Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Februari 28, 2013
'Fatwa' dua tok guru?
Petikan (1)
''Apabila seseorang itu memelihara barang yang di antara dua pipinya iaitu lidahnya dan barang yang di antara dua pehanya iaitu kemaluannya daripada melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah nescaya dia masuk syurga. Kedua-dua anggota ini sering kali menjadi sasaran hasutan syaitan sering kali manusia tergelincir dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah."
Petikan (2)
''….Tetapi sekiranya Pas, menyatakan bahawa al-Quran menjadi dasarnya sedangkan pada amalannya ia berlainan daripada al-Quran maka tidak (ada) sebab untuk Pas kekal. Pas hanya boleh kekal dengan berkat dan tuah al-Quran, tetapi ia tidak akan kekal kalau hanya pada nama sahaja ia didasarkan kepada al-Quran tetapi ia tidak diamalkan oleh ahli-ahli Pas."
Dua petikan ini terkandung dalam buku Mutiara Tok Guru: Membangun Ummah. Buku ini adalah kompilasi cetusan pemikiran dua pemimpin utama Pas iaitu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kuliah dan khutbah mereka.
Petikan yang pertama terkandung dalam Bab 27 muka surat 95 bertajuk, 'Memelihara lidah dan kemaluan' yang disampaikan oleh Abdul Hadi manakala petikan kedua pula di bawah tajuk 'Masa depan Gemilang Bersama Islam' yang disampaikan oleh Nik Abdul Aziz.
Sememangnya dua pemimpin ini dianggap ulama utama dalam Pas. Malahan dalam buku itu, penerbit dalam kata pengantar menyatakan, buku itu dinamakan, 'Membangun Ummah' kerana kerangka pemikiran yang dibawa oleh dua tok guru ini mewarisi gagasan Hassan al-Banna yang mahu mengembalikan semula kegemilangan ummah menerusi pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara berasaskan akhlak Islam mengikut acuan al-Quran dan sunnah.
Namun kajilah apakah tindak-tanduk yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini dalam arena politik negara khususnya sejak Pas menjalin kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersesuaian dengan apa yang mereka katakan seperti mana dipetik dalam buku yang diterbitkan pada Ogos 2008 itu.
Penulis memilih dua petikan tersebut iaitu berkaitan bahayanya lidah dan perjalanan sebenar politik yang seharusnya dilalui Pas. Kedua-duanya bukan sahaja berkaitan rapat dengan tindak-tanduk kedua-dua pemimpin itu tetapi juga Pas itu sendiri.
Ketika ini, dua isu besar melibatkan Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, kedua-duanya ada kaitan dengan apa yang pernah mereka lafazkan. Abdul Hadi masih terbelenggu dengan isu Amanat Haji Hadi yang dilafazkan oleh beliau pada tahun 1981 dan isu kalimah Allah yang menyaksikan 'kegelojohan' beliau menandatangani persetujuan bersama pemimpin PKR dan DAP bagi membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah suci itu meletakkan Pas dalam dilema.
Nik Abdul Aziz pula semakin digugat kerana menyamakan bantuan wang diberikan Kerajaan Pusat kepada rakyat sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.'
Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan namun Menteri Besar Kelantan itu tetap mempertahankan kenyataannya sekali gus menjadikan usaha pihak tertentu dalam Pas yang cuba menghasilkan rakaman video bagi menunjukkan kononnya Utusan Malaysia tersalah petik ucapan beliau hanya sia-sia.
Abdul Hadi pernah bercakap dan menyeru umat Islam menjaga lidah, Nik Abdul Aziz pernah menegaskan bahawa perjuangan Pas berlandaskan kepada amalan yang termaktub dalam al-Quran tetapi perhatikan kontroversi yang mereka cetuskan.
Apakah semua itu tidak menunjukkan kegagalan mereka untuk menjaga lidah? Tidakkah tindakan mereka dilihat bertentangan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran?
Kalau benar Abdul Hadi mahu umat Islam menjaga lidah, bagaimana dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang kalau mahu dicatatkan kata-kata beliau penuh kecaman dan pandangan buruk kepada musuh-musuh politik Pas terutamanya UMNO.
Bagaimana pula dengan 'Amanat Hadi' yang dilafazkan oleh lidah Abdul Hadi sehingga memecah-belahkan umat Islam tetapi sampai sekarang tidak ditarik balik? Kalau benar perjuangan Pas mengikut apa yang terkandung di dalam al-Quran sudah pasti, parti itu menjadi pejuang Islam paling tegar termasuklah berani membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian Pas dalam isu kalimah Allah.
Selain itu juga kalau betul Pas berjuang dalam arena politik berlandas al-Quran tentulah mereka tidak akan sewenang-wenangnya bekerjasama dengan DAP yang suatu dahulu Pas juga 'memfatwakan' haram apabila UMNO menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC.
Apabila perkara itu dipersoalkan, pemimpin-pemimpin Pas berhujah bahawa kerjasama parti itu berbeza dengan kerjasama antara UMNO dan MCA tetapi apa yang kita saksikan ialah cita-cita perjuangan Pas sudah berkubur kerana ia mendapat penentangan DAP.
Tetapi Pas masih dalam pakatan pembangkang dan Abdul Hadi berhujah kalau kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan meninggalkan pakatan tetapi semua orang tahu apa terjadi perjuangan Pas yang diuar-uarkan oleh Nik Abdul Aziz harus berlandaskan kepada al-Quran.
Kalau benar Pas mengikut perjuangan berlandaskan al-Quran kenapakah kerja-kerja baik yang dilakukan oleh kerajaan BN termasuklah usaha UMNO meningkatkan martabat umat Islam dan mengembangkan syiar Islam sering sahaja diperlekehkan oleh Pas.
Siapakah yang mengeluarkan kenyataan bahawa Islam yang dibawa oleh UMNO adalah Islam plastik? Siapakah yang memperlekehkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza?
Siapakah yang mencerca bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat?
Semua itu pernah dilakukan oleh Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang sepatutnya lebih faham mengenai firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud;
''…Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya (permusuhan).
Janganlah kerana kepentingan politik atau dipengaruhi fahaman ideologi berbeza, segala perkara baik yang dilakukan oleh UMNO dan BN mahu dinafikan khususnya dalam meningkatkan hidup rakyat dan mensejahterakan negara.
Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz perlu mengamalkan apa yang mereka sampaikan dalam tazkirah, khutbah dan kuliah mereka. Ia bagi mengelakkan orang membuat tafsiran yang tidak baik seperti menganggap kedua-dua pemimpin Pas itu mempunyai dua perwatakan berbeza iaitu sebagai ulama dan ahli politik.
Tetapi apa yang boleh diperhatikan, sejak kebelakangan ini watak ulama sebenar seolah-olah tidak begitu ditonjolkan oleh Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, kalaupun ditonjolkan ia lebih banyak dilihat atas pertimbangan politik.
Sebab itulah kita menyaksikan kedua-dua pemimpin sering sahaja melakukan tindakan dan membuat kenyataan yang dilihat tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai ulama.
Sememangnya, kita sama sekali tidak menghalang mana-mana orang Melayu khususnya pengikut tegar Pas untuk menyanjungi kedua-dua ahli politik bertaraf ulama tersebut, malahan kita menghormati ilmu agama yang mereka miliki tetapi biarlah ia digunakan demi kesejahteraan umat Islam, bukannya semata-mata untuk memburu kuasa politik.
Jangan sampai nanti melalui tindak-tanduk mereka, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz tidak dihormati lagi dan akan diibaratkan seperti 'hampas kelapa yang perlu dibuang' dan jerami yang perlu dibakar.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik
Belantan
Apabila jeneral bersara berpolitik?
Beberapa minggu lepas ketika menggunakan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tersergam indah, penulis berkesempatan berbual dengan sepasang suami isteri baru pulang daripada melawat anak mereka yang masih belajar di sebuah negara di Asia Barat. Pasangan itu bersyukur kerana anak mereka mendapat biasiswa kerajaan persekutuan. Kedua-dua mereka adalah pesara kerajaan. Si suami ialah pesara tentera (lain-lain pangkat) manakala si isteri pesara kakitangan sokongan sebuah jabatan kerajaan bukan beruniform yang terlibat dengan keselamatan dalam negeri.
Kedua-duanya bercerita tentang zaman lampau sewaktu masih bertugas. Menurut mereka tiga perkara penting yang wajib ada pada seorang pekerja kerajaan ialah amanah, ikhlas dan menyimpan rahsia urusan rasmi.
Beliau mengucapkan kesyukuran sekali lagi kerana berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada bekas perajurit khususnya dalam memulakan perniagaan baru. Memulakan perniagaan baru berdepan dengan pelbagai risiko dan tidak semestinya untung dalam jangka masa pendek. Tidak seperti artis yang menjadi penceramah politik yang boleh mendapat bayaran lumayan dengan hanya bercakap tanpa fakta dan bukti yang kukuh, kata pesara tentera itu.
Kini bukan sahaja artis, malah pesara tentera yang berpangkat tinggi juga diguna pakai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjaja rahsia negara di pentas-pentas ceramah politik. Adakah itu suatu tindakan yang beretika? Sedangkan bekas perajurit bukan pegawai (lain-lain pangkat) juga tahu tentang perlunya menjaga rahsia negara, apatah lagi seorang bekas pegawai kanan dalam tentera.
Adalah menarik untuk membincangkan strategi-strategi dalam tentera yang ada kaitannya dengan profesionalisme kerjaya badan beruniform tersebut. Memandangkan tokoh-tokoh parti pembangkang dalam negara ini ramai yang condong ke arah Amerika Syarikat (AS), adalah wajar untuk kita melihat bagaimana negara Uncle Sam itu melatih kadet-kadet mereka.
AS mempunyai banyak akademi latihan tentera darat ternama yang menurut mereka telah melahirkan ramai panglima terbilang, walaupun AS tersungkur di Vietnam dan Somalia. Antaranya ialah di West Point. Menurut buku bertajuk Building Leaders The West Point Way: 10 Principles From The Nation's Most Powerful Leaderhip Lab karya Mejar Jeneral (Bersara) Joseph P. Franklin, cogan kata utama kadet di West Point terdiri daripada tiga perkataan iaitu tanggungjawab, maruah dan tanah air. Secara ringkas tanggungjawab termasuklah menyimpan rahsia negara.
Pengalaman penulis menemu ramah beberapa bekas perajurit yang pernah bertempur dengan komunis pada tahun 1970-an menyatakan, apabila telah dimaklumkan mengenai sesuatu operasi dalam hutan, anggota tentera tersebut tidak boleh memberitahu sesiapa walaupun isteri sendiri atau rakan daripada unit lain.
Perkataan kedua ialah maruah. Dalam konteks Malaysia, perajurit bukan sahaja perlu menjaga maruah diri, tetapi juga maruah negara kerana telah bersumpah taat setia sejak sebelum memulakan perkhidmatan lagi. Apabila rahsia negara telah digadaikan, bermaksud maruah empunya diri juga turut digadaikan bersama.
Seterusnya perkataan tanah air. Jika rahsia negara yang terdiri daripada kekuatan dan kelemahan pertahanan negara didedahkan, maka mudahlah anasir asing menceroboh serta menjahanamkan negara. Banyak contoh yang boleh kita lihat di Syria, Iraq dan Afghanistan yang menuju kehancuran apabila pasukan pertahanan sendiri yang menjadi tali barut asing. Tidakkah kita berfikir dan mengambil iktibar?
Dalam bidang strategi ketenteraan, Sun Tzu sangat terkenal dengan strategi perang yang teratur di zamannya dalam "The Art of War" yang terdiri daripada 13 tajuk utama.
Sun Tzu ialah jeneral dari China dan hidup sepanjang pemerintahan maharaja China sebelum masihi. Strategi yang beliau perkenalkan 2,500 tahun dahulu digunakan oleh ramai panglima perang antaranya Napoleon, Patton, MacArthur dan lain-lain lagi.
Menurut Sun Tzu, jika arahan daripada seorang jeneral tidak jelas dan tidak benar-benar difahami oleh anggota tentera, maka jeneral itu harus dipersalahkan. Namun jika arahan jeneral itu jelas tetapi masih tidak dapat dipatuhi oleh anggota tentera, maka pegawai-pegawai di bawah pemerintahan jeneral itu harus dipersalahkan. Apabila berlaku sesuatu musibah atau kegagalan dalam pasukan, maka jeneral itu sendiri dan pegawai-pegawainya yang harus bertanggungjawab.
Kesimpulannya, lebih banyak kelemahan yang didedahkan oleh seorang jeneral dalam bekas pasukannya, maka lebih banyaklah kelemahan diri beliau sendiri yang kelihatan.
Daripada 13 tajuk utama yang dihuraikan oleh Sun Tzu, 3 daripadanya menarik untuk diketahui umum iaitu pertama, peranan perisik, kedua, serangan dengan api dan ketiga, kepentingan 9 situasi. Dalam tajuk peranan perisik, Sun Tzu menekankan tentang 'menggunakan sepenuhnya' pegawai-pegawai tentera dan penjawat awam pihak lawan 'dengan apa cara sekalipun' agar rahsia dan strategi mereka dapat diketahui serta dibocorkan.
Seterusnya tajuk serangan dengan api. Dalam usaha untuk melancarkan serangan, Sun Tzu menyatakan bahawa kita perlu menggunakan kesemua sumber yang ada untuk serangan dengan api terhadap musuh dan sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga.
Pada zaman moden ini serangan dengan api bermaksud serangan menggunakan meriam, peluru berpandu dan jet pejuang. Teknologi ketenteraan dahulu sehingga kini dikuasai oleh negara-negara Barat serta dijual dengan harga yang sangat mahal. Mereka bebas untuk menaikkan harga senjata serta peralatan berkaitan sesuka hati. Jika kita tidak membeli dengan harga yang mahal, bagaimana untuk memiliki sesuatu senjata yang canggih dan kuat. Kos yang mahal ini juga termasuk operasi, alat ganti dan penyelenggaraan jangka panjang.
Tajuk yang ketiga ialah kepentingan 9 situasi. Adalah menjadi amalan seorang jeneral sepatutnya menjaga mulut dan menyimpan rahsia di samping memastikan arahan yang diberi dilaksanakan oleh pegawai di bawahnya.
Dalam buku Sun Tzu's The Art of War: The Warrior Class 306 Lessons in Strategy tulisan Gary Gagliardi, Sun Tzu menyatakan bahawa pegawai-pegawai dalam pasukan sendiri tidak boleh mengetahui kesemua strategi dalam pasukan kerana bimbang maklumat tersebut tersebar kepada pihak lawan.
Dalam sebuah pasukan tentera terdapat pelbagai unit antaranya logistik, semboyan, infantri, kor agama dan lain-lain lagi. Jika seorang pegawai itu bertugas di kor agama, dia mungkin tidak tahu tentang operasi taktikal, perolehan senjata dan lain-lain perkara strategik. Begitu juga dalam tentera udara dan laut.
Jika pegawai itu bertanggungjawab terhadap logistik, tidak semestinya dia menerbangkan pesawat pejuang atau bertugas dalam kapal perang berteknologi tinggi.
Malaysia mempunyai ruang udara dan kawasan perairan yang luas. Dari Padang Besar, Johor Bharu sampai ke Sungai Golok di Semenanjung, dan di Kuching hingga ke Tawau di Sarawak serta Sabah. Semuanya perlu dijaga dan dikawal agak tidak dicerobohi. Keadaan geografi yang luas serta dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan kelengkapan pertahanan yang mempunyai keupayaan operasi dalam jarak dan jangka waktu yang panjang.
Dengan adanya keperluan tambahan dan khusus tertentu, maka kos pembelian dan pengoperasian untuk peralatan tersebut juga bertambah. Kita tidak boleh membandingkan kos sesuatu senjata yang dibeli dengan lain-lain negara. Negara-negara lain juga tidak mendedahkan rahsia kelengkapan tentera mereka.
Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah penjawat awam yang bercita-cita tinggi untuk memegang jawatan utama atau pangkat yang lebih besar ketika dalam perkhidmatan. Namun disebabkan persaingan dan tempat yang terhad mereka mungkin kecundang serta tidak memperolehi apa yang diidamkan. Sebagai seorang Islam yang percaya kepada qada' dan qadar janganlah kita mudah kecewa lantas melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Bersyukurlah atas apa yang telah kita kecapi sekarang.
Teori-teori dan strategi perang sejak dahulu lagi telah membuktikan bahawa tali barut dan pengkhianat sememangnya wujud serta akan terus merosakkan negara kerana permintaan, cita-cita dan kehendak mereka yang kecewa tidak dapat dipenuhi.
Rahsia negara khususnya berkaitan pertahanan dan keselamatan wajib disimpan agar negara bertuah ini tidak musnah. Menurut Socrates, jika kita tidak belajar daripada sejarah, maka kita berpotensi untuk hancur disebabkan mengulangi kesilapan yang lalu.
Oleh : Abu Bakar Abdul Jalal
Suara Politik
Belantan
PKR Selangor diberi tempoh seminggu?
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diberi tempoh selama seminggu untuk memberikan penjelasan, sekali gus membatalkan pembinaan projek pangsapuri ikonik berskala besar, Datum Jelatek di Kampung Dato' Keramat.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek 1.0, Salleh Samad berkata, ini kerana pembinaan projek itu bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal yang dijanjikan kerajaan negeri, bahkan menafikan hak penduduk untuk memiliki kembali hartanah di kawasan itu.
Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwa menjual dua blok pangsapuri mewah projek Datum Jelatek kepada pelabur dari China, Singapura dan Indonesia.
"Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji projek Datum Jelatek sama sekali tidak akan menyisihkan golongan bumiputera, malah komited dengan pemberian kuota sebanyak 50 peratus berserta diskaun minimum 10 peratus.
"Bagaimanapun, berdasarkan siasatan yang dijalankan, saya mengesahkan bahawa kuota itu sudah tiada wujud lagi berikutan penjualan dua blok pangsapuri tersebut kepada pelabur asing," katanya dalam sidang akhbar Himpunan Bantah Datum Jelatek di sini semalam.
Perhimpunan aman yang bermula kira-kira pukul 10 pagi di hadapan tapak projek Datum Jelatek turut dihadiri 50 ahli daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Yang hadir sama Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo; Penyelaras Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan dan Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.
Datum Jelatek merupakan projek mewah meliputi pembinaan empat bangunan setinggi 45 tingkat yang menempatkan kawasan kediaman, bangunan pejabat dan kompleks perniagaan.
Harga unit kediaman bagi projek itu bernilai antara RM700,000 sehingga RM11.5 juta yang mana harga tersebut adalah mustahil dibeli mana-mana rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini.
Mengulas lanjut Salleh berkata, penduduk berasa sangat kecewa kerana projek itu disifatkan sebagai penipuan terancang oleh kerajaan Selangor untuk meminggirkan warga Melayu yang begitu sinonim di kawasan Keramat.
Justeru, beliau mendesak kerajaan Selangor untuk menghentikan serta-merta projek tersebut sebelum tindakan lanjut diambil termasuk mempergiatkan perhimpunan aman, selain menghantar memorandum ke Pejabat Menteri Besar, PKNS, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ke pengetahuan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.
Sementara itu, Ismail turut mempersoalkan peranan sebenar PKNS yang dilihat lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan kediaman kos rendah kepada rakyat di negeri ini.
"Barisan Nasional akan bersama-sama penduduk dan tidak teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan kerana tidak mahu tanah orang Melayu tergadai kepada pihak luar," katanya.-UMO
Suara Politik
Belantan
Rabu, Februari 27, 2013
Peniaga Medan Selera Sungai Serai terus bantah arahan berpindah?
Sekumpulan peniaga Medan Selera Upen Batu 12, Sungai Serai berkumpul bagi membantah arahan berpindah oleh MPKj ke tapak gerai baharu di Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor semalam.
Seramai 16 peniaga gerai Medan Selera Unit Perancang Ekonomi (Upen) Hulu Langat di Batu 12, Sungai Serai di sini mengadakan bantahan aman sebagai menyatakan pendirian untuk tidak berpindah ke tapak gerai baharu di Taman Perkasa.
Mereka memberitahu menerima notis yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertarikh 29 Januari lalu yang mengarahkan mereka berpindah dengan segera.
Pada Jumaat lalu, pihak MPKj telah mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan peniaga-peniaga terbabit bagi tujuan cabutan undi petak gerai namun para peniaga tersebut bertindak memprotes untuk tidak berpindah ke kawasan baharu yang disifatkan tidak strategik.
Peniaga gerai makanan, Sofiah Kassim, 45, berkata, ketika perjumpaan dengan pihak MPKj, para peniaga tidak bersetuju untuk berpindah dan meminta pihak itu untuk melanjutkan tempoh notis itu dengan menambah kepada sebulan lagi.
"Pihak MPKj menyatakan mereka tetap dengan pendirian dengan mengeluarkan surat tawaran pemindahan untuk kami dalam masa terdekat. Kami meminta pihak tersebut mengkaji semula untuk membawa kami berpindah ke tempat yang kami cadangkan iaitu di Taman Nanding," katanya.
Sofiah merupakan sebahagian peniaga yang menyertai sesi bantahan aman bersama-sama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di sini hari ini.
Peniaga, Anuar Talib, 53, meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak bertanggungjawab dan mendakwa arahan tersebut mungkin berpunca dengan kewujudan bangunan lot kedai di belakang gerai mereka yang telah siap dibina pada bulan lalu.
"Tapak gerai kami akan dirobohkan bagi memberi laluan ke bangunan tersebut. Sepatutnya pihak bertanggungjawab berunding dengan kami terlebih dahulu sebelum pembinaan bangunan itu tetapi apabila ia telah siap dibina, kami dihalau tanpa ada pampasan," katanya.
Peniaga gerai buah-buahan, Lee Kim Ling, 53, pula berkata, mereka perlu membayar sewa sebanyak RM50 sebulan di gerai sekarang dan pihak MPKj menawarkan sewa percuma selama enam bulan namun bukan itu yang mereka harapkan sebaliknya pendapatan.
"Pengunjung biasanya terdiri daripada orang yang melalui jalan besar berhadapan gerai kami dan peniaga gerai makanan mempunyai pelanggan tetap.
"Sekiranya berpindah, pendapatan kami akan terjejas kerana kawasan baharu itu terdiri daripada kawasan perumahan bagi mereka yang sibuk bekerja pada waktu siang," jelasnya.
Mereka juga berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat turun padang melihat sendiri permasalahan serta membantu mereka sebaliknya sehingga kini hanya pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membantu mereka.
Dalam perkembangan sama, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata sekiranya isu ini tidak selesai, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar dalam masa terdekat.-UMO
Suara Politik
Belantan
Wahai Khalid...!!! Kalau tak mampu jangan terus salahkan orang lain?
Apakah agenda kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor? Itulah yang bermain dalam fikiran kebanyakan rakyat dengan pengumuman Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa pihaknya telah mengemukakan tawaran terbaru untuk mengambil alih konsesi bekalan air di Selangor.
Tawaran kali keempat melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) dibuat ketika hampir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan tamatnya mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor April ini.
Kenapa di saat-saat akhir hendak membangkitkan semula isu itu sedangkan kerajaan PKR sudah diberikan tempoh lima tahun untuk menyelesaikannya?
Adakah ia bertujuan menutup kegagalan kerajaan PKR untuk menyelesaikan krisis air di negeri itu dan tawaran terbaru terbabit akan digunakan sebagai modal pilihan raya bagi menyalahkan Kerajaan Persekutuan sebagai punca masalah air berlarutan?
Kepada semua rakyat, sedarlah bahawa Kerajaan Persekutuan tidak bersalah dalam isu ini, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pernah mengumumkan Kerajaan Pusat tidak akan menghalang pengambilalihan tersebut jika mendapat persetujuan syarikat pemegang konsesi.
Tawaran bernilai RM9.65 bilion melibatkan pengambilalihan empat syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd., Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding Sdn. Bhd. (Splash).
Syabas dimiliki 70 peratus oleh Puncak Niaga dan 30 peratus oleh kerajaan negeri menerusi anak-anak syarikatnya.
Menurut pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, rakyat tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada isu pengambilalihan terbaru sehingga lupa akan hakikat kegagalan kerajaan PKR Selangor untuk menyediakan bekalan air bersih.
"Kerajaan negeri pernah menuduh Syabas sebagai punca krisis air yang melanda 500,000 penduduk di 90 kawasan di Gombak dan Ampang serta mahu menyaman syarikat itu.
"Ini agak melucukan apabila Syabas dituduh sebagai punca krisis air sedangkan kerajaan Selangor sebenarnya memiliki 30 peratus saham dalam Syabas. Apabila memiliki 30 peratus saham, ini kuasa yang besar dalam perniagaan. Ia juga mempunyai dua pengarah dalam lembaga syarikat berkenaan," katanya.
Beliau berkata, satu lagi yang rakyat perlu sedar adalah sikap kerajaan PKR Selangor yang asyik menyalahkan orang lain berhubung krisis air dan hanya mahu menjadikan isu itu sebagai mainan politik.
"Kenapa asyik salahkan orang lain? Kenapa tidak dibincangkan semasa mesyuarat lembaga pengarah, menyatakan ini yang perlu dibetulkan," ujarnya.
Terbaru Abdul Khalid, meminta Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail tidak prejudis terhadap usaha pihaknya membuat tawaran pengambilalihan kali keempat tersebut kerana nilai yang diberikan adalah cukup tinggi.
Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga yang memiliki saham terbesar Syabas. Dalam reaksi segeranya, Rozali berkata, kenyataan Menteri Besar Selangor itu bermotif politik kerana bukan beliau seorang yang boleh membuat keputusan.
Kata Rozali, beliau perlu mendapatkan pandangan dan kelulusan ahli lembaga pengarah, para pemegang saham minoriti, pihak-pihak yang ada kepentingan dengan dua syarikat terbabit termasuk institusi kewangan dan lain-lain instrumen jaminan serta badan-badan berkuasa.
Dalam pada itu, Ahmad Zaharuddin Sani berkata, tindakan kerajaan PKR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) Syabas sejak 2008 telah menyukarkan syarikat itu untuk menggantikan paip-paip lama dalam usaha mengurangkan air yang tidak mendatangkan hasil (NRW).
"Bila berlaku masalah seperti ini, siapa yang rugi? Adakah kerajaan negeri Selangor rugi, adakah Syabas rugi ataupun rakyat yang sengsara disebabkan mainan politik ini?" katanya.
Mengenai tawaran pengambilalihan terbaru itu, beliau berkata, ia bukan penyelesaian krisis air di Selangor. Kita perlu ada air mentah untuk diagihkan dahulu kepada penduduk dan bilangan industri yang semakin meningkat, barulah boleh melihat penstrukturan dan langkah mengambil alih syarikat konsesi.
"Penstrukturan semula itu adalah agihan kerana bagaimana kita nak lakukan pengagihan kalau kita tidak ada bahan mentah untuk diagihkan?" katanya.
Beliau berkata, perkara utama yang sepatutnya dibuat adalah untuk tidak menyekat pembinaan loji rawatan air Langat 2 oleh Kerajaan Persekutuan.
"Loji Langat 2 merupakan satu-satunya alternatif yang boleh menjamin negeri berkenaan mampu menyediakan bekalan air mencukupi memandangkan semua loji rawatan air sedia ada beroperasi melebihi kemampuan pengeluaran masing-masing," katanya.
Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perbadanan Urus Air Selangor Bhd. (KPPPuas), Abdul Aziz Ali yang menegaskan krisis air bukan berpunca dari kelemahan pengurusan syarikat konsesi sehingga perlu diambil alih kerajaan PKR Selangor.
Sebaliknya, kata beliau, masalah itu berpunca daripada kekurangan bekalan air terawat. Penyelesaian masalah ini bukan bermotifkan ambil alih tetapi penyediaan loji Langat 2 untuk menyediakan air terawat.
"Walaupun pengurusan ditukar tetapi jika loji rawatan tidak ada, masalah sama juga akan berlaku," ujarnya.
Seperti yang didedahkan oleh Ahmad Zaharuddin Sani dan Abdul Aziz, tindakan terbaru kerajaan PKR Selangor itu jelas sekali bermotif politik bagi menutup kegagalannya menyelesaikan krisis air sepanjang lima tahun memerintah.
Satu lagi persoalan yang masih gagal dijawab oleh Abdul Khalid adalah daripada manakah KDEB akan memperoleh dana yang begitu besar untuk mengambil alih syarikat konsesi tersebut? Nasihat kepada kerajaan negeri, jangan terus menimbulkan isu-isu kitar semula menjelang pilihan raya dan menyalah orang lain berhubung krisis air di Selangor.
Kepada pengundi, adakah anda akan terus menyokong kerajaan pembangkang yang diibarat pepatah Melayu sebagai 'Gajah di depan mata mereka tak nampak, tetapi kuman di seberang laut mereka nampak'.
Suara Politik
Belantan
Gagal patuhi syarat kebenaran merancang punca banjir?
Kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memantau dan memastikan syarat kebenaran merancang yang diberi kepada pemaju dipatuhi antara faktor utama banjir kilat di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berlaku.
Semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional syarat kebenaran merancang telah dikenakan ke atas pemaju-pemaju terlibat di Puchong. Antara yang terlibat adalah Pilihan Megah Sdn. Bhd. (IOI Mall 2), Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (Setia Walk) dan Flora Development Sdn. Bhd. untuk Bandar Puteri Puchong.
Pihak IOI Mall 2 telah disyaratkan untuk membina sebuah parit monsun terus ke kolam Unitin milik Selangor In Cooperated (SIC) kepunyaan kerajaan negeri dibelakang IOI Mall semasa pembinaan IOI Mall 2, malangnya ia tidak dibina selepas Pilihan Raya Umun Ke-12.
Pihak pemaju Setia Walk juga telah mengecilkan parit dari Bandar Puteri 1 menuju ke parit besar di belakang Setia Walk. Selain itu, kegagalan pihak LDP membersih semua sungai dan parit yang berada disebelah tepi dan bawah lebuhraya tersebut turut menjadi punca banjir!
Dalam perkembangan sama kegagalan pihak IOI menyelesaikan isu limpahan air yang mengalir di atas Persiaran Bandar Puteri menuju ke LDP turut menjadi faktor. Pihak LDP sebelum ini pernah disyaratkan membina sebuah parit besar menyeberangi LDP ke parit besar Taman Perindustrian Puchong.
Namun keengganan pihak berkenaan untuk mengambil kira jumlah air yang turun dari kawasan bukit melalui Persiaran Puchong Jaya Selatan, Persiaran Warisan serta Persiaran Bandar Puteri turut menambahkan risiko kejadian.
Turut dilihat menjadi punca banjir adalah kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) bagi projek sambungan aliran transit ringan (LRT) jyang didakwa telah merosakkan serta menutup kebanyakan parit jalan di sepanjang lebuhraya LDP, Jalan Bandar 3 serta Persiaran Puchong Perdana hingga ke Persiaran Puchong Prima.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Februari 26, 2013
Antara sebab mengapa wang kertas RM1000 diharamkan penggunaannya?
Gobala : Anwar Simpan Dana Peribadi Di Luar Negara!
Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.
“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.
“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya. Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.
“Dengan bisnes di Amerika Syarikat (AS).. (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting..Azmin Ali juga simpan wang di luar negara..Singapura. “Dr Syed Husin Ali..secara peribadi memberitahu saya..Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura..Syed Husin adalah manusia yang berprinsip..dia menyatakan demikian”, katanya.
Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.
Suara Politik
Belantan
Nik Aziz celupar kata perokok sama seperti haiwan dan penyembah syaitan?
Sebelum ini Pok Nik kata merokok membahayakan. Walhal rokok tidak sama dengan arak dari segi agama. Arak setitik haram, tetapi ramai salah faham rokok seperti arak. Mereka fikir sedut haram dan gelapkan hati. Walhal ia tidak sebegitu. Bahkan cukai rokok paling besar menyumbang kepada negara dan petani melayu penanam tembakau itulah yang meraih hasil daripadanya. Tak percaya pergi lihat di Kelantan?
Kemudian Pok Nik kata perokok lebih hina daripada lembu! Pok Nik berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini. Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.
Fatwa terbaru Nik Aziz kepada mereka yang menghisap rokok adalah dihukumkan sebagai penyembah syaitan, dan tempat bagi penyembah syaitan ini sudah pastinya didalam neraka, rupanya amalan merokok ni sebegitu berat hukumnya, dan kemungkinan besar adalah haram bagi penghisap rokok untuk mengundi Pas, jika ingin mengundi Pas, pastikan anda bukan seorang perokok. Anda Mampu Mengubahnya.
Suara Politik
Belantan
The I-Files Manusia Pelbagai Wajah?
iFiles Bab 1/10 Bahagian 1
i-Files Bab 1/10 Bahagian 2
iFiles Bab 1/10 Bahagian 3
iFiles Bab 2/10
Suara Politik
Belantan
i-Files Bab 1/10 Bahagian 2
iFiles Bab 1/10 Bahagian 3
iFiles Bab 2/10
Suara Politik
Belantan
Isnin, Februari 25, 2013
Hadi Awang Pula Kata Penerima BR1M Sebagai Bodoh?
20 Februari 2013, selepas pulang dari umrah, Nik Aziz kata penerima BR1M umpama ayam dan lembu. Beberapa hari selepas itu, Presiden PAS pula menghina lagi penerima BR1M.
Apa sudah jadi dengan orang orang PAS ini? Patutlah DAP hendak bertanding 150 kerusi, rupanya PAS sudah jadi liabiliti pada DAP dan PKR sendiri.
Presiden PAS, Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah pada 22 Februari 2013, menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.
Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.
"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.
Suara Politik
Belantan
Pok Nik..Pok Nik...Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa?
Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Dilihat Nik Aziz@ Pok Nik begitu celupar sehingga sanggup menghina rakyat yang berpendapatan rendah yang sangat menghargai dan memerlukan bantuan tersebut setidak-tidaknya dapat meringankan perbelanjaann anak-anak bersekolah. Kita berasa amat sedih apabila Nik Aziz sanggup menganggap pemberian tersebut seperti makanan kepada haiwan peliharaan!
Bagaimana pula dengan keadaan beliau sendiri sebelum ini yang boleh menerima sedekah puluhan ribu ringgit untuk perbelanjaan beliau dan keluarga menunaikan haji? Adakah yang ini pula dipanggil haiwan liar dan ganas..!!!
Suara Politik
Belantan
Ahad, Februari 24, 2013
DAP mahu tanding 75 kerusi, PAS melopong?
Setelah pergolakan yang berlaku di beberapa negeri, pakatan pembangkang terus berantakan apabila Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan membuat kritikan terbuka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Lebih daripada itu, beliau yang juga Pengerusi DAP Cawangan Lunas turut mendesak agar parti tersebut bertanding sehingga 75 kerusi Parlimen di seluruh negara agar menjadi 'tulang belakang' kepada pakatan itu dalam merealisasikan mimpi ke Putrajaya.
Menurutnya, berdasarkan senario semasa, DAP jelas berpotensi membawa kemenangan kepada pakatan itu berbanding PKR yang sebelum ini telah banyak kali gagal memenangi kerusi ditandingi terutamanya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.
"Di Sarawak PKR bertanding sehingga 45 kerusi tetapi hanya menang tiga daripadanya. DAP pula cuma diberikan enam kawasan walaupun meminta 10 kerusi dan kami menang kesemuanya.
Suara Politik
Belantan
Mana suara Wan Azizah?
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia.
"Selaku Presiden PKR, kedudukan Wan Azizah dalam parti cukup besar, setanding Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Ini bukan persoalan rumahtangga, ini soal parti. Mengapa Wan Azizah takut untuk bersuara. Diam, senyap seolah-olah tidak wujud lagi.
"Kalau dia takut, dia takut pada siapa, adakah Anwar? Kenapa perlu takut Anwar, sedangkan kedudukan beliau dalam parti cukup tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran sikap Wan Azizah yang mendiamkan seribu bahasa berhubung pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini.
Katanya, sikap Wan Azizah itu cukup menghairankan seolah-olah beliau tidak lagi berada dalam radar politik.
"Bukan isu Anwar sahaja, malah, Presiden PKR itu langsung tidak mengulas atau menyatakan pendirian dalam isu kalimah Allah, pluralisme, dakwaan skandal Shamsidar Taharin serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," tegasnya.
Secara sinis, Aminah berkata, sikap Wan Azizah yang tidak mempertahankan Anwar dalam spekulasi berhubung keputusan Majlis Syura itu cukup luar biasa.
"Kalau sebelum ini beliau boleh mempertahankan Anwar dengan menyatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia kenapa kali ini tidak membuat perkara sama kepada Majlis Syura?
"Saya secara peribadi tertunggu-tunggu kalau Wan Azizah akan mempertahankan suaminya dengan membuat kenyataan Anwar adalah manusia paling bersih di negara ini," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Februari 23, 2013
Kerajaan PKR Selangor utamakan projek mewah?
Rakyat negeri ini harus membuat keputusan sama ada mahu terus memilih kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengabaikan tanggungjawab menyediakan perumahan untuk rakyat, pendidikan dan infrastruktur atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri Selangor sekarang dilihat memberikan penekanan pada projek perumahan mewah sehingga menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak memberi fokus terhadap pembinaan rumah mampu milik.
Hari ini PKNS telah jauh daripada matlamat asal penubuhannya, kalau fenomena pembangunan projek mewah di Datum Jelatek boleh berlaku, tidak mustahil di Padang Jawa yang merupakan kawasan tanah utama akan menerima nasib sama," katanya dalam Program Debat Rakyat antara beliau dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin di Padang Jawa di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Wan Indra Putra Ahmad.
Beliau menjawab soalan moderator, Norman Toha yang meminta pandangannya sama ada Padang Jawa yang menjadi lokasi debat itu turut akan menjadi kawasan pembangunan mewah jika kerajaan PKR terus memerintah negeri ini.
Noh berkata, Kerajaan PKR Selangor juga lebih mementingkan projek mewah sehingga sanggup menggadaikan pendidikan anak Selangor yang sepatutnya menjadi tanggungjawab hakiki sebuah kerajaan.
Lihat apa yang terjadi pada asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan yang telah dikosongkan untuk projek mewah sedangkan selama ini menjadi tempat tinggal anak Selangor dari luar bandar yang belajar di Victoria Institution (VI) dan Sekolah St. John," katanya.
Suara Politik
Belantan
Beli saham Syabas tidak selesaikan masalah?
Isu air di Selangor masuk ke dimensi baru apabila Kerajaan Negeri Selangor membulatkan tekad untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Pembelian syarikat itu bukanlah isu besar kerana ia hanya proses biasa yang cuba dilihat luar biasa oleh kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Urusniaga pembelian syarikat berlangsung setiap hari di Bursa Saham Kuala Lumpur melalui pembelian saham di papan utama dan lain-lain saham cip biru. Pendek kata jika anda pembeli yang berkehendak beli (willing buyer) sahaja saham syarikat yang ingin dibeli (willing seller), jika mereka tuan punya syarikat ingin menjual maka segala urusan dianggap selesai.
Namun bagi pembelian saham Syabas oleh kerajaan negeri Selangor ia melibatkan wang anak syarikat kerajaan negeri dan juga merupakan wang rakyat jelata bukannya wang eksklusif milik syarikat tersebut. Itu yang rakyat perlu sedar, terutama rakyat yang hingga artikel ini ditulis masih menjeruk rasa kerana tidak merasa satu sen rebat air 20 meter padu yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008.
Kelompok rakyat Selangor membuat tuntutan rebat air hanya sebanyak RM3.23 juta bagi 9,039 pengguna air domestik. Jika dibandingkan jumlah itu dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM9 bilion untuk membeli Syabas ia amat kecil. Persoalannya, mengapa pengguna air yang kebanyakannya rakyat Selangor itu tidak boleh bersuara di dalam pembelian syarikat tersebut sedangkan hak mereka terus dinafikan walaupun kes dibawa ke mahkamah.
Adakah membayar rebat air sebanyak 3 juta lebih di luar kemampuan kerajaan negeri Selangor yang arif pula mencari bajet membeli sebuah syarikat utiliti. Sepatutnya kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang sedang dan bakal dihadapi rakyat tidak lama lagi iaitu bekalan air yang bakal susut. Kesan negatif kepada kekurangan air itu kelak, bukan setakat menyusahkan orang Islam untuk mandi di pagi jumaat malahan kekurangan air akan menyebabkan banyak kilang yang sedang dan bakal dibuka terpaksa menutup operasi mereka.
Cadangan pembelian air oleh kerajaan negeri dengan alasan mahu hak air dikembalikan kepada rakyat merupakan satu cadangan yang bersifat luar biasa dan tidak bersifat nasional. Justeru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu campur tangan segera agar pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan mengikut jadual dan pembelian saham dikaji semula, kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini.
Penguasaan total kerajaan negeri terhadap Syabas tidak dapat diterima kerana ia bukan sahaja melibatkan rakyat Selangor malahan rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebab itu adalah satu justifikasi Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional tidak merestui pembelian saham tersebut.
Kes di Semenanjung Gaza perlu menjadi contoh, apabila rejim zionis menguasai syarikat utiliti, mereka sanggup memotong bekalan elektrik sesuka hati hingga warga Palestin yang sedang dibedah di hospital meninggal dunia kerana tiada kuasa elektrik untuk meneruskan proses pembedahan.
Kita tidak mahu apabila sebuah kerajaan negeri menguasai bekalan tenaga seperti air mereka bebas mengawal bekalannya hingga menjadi senjata politik.
Pembelian Syabas perlu dibantah oleh pengguna di Putrajaya dan Kuala Lumpur kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan mereka. Kepada pihak terlibat, selesai dulu masalah pokok iaitu air semakin kurang bukannya membeli syarikat yang bernilai tinggi dan melibatkan duit rakyat. Selesai dulu tuntutan rebat air oleh pengguna meter pukal baru cerita pasal pembelian berbilion ringgit!
Suara Politik
Belantan
Mampukah pembangkang memenuhi impian ke Putrajaya?
Pakatan pembangkang bernafsu besar untuk menakluki Putrajaya. Mereka terbuai dengan kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Tsunami politik ketika itu telah memihak kepada mereka.
Barisan Nasional (BN) pula terkejut besar kerana mengalami mimpi ngeri dengan kemerosotan prestasi paling buruk dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia sejak 1959. Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 banyak mengundang permasalahan kepada BN. Krisis kepercayaan mula menerjah dalam UMNO, MCA dan MIC yang merupakan tunjang kepada BN yang sebelum 1974 dikenali sebagai parti Perikatan.
Budaya selesa telah menguasai minda pemimpin-pemimpin BN, sejak kemenangan besar dalam PRU-11 pada 2004. Ia juga menjalar ke akar umbi kerana terlalu ghairah dengan kemenangan besar yang diperolehi. Sekali gus, budaya selesa telah mengundang malapetaka kepada BN dalam PRU-12. Pembangkang sebaliknya bekerja keras dengan mengapplikasikan pelbagai kaedah untuk memenangi hati pengundi. Mereka menggunakan media sosial dengan seluas-luasnya, sedangkan BN ketika itu masih teraba-raba untuk mengenali dunia siber yang banyak dikuasai oleh pembangkang.
Keputusan pilihan raya umum 2008 menempelak BN dengan pukulan separuh maut. Walaupun BN memperolehi sejumlah 140 kerusi di Dewan Rakyat, namun pembangkang meraih pertambahan besar suara dengan menduduki 82 kerusi. Suatu yang mereka sendiri tidak jangkakan. Sebenarnya, Pilihan Raya Umum 2008 merupakan peluang terbaik buat pembangkang untuk mereka menduduki Putrajaya. Namun nasib tidak menyebelahi mereka.
Dalam PRU-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 sebanyak 20 parti politik menyertainya. Ketika itu, walaupun pembangkang tidak mempunyai pakatan yang rasmi, tetapi Pas, PKR dan DAP mampu mewujudkan persefahaman yang dikenali sebagai pakatan rakyat untuk menentang BN. Pembangkang memperolehi 82 kerusi atau kira-kira 37 peratus dari seluruh kerusi di Dewan Rakyat manakala undi popular dicapai sekitar 47 peratus. Mereka menjadi teruja dengan dividen politik yang diperolehi. DUN Kelantan terus dikuasai Pas manakala empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor turut kecundang ke tangan pembangkang.
Prestasi parti-parti komponen BN mengalami kemerosotan sokongan yang menyaksikan beberapa pemimpin tertinggi tersungkur. BN memperolehi 140 kerusi atau sekitar 62 peratus jumlah kerusi di Dewan Rakyat manakala undi popular yang diraih kira-kira 52 peratus.
Keadaan yang berbeza berlaku untuk parti pembangkang. Pas memperolehi 23 kerusi dari 66 kerusi yang ditandingi dan undi popular sekitar 14.5 peratus. DAP mencatatkan kejayaan lebih baik berbanding dengan Pilihan Raya Umum 2004 dengan memenangi 28 kerusi dari 48 kerusi yang ditandingi dan 14 peratus undi popular. PKR pula merekodkan kemenangan paling cemerlang dengan menguasai paling banyak kerusi Parlimen daripada kalangan parti pembangkang dengan memperolehi 31 kerusi dari 95 kerusi yang ditandingi dan 19 peratus undi popular.
Fenomena undi rosak telah menjejaskan prestasi BN. Sebanyak 175,400 undi rosak pada PRU-12 berbanding dengan 163,328 undi pada tahun 2004. Undi rosak paling banyak berlaku di Selangor, Perak dan Kedah. Berkemungkinan pengundi-pengundi di negeri tersebut melakukan undi protes kepada kerajaan BN dengan merosakkan undi sehingga menyebabkannya tumbang di negeri-negeri berkenaan. Situasi sama juga dialami di Johor, Pahang dan Sabah tetapi masih tidak cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan BN. Persoalannya, mampukah pembangkang melangkah ke Putrajaya dengan hanya berlandaskan pencapaian mereka dalam PRU-12?
Sebenarnya, cita-cita pembangkang untuk menguasai Putrajaya akan melalui jalan yang cukup sukar. Banyak faktor yang akan menggagalkan hasrat mereka. Antaranya, masalah dalaman yang sedang dihadapi Pas. Pengikut akar umbi mereka mula mempertikaikan kepimpinan atasan Pas kerana bekerjasama dengan DAP. Mereka mempertikaikan pendirian kepimpinan DAP tidak menghormati pendirian Majlis Syura Pas terhadap penggunaan kalimah Allah. DAP juga tidak menyokong pembentukan negara Islam yang dicadangkan oleh Pas.
Penyokong akar umbi ramai yang bersetuju dengan pendirian Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa terhadap beberapa isu berkaitan dengan Islam dan kedudukan orang Melayu. Rata-rata sudah terdapat perpecahan sokongan dari dalam.
Masalah yang dihadapi PKR lebih berat lagi apabila ramai daripada tokoh pendiri parti itu telah meninggalkan parti. Malah jentera dan penyokong-penyokong di peringkat bawahan bercempera lari untuk tidak lagi menggerakkan jentera parti seperti semangat yang terdapat dalam PRU-12.
Mereka yang dahulunya terlalu yakin dan bersimpati dengan Anwar Ibrahim mula menjauhkan diri, kerana hilang kepercayaan kepadanya kerana Anwar dilihat sebagai mengetepikan perjuangan Islam.
Anwar dilihat oleh mereka terlalu banyak bermain politik, setelah sanggup berkompromi atas penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, sokongannya kepada LGBT, pluralisme dalam agama dan permasalahan lain. Bagi mereka perjuangan Anwar untuk membela nasib orang Melayu jauh menyimpang daripada matlamat asal.
Masalah yang dilalui DAP juga agak parah. Parti itu didapati hanya berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina dan meminggirkan kaum lain dalam kepimpinan atasan. Masalah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang belum diselesaikan. DAP dan Pas tidak sepakat dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, sekiranya pembangkang berjaya ke Putrajaya. DAP mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri, manakala Pas meletakkan Abdul Hadi Awang sebagai calon mereka.
Perbezaan pendirian terhadap pemilihan calon Perdana Menteri dijangka menimbulkan permasalahan besar antara kedua-dua parti. Pas juga diberitakan akan menonjolkan tokoh di luar pakatan pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri. Hal ini sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh DAP kerana mereka perlukan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Manifesto pakatan pembangkang untuk PRU-12 yang lalu, kebanyakannya gagal dilaksanakan. Malah terdapat dalam kalangan kepimpinan mereka mengatakan manifesto bukan janji. Justeru, janji yang terdapat dalam manifesto tidak perlu dilaksanakan. Oleh itu, manifesto pakatan pembangkang bertemakan 'Demi Rakyat' akan hanya merupakan sekali lagi janji palsu yang tidak akan ditunaikan, kerana bagi mereka, manifesto bukan janji.
Pengundi atas pagar tidak akan memberikan peluang kepada calon-calon pembangkang kerana telah hilang kepercayaan. Apatah lagi dengan janji-janji baharu yang akan dibentangkan dan sekali lagi akan dibuat untuk menipu rakyat.
Berbeza dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menjadi Perdana Menteri dengan pelbagai program transformasi berupa ETP, GTP, PTP serta produk-produk baharu Gagasan 1Malaysia dan Strategi Nasional Lautan Biru.
Kesemua produk yang diperkenalkan oleh Najib bukan sahaja akan diteruskan selepas PRU-13 malah akan ditambah nilai. Manifesto BN untuk PRU-13 nanti pasti akan menghidangkan banyak produk baharu untuk rakyat. Harapan sebahagian besar pengundi tegar cukup tinggi kepada BN.
Pengajaran yang diperolehi melalui PRU-12 telah banyak menukar corak BN menterjemahkan program demi kepentingan rakyat banyak. Jalan yang akan dilalui oleh pembangkang untuk ke Putrajaya semakin berliku dan sukar.
Suara Politik
Belantan
Rakyat Selangor perlu tuntut hak?
Noh Omar menandatangani plak sebagai tanda perasmian pembukaan jambatan baharu yang dikenali Jambatan Ibu Ampangan di Sungai Tengi, Tanjung Karang, semalam.
Barisan Nasional (BN) Selangor menyeru seluruh rakyat di negeri ini bangkit menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kebangkitan itu dilihat perlu memandangkan kerajaan negeri yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah pun berjanji untuk membantu rakyat dengan menawarkan pelbagai insentif serta bantuan seperti mana yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008.
Tegas beliau, keengganan pentadbiran negeri melaksanakan janji mereka seperti pemberian air percuma kepada pengguna meter pukal, memberikan elaun kepada ibu tunggal, menurunkan cukai pintu serta memberi bantuan kepada kanak-kanak pra-sekolah jelas membuktikan kerajaan Selangor pada hari ini tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati rakyat.
"Rakyat ada hak untuk tuntut kerana kerajaan negeri telah berjanji. Namun, kita lihat pada hari ini kerajaan negeri mahu berlawan dengan rakyat apabila mereka dituntut melunaskan janji-janji seperti yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum lalu.
"Sepatutnya, kerajaan negeri berusaha menunaikan janji mereka kepada rakyat sebelum ini, bukannya mencari helah lebih-lebih lagi apabila rakyat telah bangkit membuat tuntutan mereka di mahkamah.
"Kerajaan negeri kena faham bahawa rakyat Selangor sebelum ini telah memberi kepercayaan sehingga PKR, DAP dan Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri. Jangan ingat mentadbir negeri semudah membuat janji bintang, bulan tapi tak dilaksanakan atau hanya guna lidah dan air liur semata-mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Noh yang turut merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mencabar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok menyenaraikan jumlah projek pelaburan yang telah dibawa masuk sendiri oleh kerajaan negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu.
Cabaran itu dikemukakan beliau susulan pengumuman Teresa pada 14 Februari lalu bahawa Selangor menerima pelaburan berjumlah RM10.52 bilion dengan 211 projek perkilangan diluluskan dalam tempoh tersebut.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Februari 22, 2013
'Tahniah Anwar kerana perlekehkan Hadi, Nik Aziz'
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim wajar diberi ucapan tahniah kerana berjaya merendah serta memperlekeh kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak dua kali dalam isu kalimah Allah.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kali pertama Presiden Pas dan Mursyidul Amnya diaibkan ialah pada 8 Januari lalu sebelum diikuti dengan pendedahan video ucapan Ketua Pembangkang bertarikh 10 Februari.
Menurut Muhammad Zahid, beiau melihat tindakan Anwar itu sebagai suatu penghinaan kepada Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz kerana selepas 'terperangkap' dengan permainan politik pada 8 Januari lalu, ilmu agama pemimpin Pas itu pula diperlekeh Ketua Pembangkang.
Sehubungan itu, beliau mencabar Dewan Pemuda Pas Pusat menunjuk dan membuktikan ketaatan mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan mengadakan demonstrasi membantah tindakan Anwar sebagaimana dilakukan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Saya kena ucapkan tahniah kepada Anwar. Dua kali beliau berjaya mempermainkan Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz. Pada 8 Januari lalu mereka sudah terperangkap sehingga memaksa Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz membuat pusingan kemudiannya tentang kalimah Allah.
"Kini terbongkar pula video ucapan Anwar yang memperlekeh ilmu agama Abdul Hadi serta Nik Abdul Aziz dalam isu kalimah Allah dan kenyataan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam di Sabah. Di mana pemimpin Pas mahu letak muka, bagi saya ini penghinaan.
"Tindakan Anwar memperlekeh ini seolah-olah hanya beliau sahaja yang berusaha mengembangkan syiar Islam seperti menyokong pluralisme, liberalisme dan mendakwa undang-undang homoseksual sebagai lapuk," katanya sinis dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan pendedahan video ucapan Anwar yang berkata: "Nik Aziz no longer understands Islam. Hadi Awang too. He just follows (Nik Aziz tidak lagi faham Islam. Hadi Awang juga. Dia hanya mengikut),"
Dalam pada itu, Muhammad Zahid berkata, jika Dewan Pemuda Pas Pusat gagal menyahut cabaran beliau untuk mengadakan demonstrasi ke atas Anwar, ini merupakan bukti jelas bahawa parti berkenaan kini telah dijadikan alat serta perkakas oleh Ketua Pembangkang tersebut.
"Pendedahan video ucapan Anwar di Sabah ini merupakan sesuatu yang serius dan Dewan Pemuda Pas Pusat jangan menjadi bacul dalam isu ini jika benar mereka menjunjung kepimpinan ulama, kerana yang dihina sekarang ialah pemimpin ulama dalam Pas," katanya.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Februari 21, 2013
Pok Nik anggap penerima bantuan kerajaan Pusat umpama haiwan?
Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih..!!! Ingatkan balik dari umrah perangai Pok Nik berubah, tetapi hamPAS?
Suara Politik
Belantan
Sekuritisasikan Perlembagaan Negara!
Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan kegagalan kerajaan mencegah fenomena perkauman yang disemarakkan menerusi konsep Malaysian Malaysia hingga mengakibatkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera diinjak- injak maruah dan harga dirinya.
Tragedi ini meletus dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Ketika itu, elemen- elemen antinasional bertindak sesuka hati tanpa menginsafi Islam adalah agama rasmi negara, sementara Melayu dan bumiputera adalah bangsa teras di Malaysia.
Akibatnya, parti politik Chinese-based termasuk DAP, mendapat kemenangan besar dalam PRU 1969. Beberapa kerajaan negeri juga turut dikuasai oleh parti-parti tersebut. Dalam beberapa perarakan kemenangannya di Kuala Lumpur, pada 12 Mei 1969, mereka menjerit dan melolong sambil melemparkan kata-kata kesat dan lucah kepada umat Islam, Melayu dan Bumiputera.
Mereka mendesak bangsa teras ini gulung tikar, balik kampung, dan tanam kacang! Lantas, pembunuhan antara kaum terjadi di sekitar bandar raya, dan ramai rakyat terkorban. Sistem pemerintahan demokrasi turut mati, Parlimen Malaysia digantung buat sekian tahun lamanya, dan Malaysia ditadbir menerusi sistem Majlis Gerakan Negara atau Mageran.
Demikianlah senarionya apabila masalah etnik gagal ditangani secara tegas dan berkesan, dan apabila ada segolongan rakyat Malaysia mempertikaikan status bangsa teras yang dimiliki oleh umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Inilah hakikatnya apabila Perlembagaan Persekutuan dipersenda-sendakan, dan nilai-nilai teras yang menjadi paksi keselamatan negara, termasuk permuafakatan kaum, keharmonian beragama, kesejahteraan rakyat, keselamatan ekonomi, dan ketenteraman awam, tidak dipelihara dalam negara berbilang bangsa.
Sejarah hitam ini jangan direlakan untuk berulang di Malaysia pada abad ke-21. Ia mesti dihindarkan. Seluruh warganegara Malaysia wajar berusaha mencegahnya. Oleh itu, karenah, kenyataan dan tindak- tanduk antinasional, anti-Perlembagaan, anti- Islam, anti-Melayu, dan anti-Bumiputera yang kini muncul semula di Malaysia mesti ditumpaskan habis-habisan.
Bukti-bukti kemunculan ini terkandung dalam jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, 22 Mac 2010 bahawa sejak April 2008 hingga 31 Januari 2010, terdapat 129 laporan polis mengenai isu-isu melibatkan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).
Inilah bukti padat dan jelas bahawa seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan kini memang tercabar dan tergugat. Fenomena ini adalah ibarat api dalam sekam. Seterusnya, kenang kembali peristiwa menjelang PRU 1999, bila Sequi menghimpunkan 2,095 NGO untuk mengemukakan 85 tuntutan di bawah 17 perkara yang disertakan dengan ugutan memboikot pilihan raya umum tersebut jika apa yang dituntut tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Anehnya, tidak ada kaum Cina di Malaysia mengatakan tindakan seperti ini rasis walaupun tuntutan Sequi melampau dan ada yang melanggar beberapa peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan dua pertubuhan pendidikan Cina iaitu Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zhong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) pun sama coraknya. Kedua-duanya bergabung menjadi Dong Jiao Zhong dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu kerana bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mencanggahi Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
NGO ini juga tidak dituduh rasis. Sebaliknya, ia mendapat sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar Cina. Tetapi, apabila Perkasa wujud dan mula bersuara, organisasi ini pula dituduh dan dikecam sebagai rasis dan Melayu ultra. Apabila 76 NGO Melayu berhimpun di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 27 Februari 2010, dan berjaya mewujudkan Majlis Perunding Melayu (MPM), pun sesetengah pihak mengecam dan menyatakan MPM rasis dan ketinggalan zaman.
Pelbagai laman web, termasuk milik pemimpin DAP pula menyifatkan Perkasa sebagai syaitan. Kecaman juga dilemparkan oleh halaman 'blogger Melayu dan Melayu liberal' yang lupakan nasib bangsanya.
Amat menyedihkan lagi, kini terdapat parti Islam menjual Islam demi kepentingan diri sendiri, dan segelintir pemimpin Melayu yang menjadi dalang perpecahan Melayu. Pemimpin Melayu terbabit, nampaknya disokong oleh segelintir pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Islam liberal. Beliau tergamak memperdagangkan nama baik ulama besar Yusuf Al-Qardhawi untuk kepentingan dirinya.
Perkembangan seperti ini menjadikan perpecahan Melayu sampai ke kemuncaknya. Sebab itulah Melayu dan Islam tergugat, kalimah Allah tergadai, ayat suci al-Quran diizinkan dibaca oleh bukan Islam dalam ceramah politik, peruntukan membina masjid diungkit oleh pihak tertentu dan tidak dipertahankan, dan kepala khinzir dihumbankan ke dalam masjid. Pada waktu yang sama, ada juga parti politik Melayu yang kini teragak-agak untuk bersuara dan mempertahankan Melayu dan Bumiputra secara jelas dan tegas, semata-mata demi menjaga kepentingan politik.
Inilah senario mutakhir kini. Ia menuntut kita insaf untuk menggerakkan semula kesedaran mengembalikan perpaduan dan maruah umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Bersatu Teguh Bercerai Roboh!
Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kesultanan Melayu jangan dipersenda- sendakan. Hakikat Islam adalah agama rasmi jangan dipertikaikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jangan diungkit-ungkit. Hak-hak istimewa ekonomi serta pendidikan umat Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diancam status-quonya. Dasar-dasar yang disifatkan sebagai memihak kepada Melayu dan Bumiputera dalam konteks jurang perbezaan ekonomi yang masih lebar, juga jangan sekali-kali cuba disanggah dan dirobah hakikatnya.
Berasaskan perkembangan semasa juga, Perkasa dan MPM mengadakan sidang meja bulat membincangkan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB). Sidang ini menghasilkan memorandum yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.
Antara kandungannya, MEB mesti mengandungi tindakan afirmatif yang memastikan Bumiputera memiliki 30 peratus ekuiti kekayaan ekonomi negara dalam semua sektor selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru sebelum Malaysia menjadi negara maju pada 2020. Tuntutan itu selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sosial-ekonomi, di mana pembahagian kekayaan negara harus berdasarkan kepada peratusan kaum.
Bumiputera kini merupakan 67 peratus penduduk Malaysia. Jika Piagam PBB ini dijadikan aras tanda yang rigid, semestinya 67 peratus kekayaan negara ini dibahagikan kepada Bumiputera. Namun begitu, Bumiputera hanya menuntut 30 peratus. Tetapi, kerajaan mesti menjamin bahawa asas MEB perlu mengambil kira Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Jika ini dilakukan, Perkasa, MPM, umat Melayu dan Bumiputera akan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bagaimanapun, UMNO juga mesti tegas dalam hal berkaitan kepentingan dan tuntutan umat Islam, Melayu dan Bumiputera jika mahu kekal relevan dan terus mendapat sokongan padu.
Oleh itu, sebarang keputusan dasar mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera mesti dibuat secara berhati-hati. Jiwa dan hati nurani umat Islam, Melayu dan Bumiputera jangan sekali-kali diguris, dihiris dan dilukakan. Insaflah, tanpa kuasa politik yang majoritinya diperoleh daripada undi umat Islam, Melayu dan Bumiputera, keselamatan rejim dan keselamatan politik yang menjadi paksi kekuasaan di negara ini pasti akan terancam dan mungkin pupus.
Hakikat ini pahit. Tetapi, inilah realitinya kerana sejak merdeka sampai sekarang, umat Islam, Melayu dan Bumiputera adalah penyumbang terbesar dan menjadi benteng paling kukuh kepada struktur kekuasaan, keselamatan rejim, keselamatan politik, dan keselamatan negara di Malaysia.
Tidak dinafikan bahawa undi bukan Melayu dan bukan Bumiputera memang menyumbang kepada dinamika dan struktur kekuasaan negara. Tetapi, undi mereka di Malaysia adalah faktor yang berubah-ubah mengikut pertimbangan politik sewaktu pilihan raya umum diadakan.
Berdasarkan semua kenyataan di atas, terbuktilah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sumber utama kepada keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, rakyat yang cintakan negara mendesak kerajaan mensekuritisasikan atau securitized Perlembagaan Persekutuan sebagai objek rujukan kepada ancaman negara.
Maksudnya, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan menerusi konsep keselamatan negara. Maknanya, kerajaan mesti menjadikan tindak-tanduk mempersenda-senda atau mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan yang mengancam keselamatan negara.
Hakikatnya begitu kerana perjuangan memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dalam senario Malaysia moden mutakhir ini terpaksalah dilaksanakan secara keras dan tegas. Jika tidak, umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang akan terjejas, dan status-quo kekuasaan dan pemerintahan negara masa kini juga yang mungkin pupus.
Kerajaan juga mesti insaf bahawa Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah sumber yang mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, sebagai undang-undang cegah rintang kepada pelbagai tindakan antinasional yang menjejaskan keselamatan rejim, keselamatan politik, keselamatan masyarakat, keselamatan ekonomi, dan keselamatan negara.
Oleh itu, segerakanlah proses pensekuritisasian Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 149, Perkara 150, dan ISA tidak akan memberikan sebarang makna jika Perlembagaan Persekutuan dipertikai, dipersenda-senda dan cuba untuk dimansuhkan menerusi beberapa mekanisme neo-imperialis antarabangsa. Lantaran itu juga, kerajaan mesti bertindak radikal dan berani demi keselamatan negara. Kerajaan mesti tegas dan keras untuk melakukan pensekuritisasian ini demi keselamatan politik dan keselamatan rejimnya.
Kerajaan mesti proaktif untuk memperjuangkan status umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang menjadi warganegara teras di Malaysia. Ini penting kerana perjuangan memelihara keselamatan negara adalah hak negara dan pemerintah untuk menentukannya. Proses mensekuritisasikan sesuatu objek rujukan kepada keselamatan negara, dalam konteks ini mensekuritisasikan Perlembagaan Persekutuan, juga adalah proses yang dalam bidang kuasa kerajaan untuk melakukannya.
Ini kerana dalam konteks keselamatan negara, kerajaan adalah pihak yang menjadi autoriti untuk melaksanakan proses pensekuritisasian atau proses securitization tersebut.
Suara Politik
Belantan
Amaran buat Anwar..!!! Tiada undang-undang benarkan perkahwinan sejenis!
Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Dalam mengekang perlakuan sedemikian, katanya, beberapa perundangan digubal termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan Seksyen 22 (kesalahan muncikari ”ibu ayam” atau ”bapa ayam”).
Seksyen 25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Nizar bertanya mengenai langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani masalah homoseksual dan lesbian dalam kalangan umat Islam di negara ini.
"Kerajaan dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa agama negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri,” kata Mashitah.
Amik kau Anwar...!!!
Sila baca di sini.
Suara Politik
Taminsari
DAP mustahil perintah Malaysia: Kenyataan penuh reaksi Dr. Hasan Ali?
Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar bertajuk DAP Sebagai Peneraju: Hadi Awang sebagai reaksi kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa mustahil DAP memerintah negara ini.
Berikut teks penuh kenyataan akhbar Hasan itu:
DAP SEBAGAI PENERAJU : HADI AWANG
SAYA terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini.
Ini disebabkan dari segi perkiraan kerusi yang ditandingi, DAP dijangka hanya bertanding 50 kerusi parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi.
Sememangnya dari segi angka DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi parlimen. Namun perlu diingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak dilihat tidak mustahiluntuk memenangi jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.
Tetapi saya tidak mahu menumpukan perhatian kepada opsyen itu. Yang ingin saya tekankan di sini ialah:
a. Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang dijangka mencatat kemengangan besar ialah DAP. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat;
b. Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada di bawah telunjuk DAP. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah dianggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP.
Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campur tangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.
c.. Di peringkat nasional pula,sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.
Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR. Yang penting di sini bukan mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan, tetapi parti yang manakah yang mempunyai kekuatan dan kemampuan pimpinan, daya tahan dan daya juang memperjuangkan satu-satu isu, komitmen yang tinggi hingga ke peringkat sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kesucian perjuangan, kebolehan dan kemampuan berhujah secara berfakta serta keutuhan kesepaduan dan kesatuan barisan kepimpinan untuk mendepani musuh-musuh politik dalaman dan luaran.
Apa yang dapat disaksikan sekarang sejak 5 tahun yang lalu PAS semakin dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi dengan bongkak dan sombong pimpinan DAP dan PKR memperkotak-katikkan PAS hingga ke peringkat menghina intitusi agong dalam struktur parti PAS iaitu Majlis Syura Ulama PAS dalam isu Kalimah Allah.
Lebih menyedihkan di negeri Musyidul Am sendiri peraturan kecil yang telah berjalan sejak 21 tahun yang lalu melibatkan pendandan dan penggunting rambut wanita yang tidak dibenarkan menggunting rambut lelaki Muslim terpaksa ditawakufkan. DAP menggunakan Karpal Singh menyelar kepimpinan PAS Kelantan dan menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz tunduk dengan tuntutan DAP itu.
Begitu juga yang berlaku di Kedah. Wakil tunggal DAP berjaya membatalkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan Razak seorang ulama yang berstatus senior dalam saf kepimpinan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan dan juga isu papan iklan.
Kenyataan Presiden PAS yang dilaporkan hari ini mungkin boleh diterima oleh ahli dan penyokong parti yang hanya mendapat informasi daripada akhbar Harakah atau Harakah daily atau hanya mendengar ceramah-ceramah daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakayat sahaja. Andainya mereka dapat membuka ruang minda dengan cuba mendekatkan diri kepada sumber-sumber informasi samada melalui media elektronik, media cetak atau yang popular di akhir-akhir ini media sosial sudah tentu mereka dapat menilai kenyataan Presiden PAS itu dengan lebih objektif dan berpijak di bumi nyata.
Hakikatnya, DAP sejak 5 tahun yang lalu telah berjaya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang untuk menonjolkan falsafah perjuangan parti tersebut. Dalam apa keadaan pun yang jelasnya DAP adalah pihak yang dikatakan meraih kemenangan hingga berjaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga halnya dengan PKR. Yang tewas di gelanggang hujah dan yang tewas di gelangang perjuangan khususnya untuk mempertahankan asas-asas perjuangan parti tidak lain tidak bukan ialah PAS.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
20 Februari 2013
Suara Politik
Belantan
Rabu, Februari 20, 2013
Dedahkan episod rambut palsu Anwar?
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari meminta Senator Datuk S. Nallakaruppan menceritakan kisah rambut palsu Ketua Pembangkang itu yang didakwa ditempah khas dari India secara terperinci kepada media.
Kata beliau, tindakan tersebut boleh dilakukan oleh Nallakaruppan sekiranya kes perbicaraan saman fitnah Anwar terhadapnya masih dilengah-lengahkan oleh pihak tertentu.
"Rakyat Malaysia dan Majlis Syura Ulama Pas pasti mahu mendengar episod Anwar memakai rambut palsu semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"Berdasarkan sumber yang rapat dengan Anwar, beliau mempunyai rambut palsu yang ditempah khas dari India dan akan memakainya semasa keluar menjelajah ibu kota ketika larut malam bersama Nallakaruppan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Anwar dikatakan memakai rambut palsu sebab takut dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada 26 Mac 2012, Anwar telah memfailkan saman fitnah ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun sama di muka hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar selaku plaintif menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.
Anwar turut mendakwa, perkataan tersebut tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei tahun yang sama menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung kegiatan seks bekas rakan baiknya itu.
Dalam pada itu, Anuar meminta supaya perbicaraan kes saman fitnah Anwar terhadap Nallakaruppan yang telah difailkan sejak hampir setahun lalu disegerakan oleh pihak yang bertanggungjawab.
"Mengapa apabila kes melibatkan Anwar, sudah pasti ada pihak sengaja mencari alasan untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Rakyat dan Majlis Syura Ulama Pas perlu tahu cerita sebenar perihal rambut palsu Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)