sahaja memalukan Anwar Ibrahim, MP Permatang Pauh, Pulau Pinang tetapi seluruh kepimpinan pakatan pembangkang yang sebelum ini begitu cepat memfitnah menunding jari kepada UMNO dan kerajaan BN Persekutuan.
Seperti mana yang kita ketahui bahawa Anwar adalah bekas banduan yang didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa. MP Permatang Pauh, Pulau Pinang itu dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.
Dan Anwar termasuk dalam Article 5 (any alien who falls under any of the following items shall be denied permission for landing in Japan) :
5 (iv) A person who has been convicted of a violation of any law or regulation of Japan, or of any other country, and has been sentenced to imprisonment with or without work for 1 year or more, or to an equivalent penalty.
Maka, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar masih perlu mengisi borang visa atau dokumen-dokumen lain, tidak seperti rakyat Malaysia lain yang bukan bekas banduan seperti Ketua Pembangkang itu
Begitu juga dengan tindakan bodoh segelintir penyokong Pakatan Pembangkang yang membakar bendera negara Jepun dan melaung-laungkan 'boikot barangan Jepun' padahal ada di antara mereka memiliki kereta ciptaan negara matahari terbit tersebut.
Tindakan mereka itu memalukan seluruh rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama. Sudahlah hanya 12 orang yang hadir, mereka sendiri berdemo di atas alasan yang salah dan sebenarnya dek salah boss mereka sendiri.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Januari 21, 2014
Biadap dan kurang ajar - Khai Loon didesak mohon maaf?
Pertubuhan Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok) mendesak Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lalu memohon maaf secara terbuka bagi mengelakkan bantahan yang lebih besar selepas ini.
Ketua Penerangannya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan bangkit mendesak Khai Loon supaya memohon maaf sekiranya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih berdegil.
Beliau berkata, ekoran daripada itu, Suara Pondok bimbang suasana akan menjadi lebih tegang dan mencetuskan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kita bimbang akan berlaku huru-hara. Ibarat api, semasa kecil memang tidak membahayakan tetapi kalau ia terus marak sukar dikawal. Begitu juga tahap kesabaran manusia, kalau sudah melampau sangat sabar itu akan hilang.
Sebagai seorang pemimpin tidak sepatutnya Khai Loon bertindak dengan menunjukkan kelakuan buruk menghina pemimpin nombor satu negara kerana ia akan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Sikap yang ditunjukkan itu bukan sekadar tidak sopan tetapi tidak beradab malah kurang ajar yang terlampau," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian di Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam, Rabu lalu, sekumpulan penyokong PKR yang diketuai Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri dan mempersenda kenyataan Najib berhubung penurunan harga sayuran berkenaan baru-baru ini.
Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik turun berhimpun secara aman membantah tindakan Khai Loon yang dianggap sebagai keterlaluan, kurang ajar serta tidak boleh diterima.
Mohd. Syamsul mengesyorkan, barisan pemimpin tertinggi PKR supaya menasihati atau memberi motivasi berkaitan sahsiah diri bagi memperbetulkan norma-norma tidak bermoral sebagai seorang pemimpin di kalangan ahlinya agar perkara seperti ini tidak berulang.
Suara Politik
Belantan
Wisma Putra nafi dakwaan Penasihat PKR?
Wisma Putra menafikan dakwaan terlibat dalam 'komplot' dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki negara tersebut.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sebaliknya larangan itu dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen.
Jelasnya, larangan menurut akta berkenaan mengambil kira sesiapa yang disabitkan atas suatu pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan Jepun, atau mana-mana negara lain, dan telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun atau lebih, atau suatu penalti yang setara.
"Ketua Pembangkang itu dilarang memasuki Jepun kerana beliau dianggap 'tidak diingini' oleh pihak berkuasa imigresen di sana. Setiap negara mempunyai kedaulatan undang-undang dan hak untuk menafikan sesiapa untuk memasuki negaranya.
"Dalam kes ini, Anwar tiada kewajipan untuk menjelaskan mengapa pihak berkuasa Jepun membuat penegasan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang menuding jari kepada kerajaan dengan mendakwa larangan itu dikuatkuasakan kononnya selepas pihak berkuasa Jepun mendapat aduan terbaharu mengenai beliau daripada Wisma Putra.
Anifah memberitahu, dakwaan yang mengaitkan Wisma Putra terlibat dalam larangan itu atau pihaknya memiliki 'kuasa' untuk mempengaruhi negara luar ialah sesuatu yang tidak masuk akal.
"Kami tiada kaitan dengannya," tegas beliau.
Anifah turut menafikan dakwaan Anwar yang mengaitkan larangan itu berdasarkan kepada suatu 'laporan' yang kononnya diserahkan oleh kerajaan kepada Jepun.
"Saya tidak pernah mengemukakan sebarang laporan mengenai Anwar kepada Jepun. Atas dasar apa perlunya kita mengemukakan sebarang perkara berkaitan Anwar bagi menghalangnya memasuki mana-mana negara," katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, Wisma Putra telah menghubungi pihak berkuasa Jepun bagi mendapatkan pengesahan lanjut mengenainya memandangkan perkara itu melibatkan rakyat Malaysia.
"Tidak kira mereka dari pihak kerajaan atau pembangkang atau sesiapa pun, bagi kami, Anwar ialah seorang warganegara Malaysia," tambahnya.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Januari 20, 2014
Anwar dakwa kerajaan mendalangi pengusiran beliau dari Jepun?
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Luar Negeri memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun.
Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini.
"Apa peranan Wisma Putra hingga menyebabkan saya terpaksa diusir dari Jepun.
"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada bulan lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.
Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Januari 19, 2014
Mengapa hanya hangat-hangat tahi ayam?
Adakah semua ini keputusan politik? Demikianlah persoalan yang timbul dan hangat diperkatakan apabila UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung isu Lahad Datu. Adakah tindakan 'menyaman' Tian Chua sekadar menunjukkan UMNO prihatin isu keselamatan rakyat menjelang pilihan raya?
Tragedi perajurit kita yang dibunuh oleh pengganas Sulu di Lahad Datu mendapat simpati seluruh rakyat, tidak kira bangsa dan agama kecuali mereka yang 'memang tidak berguna' kepada negara. Maka apabila UMNO menarik balik saman selepas Tian Chua 'meminta maaf' ini adalah tindakan hangat-hangat tahi ayam. Keras-keras kerak nasi, mudah lembek bila kena air.
Isnin lalu kes saman fitnah yang difailkan oleh UMNO terhadap Tian Chua berhubung penyiaran rencana tragedi Lahad Datu kononnya sandiwara UMNO telah diselesaikan di luar mahkamah. Bagaimanapun rakyat termasuk orang UMNO sendiri tentu kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh segelintir individu ini.
Sebenarnya UMNO tidak perlu pun menyaman Tian Chua. Beratus-ratus pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta bekas perajurit telah bangkit menyanggah kenyataan Tian Chua. Malah mereka membela UMNO daripada tuduhan tersebut. Sekiranya UMNO tidak menyaman Tian Chua pun rakyat berada di pihak UMNO kerana tahu itu bukan sandiwara. Itu betul-betul. Tetapi apabila UMNO mahu menyaman, itu sudah bagus.
Rakyat telah bangkit memberi tekanan kepada Tian Chua apabila jumlah perajurit terkorban semakin meningkat. Secara moralnya apabila ada bukti mangsa terkorban disiarkan di media, moral Tian Chua telah jatuh. Rakyat melihat dia berpolitik melampaui batas dan mahu menjadikan tragedi itu modal pilihan raya.
Tetapi apabila UMNO mengambil tindakan undang-undang ke atas Tian Chua, rakyat melihat ini satu kesungguhan dan membuktikan UMNO tidak mempolitikkan serangan pengganas itu. Bagaimanapun apabila UMNO menarik balik saman tanpa alasan yang kukuh, rakyat melihat tindakan itu sebagai sengaja mengguris perasaan keluarga perajurit yang sanggup berkorban untuk negara. Sepatutnya apabila UMNO memulakan, biarlah hingga ke 'titisan darah terakhir' walaupun terpaksa menerima kekalahan. Alang-alang menyeluk tempayan budu, biarlah apa akan berlaku sekalipun.
Kalau UMNO kalah sekalipun dalam saman ini, UMNO tetap menang di mata rakyat. Tetapi bila belum pun masuk berlawan telah 'diselesaikan' di tepi gelanggang, apa ceritanya. Lekeh sangatlah.
Adakah harga nyawa perajurit, maruah negara dan keselamatan rakyat boleh ditukar dengan permohonan maaf (tambahan pula bukan secara rasmi di depan umum) oleh Tian Chua? Kalau rasa terlalu pemaaf sangat, eloklah berfikir banyak kali sebelum membuat tindakan saman. Bahkan lebih elok awal-awal lagi memaafkan Tian Chua, tidaklah rakyat melihat ada suatu yang tidak kena.
Apabila kes ini diselesaikan dengan begitu mudah, ia kelihatan seolah-olah pengorbanan perajurit dan keluarga yang menanggung sengsara tidak ada nilainya.
Apakah dalam keadaan kesengsaraan rakyat yang demikian teruk, UMNO tidak dapat menyelami apabila saman yang dimulakan diselesai di luar mahkamah?
Atau adakah selepas pilihan raya umum telah berlalu maka saman terhadap Tian Chua sudah tidak bernilai tinggi di pasaran politik untuk meraih sokongan rakyat? Saya sangat percaya UMNO tidak berfikir sedemikian, cuma segelintir pihak kononnya mewakili UMNO mungkin berfikir begitu.
Al-Fatihah buat perajurit dan anggota polis yang terkorban. Mudah-mudahan Allah SWT tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...!!!
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)