Ahad, Mac 31, 2013

Pemimpin Pemuda Pas biadab?



Seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat bertindak biadab dengan membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya kelmarin.

Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi itu, pemimpin tersebut, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitter @fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan Islam, termasuk pegangan Pas yang selama ini bermati-matian menentang mana-mana pihak yang menyentuh mengenai Rasulullah SAW.

Kenyataan Khairul Fahmi itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang memberi maklum balas terhadap perkara tersebut. Selain marah dengan tindakannya itu, mereka menuntut Khairul Fahmi menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan melampau kerana sanggup berpolitik sehingga mengaitkan nama baginda.

Segelintir mereka juga menasihatkan pemimpin Pas itu menggunakan bahasa sopan selaras ajaran Nabi Muhammad SAW. Namun, beliau seolah-olah tidak melayan gesaan itu sebaliknya membalas kenyataan tersebut dengan menggelar UMNO sebagai bangsat serta menghina agama.

Sementara itu, Khairul Fahmi ketika dihubungi pemberita untuk mendapatkan pengesahan berhubung kenyataannya hanya memberi reaksi berikut: "Tiada apa yang pelik tentang Twitter itu. Saya malas nak komen."

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan berkenaan jelas merupakan penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan tuduhan kepada UMNO.

"Muhasabahlah. Ingat, siapakah yang mendahului isu-isu porno? Bukankah seorang pemimpin Pas pernah menggelar seorang bekas pemimpin UMNO yang kini memimpin pembangkang dengan istilah 'al-juburi'?" katanya.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pemimpin Pas berkenaan menjaga tutur kata ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

Suara Politik
Belantan

Yuktes mahu minta maaf, tawar bantuan kepada Saiful Bukhari!



Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com. Seterusnya boleh dibaca di sini dan sini.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Mac 30, 2013

Bukti Terbaru Tian Chua & Sivarasa Berada Di Manila Sebelum Pencerobohan Berlaku di Lahad Datu #OpsDaulat!



Akhirnya, Tian Chua dan Sivarasa telah dikantoikan sendiri oleh rakan-rakannya dalam PKR. Penglibatan kedua-dua orang daripada SUARAM dengan apa yang berlaku di Lahad Datu sudah semakin jelas.

Video di bawah ini dirakamkan pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu) semasa Program Sambutan CNY PKR 2013.



Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.

Sementara itu Ng Lum Yong, Presiden Jaringan Cina Malaysia(JJM)yang juga bekas pengasas PKR memberitahu yang beliau ada menerima email dari rakan beliau yang berada di Manila. Antara isi kandungan email tersebut memberitahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu.

NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya beliau dan rakannya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia.

Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua yang diambil daripada akaun Twitter milik beliau;



Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;

"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013), saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"

Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama.

Mungkin Tian Chua boleh memberitahu kepada rakyat apakah tujuan sebenar mereka ke Filipina! Tidak hairanlah mengapa Tian Chua adalah antara orang yang pertama mengeluarkan kenyataan ketika pertempuran berlaku diantara anggota keselamatan dan pihak pengganas di Lahat Datu! Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang...fikir-fikirkanlah!!!

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 29, 2013

Kenapa perlu benci sesama Melayu?



Pejuang-pejuang Melayu untuk kemerdekaan Malaysia percaya dengan menentukan jumlah warganegara Melayu melebihi bukan Melayu maka kepentingan Melayu dapat dipelihara dalam Malaysia yang demokratik. Apabila kemasukan Singapura menurunkan peratusan orang Melayu dengan begitu banyak dan terdapat Melayu sudah berpecah kepada UMNO dan Pas, Tunku Abdul Rahman Putra mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

Walaupun UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya seperti semasa melawan Malayan Union, tetapi dengan mengepalai Perikatan, UMNO masih dapat mengetuai kerajaan dan memelihara kedudukan orang Melayu tanpa menidakkan hak orang bukan Melayu. Selama lebih dari 50 tahun orang Melayu melalui UMNO sebagai rakan kanan dalam Perikatan dan BN dapat diberi tempat, dimaju dan pertahankan.

Jelas sekali bahawa selagi orang Melayu tidak membencikan bangsa mereka sendiri, kuasa yang mencukupi akan terus berada di tangan orang Melayu. Musuh-musuh orang Melayu sedar akan hakikat ini. Jika mereka ingin rampas kuasa dari orang Melayu mereka mesti pupuk kebencian orang Melayu kepada kemelayuan mereka.

Untuk tujuan ini Pas mengguna agama dan mengkafirkan sebahagian besar dari orang Melayu. Kononnya nasionalisme Melayu bertentangan dengan Islam. Tetapi Pas gagal menarik sokongan orang Melayu dengan mencukupi untuk menguasai kerajaan pusat. Jumlah calon Pas tidak pun sampai 50 peratus kerusi Dewan Rakyat. Justeru tidak pernah terjadi yang Pas dengan sendirinya mendapat kerusi lebih dari UMNO.

Orang UMNO kecewa yang keluar dari parti telah pujuk Pas supaya berganding bahu dengan DAP dan parti baru mereka untuk mendapat jumlah kerusi yang banyak seperti UMNO dengan rakan dalam BN supaya dapat mengurangkan kerusi yang dimenangi oleh Melayu UMNO. Walaupun Pas telah mendakwa bekerjasama dengan orang bukan Islam menjadikan orang Islam kafir, tetapi kerana begitu ghairah untuk menjadi kerajaan, dakwaan ini diketepikan.

Sebaliknya Pas cipta alasan baru untuk mengkafirkan orang UMNO. Hadi dalam amanatnya mendakwa bahawa UMNO kafir kerana mengekalkan sistem pemerintahan penjajah. Orang Pas yang taksub kepada parti dan pemimpin mereka melupakan soal bekerjasama dengan orang kafir dan sebaliknya beralih kepada amanat Hadi sebagai sebab orang UMNO kafir.

Ini pun tidak berjaya menjatuhkan UMNO walaupun pada 2008 Pas bersama DAP dan parti milik keluarga Anwar berjaya menguasai lima buah negeri.

Pendekatan Anwar untuk menyemai kebencian orang Melayu kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan dan akal fikiran oleh Barat. Untuk meruntuhkan kuasa orang Melayu yang ada pada UMNO Anwar memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had.

Kononnya rakyat Malaysia tidak bebas. Kononnya rakyat Malaysia ditindas. Kononnya tidak ada kebebasan akhbar dan bersuara. Tidak ada kebebasan beragama (dalam kalangan orang Islam). Tidak ada kebebasan bagi perkahwinan sejenis, tidak ada kebebasan untuk mengguna kalimah Allah oleh orang Kristian, dan bermacam kebebasan lain.

Sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sokong UMNO ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya memperbaiki sedikit taraf hidup orang Melayu.

Menyerang DEB tidak akan menjadikan Anwar popular. Apabila penentang DEB luar negeri, khususnya orang Barat, menuduh DEB hanya menguntungkan kroni UMNO, maka Anwar segera memeluk tuduhan ini dan menuding jari ke arah beberapa orang Melayu yang berjaya sebagai bukti yang DEB hanya menguntungkan kroni pemimpin kerajaan sahaja.

Di antara yang dipilih ialah Syed Mokhtar Albukhary, iaitu seorang Melayu antara puluhan bukan Melayu yang sudah jadi bilionair. Hari-hari ditujukan tuduhannya kepada Syed Mokhtar sebagai kroni. Bahawa semua bilionair bukan Melayu juga mendapat sokongan dari kerajaan tidak disebut sebagai kroni. Tanpa pemberian lesen dan peluang oleh kerajaan, tak mungkin orang bukan Melayu ini menjadi begitu kaya dengan begitu pantas dan ramai. Ada yang dapat monopoli import gula dan tepung selama 60 tahun tetapi tidak juga dijadikan sasaran Anwar. Tanpa usaha mengamankan negara, mencipta sistem cukai serta dasar, menjadi mega projek dan lain-lain tak mungkin mereka ini meraih kekayaan berbillion-billion. Bagi Anwar ini tak mengapa kerana mereka bukan Melayu.

Yang ditujukan ialah kepada Tan Sri Syed Mokhtar dan segelintir orang Melayu yang berjaya. Orang Melayu mestilah benci mereka ini kerana mereka kaya dan sudah tentu mereka adalah kroni.

Dan ramailah orang Melayu terutama pemuda yang sudah benci kepada "kroni-kroni" ini dan UMNO dan menolak UMNO. Tidak disebut oleh Anwar akan ratusan ribu anak Melayu yang mendapat pelajaran tinggi kerana biasiswa kerajaan pimpinan UMNO. Apakah ratusan ribu ini juga kroni?

Kita tahu setelah kerajaan pimpinan UMNO memberi biasiswa supaya mereka dapat ke universiti, ramai dari mereka berdemonstrasi mengutuk kerajaan. Sekarang setelah mendapat pekerjaan dan menjadi ahli profesional, ramai dari mereka juga tidak menyokong kerajaan. Kroni kerajaankah mereka?

Peniaga dan pengusaha yang diberi peluang dan bantuan, pekerja-pekerja yang mendapat kerja kerana DEB, apakah mereka semuanya terdiri dari kroni kerajaan? Ada mereka yang menyertai parti lawan dan mengutuk kerajaan UMNO. Kronikah mereka?

Menuduh hanya kroni kerajaan sahaja yang mendapat nikmat dari DEB adalah satu fitnah besar. Tetapi ramai orang Melayu yang terima fitnah ini dan membenci kerajaan dan UMNO yang dipimpin oleh orang Melayu.

Apabila orang Melayu membenci orang Melayu dan berkelahi sesama sendiri, apabila mereka menyokong orang yang sebenarnya tidak punyai niat baik terhadap mereka maka akan runtuhlah kuasa yang sedikit yang ada pada orang Melayu, maka akan berjayalah perebutan kuasa politik oleh orang lain.

Lihatlah orang Melayu yang hari ini terpaksa duduk di negara yang diperintah oleh orang bukan Melayu, berjayakah mereka?

Oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad

Suara Politik
Belantan

Sidek Baba dedah sebab tinggalkan Anwar?



Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.



"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

"Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.

Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.

Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

"Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Mac 28, 2013

Kisah bekas jeneral pembelot dan Lubang Buaya?



Nampaknya begitu ramai peminat-peminat Tian Chua, pencetus filem drama 'Lahad Datu the movie' yang mendapat sambutan 'pecah panggung'. Begitu ramai yang teruja, membakar gambar, memijak-pijak gambar, perarakan dengan kain rentang di seluruh negara,

Sambutan luar biasa yang mencerca, mengherdik Tian Chua atas sikap biadap dan celupar menuduh kerajaan UMNO merancang pencerobohan Lahad Datu sebagai 'diversion' kepada permasalahan negara.

Kerajaan perlu buktikan pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari dari MNLF ada kaitan dengan pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu'. Jika akhbar Filipina sendiri membocorkan cerita-cerita persengkokolan ini. Biarlah Tian Chua tersentak dari lena bahawa rupa- rupanya semua ini bukan sandiwara tetapi betul-betul berlaku di alam realiti.

Penulis suka hendak membicarakan skrip drama lima orang jeneral yang terjebak dengan politik Anwar Ibrahim. Sekadar lima orang? Tetapi penulis lihat berpuluh-puluh bekas jeneral yang hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri. Mengkagumkan. Penulis pasti jeneral-jeneral yang sedang berkhidmat dan segala anggotanya tentu bersama-sama dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

'Lima jeneral lapuk' itu sudah ketinggalan zaman memilih pemimpin politik yang sudah 'outdated' dan 'expired'.

Bagaimana lima jeneral yang diasuh, diajar dengan disiplin dan doktrin ketenteraan boleh memilih seorang pemimpin yang didakwa terlibat dengan skandal-skandal sebagaimana yang dipaparkan di media dan sahabat-sahabat karibnya.



Pemimpin itu mempersoalkan pula 'command structure' ATM sedangkan struktur kuasa PKR sendiri kucar-kacir. Siapa yang berkuasa dalam partinya, Penasihat atau Presiden PKR? Tetapi itu yang berlaku dalam PKR.

Bagaimana lima jeneral ini boleh terpikat dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim? Adakah mereka ini pernah bersama-sama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM dahulu?

Mereka tentu mempunyai 'intelligence/perisikan' tetapi lima jeneral ini tidak cukup intelligent atau kebijaksanaan. Jeneral yang bijak boleh berfikir secara strategik dan taktikal akan satu-satu situasi. Jeneral mungkin bekas professional soldiers tetapi bukan professional politicians. Dalam situasi sebegini akan kelihatan kebodohan jeneral-jeneral tersebut.

Apakah agaknya yang dijanjikan oleh PKR kepada lima jeneral itu? Kedudukan, pangkat, jawatan Menteri Pertahanan, bisnes dan sebagainya.

Jeneral-jeneral ini rupa-rupanya ada cita-cita politik dan ingin berkuasa. Alhamdulillah mereka menunjuk belang selepas bersara. Apalah akan terjadi jika jeneral-jeneral yang dahaga dan lapar kuasa ini masih berkhidmat dan membawa anak- anak buah mereka menentang kerajaan dengan cara rampasan kuasa?

Kita minta kerajaan berhati-hati dan selidik jika mereka membocorkan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Gunakan OSA.

Ketika lawatan ke Indonesia, penulis sempat melawat tugu peringatan tujuh jeneral TNI yang diculik, diseksa dan dibunuh dalam insiden Lubang Buaya ketika rampasan kuasa PKI. Memang cukup menyayat hati, tetapi apa yang lebih penting ialah pelajaran yang perlu kita hayati daripada peristiwa Lubang Buaya ini.

Lima jeneral bersara ini sedarlah bahawa kedaulatan negara lebih penting dan utama daripada pentas-pentas politik yang belum menjanjikan apa-apa kepada anda semua.



Kepada semua rakyat, veteran dan bekas tentera anggaplah mereka 5 jeneral humpty dumpty. Kita semua masih ingat lagu kanak-kanak tentang humpty dumpty ini.

''Humpty Dumpty sat on a wall,

Humpty Dumpty had a great fall.

All the king's horses and all the king's men

Couldn't put Humpty together again''


Kalau dalam cerita rakyat Melayu bolehlah kita anggap anggota jeneral-jeneral ini sebagai ''Si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan, biarkan.''

Veteran dan bekas tentera marah kepada jeneral-jeneral ini sebagaimana yang terpapar di media massa kebelakangan ini. Penulis ingin sarankan kita tidak perlu doktrin tentera untuk serang balas jeneral-jeneral ini.

Apa kata kita guna doktrin awam iaitu PRU-13. Semua rakyat, tentera, veteran, bekas tentera, pengundi-pengundi jangan mengundi PR, PKR, DAP dan Pas. Kita biarkan luncai terjun dan humpty dumpty jatuh dari temboknya.

Kita tolak parti politik yang boleh menjahanamkan negara Malaysia.

Suara Politik
Belantan

Perlukah kita membayar $5,000?



Apabila tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai.

Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya):

* Perjanjian 1646 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1667 (Sepanyol-British)

* Perjanjian 1725 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1737 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1761 (British-Sulu)

* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)

* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)

* Perjanjian 1814 (British-Belanda)

* Perjanjian 1824 (British-Belanda)

* Perjanjian 1836-1837 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1847 (British-Brunei)

* Perjanjian 1849 (British-Sulu)

* Perjanjian 1850 (Amerika Syarikat-Brunei)

* Perjanjian 1851 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1871 (British-Belanda)

* Perjanjian 1871 (Sepanyol-Sulu)

* Perjanjian 1899 (Amerika Syarikat-Sulu)

* Perjanjian 1915 (Amerika Syarikat-Sulu)

* Protokol 1877

* Protokol 1885.

Persoalannya, jika Filipina membawa tuntutan ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), apakah Malaysia mempunyai peluang menang (jika Malaysia setuju untuk mendepani cabaran Filipina)? Filipina mempunyai beberapa sebab yang menunjangi tuntutannya.



Pertama, walaupun Filipina tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah dipindahkan kepada kerajaan Filipina kerana Kepulauan Sulu merupakan sebahagian daripada negara Filipina. Oleh itu, kerajaan Filipina berhak menuntut Sabah.

Kedua, sehingga kini Filipina (dan waris Sultan Sulu) percaya Sultan Sulu (Sultan Jamalul Azam) hanya memajak Sabah - tanpa menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Baron Overbeck (warga Austria) dan Alfred Dent (warga British), berdasarkan terjemahan versi Amerika Syarikat terhadap teks Perjanjian 1877.

Di sebaliknya pula, Malaysia berpendapat Sultan Sulu telah menjual Sabah - dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Overbeck dan Dent, berdasarkan teks terjemahan versi British.

Perlu dinyatakan di sini, Filipina percaya meskipun Sultan Jamalul Azam (Sultan Sulu) menganugerahkan gelaran Datu Bendahara dan Raja Sandakan kepada Overbeck (Perjanjian 1878), namun status Overbeck hanyalah sebagai datu sahaja. Hak kedaulatan masih tetap dipegang oleh Sultan Sulu.

Namun, Malaysia menegaskan ini merupakan dalih licik Filipina semata-mata kerana Sultan Jamalul Azam telah mengiktiraf Overbeck sebagai 'pemerintah agung dan merdeka'. Ini membuktikan Sultan Jamalul Azam telah menyerahkan hak kedaulatannya kepada Overbeck lantas berakhirlah hak kedaulatan Sultan Sulu terhadap wilayahnya di Sabah.

Ketiga, Filipina berpendapat wilayah Sultan Sulu di Sabah tidak termasuk dalam Protokol 1885. Menerusi protokol ini, Sultan Sulu dikatakan hanya menyerahkan hak kedaulatannya kepada Sepanyol membabitkan Kepulauan Sulu sahaja. Ini bermakna, Filipina tetap dan masih berhak ke atas Sabah.

Persoalan ini sukar diselesaikan kerana teks asal Perjanjian 1878 (dalam bahasa Melayu) masih tidak ditemui, malah hal ini turut diakui oleh Filipina sejak awal 1960-an lagi. Jika isu ini dibawa ke ICJ, teks terjemahan yang manakah akan diperakui oleh pihak mahkamah, dan atas justifikasi apa? Jika pihak mahkamah memperakui teks terjemahan versi Amerika, apakah Malaysia masih berpeluang untuk memenangi kes ini?



Malaysia tetap mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kes ini.

Pertama, ketika Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah, majoriti penduduk Sabah menyokong pembentukan Malaysia sekali gus menolak untuk bergabung dengan Filipina atau kembali ke pangkuan Sultan Sulu.

Kedua, pihak kerajaan Filipina sendiri (menerusi ucapan Presiden Macapagal bertarikh 28 Januari 1963) telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah untuk menentukan masa depan Sabah sama ada mahu menyokong Filipina atau menyokong pembentukan Malaysia. Penduduk Sabah telah membuat keputusan muktamad. Filipina harus menghormati keputusan ini. Perlu ditegaskan, tidak ada raja tanpa rakyat. Oleh itu, tuntutan Filipina (dan pihak Sultan Sulu khasnya) bernoktah di sini.

Ketiga, tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) amat aneh. Wilayah Sultan Sulu di Sabah hanyalah meliputi kawasan pesisiran pantai utara dan timur Sabah sahaja (sempadannya masih tidak jelas sehingga hari ini), bukannya meliputi seluruh Sabah. Nyatalah tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) tidak berasas bahkan melampaui batas pula. Wilayah pantai barat Sabah dikuasai Kesultanan Brunei, manakala kawasan pedalaman Sabah bersifat autonomi (tidak dikuasai Brunei dan Sulu).

Terlebih penting lagi, Malaysia tidak berkewajipan untuk membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu. Urusan pembayaran pampasan tahunan (tanpa had masa) kepada waris Sultan Sulu ($5,000 setiap tahun berdasarkan Perjanjian 1878) merupakan urusan antara Overbeck-Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British) dengan waris Sultan Sulu sahaja.

Hakikatnya, setelah majoriti penduduk Sabah menyokong gagasan Malaysia, dan apabila PBB mengiktiraf Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pembayaran pampasan tahunan bukanlah menjadi tanggungjawab Malaysia.

Jika Malaysia terus membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu dan tunduk kepadanya, walhal Kesultanan Sulu itu sendiri tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Negara yang merdeka dan berdaulat tidak harus tunduk kepada mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang tidak lagi wujud di dunia!

Suara Politik
Belantan

Amalan politik 'songsang' PKR?



Cuba fikirkan sejak Pilihan Raya Umum 2008 apa yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lakukan dalam usaha mereka untuk mencari pengaruh politik. Kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum berkenaan melalui pelbagai manipulasi termasuk menggunakan sentimen perkauman telah memungkinkan PKR menjadi 'besar kepala'.

PKR merasakan parti merekalah yang terbaik dan jauh daripada kesilapan dan kesalahan, apa pun yang berlaku ke atas parti atau pemimpin mereka akan dianggap fitnah dan konspirasi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kebijaksanaan berhujah dan kepandaian mengalih isu telah memungkinkan segala keburukan PKR termasuklah melibatkan pemimpin-pemimpinnya berjaya diredakan. Bagaimanapun PKR tidak boleh membohongi dan menipu rakyat melalui strategi politik licik dan songsang mereka selama-lamanya.

Kebenaran tetap kebenaran dan fakta tetap fakta, mungkin pada awalnya PKR akan berjaya menutupi semua itu melalui sandiwara, putar belit dan taktik mengalih isu.

Tetapi ia tidak akan bertahan lama dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah gelanggang terbaik kepada rakyat membuktikan kepada PKR bahawa mereka tidak akan selama-lamanya terpedaya dengan sandiwara parti itu.



Parti seperti PKR yang dilihat mengamalkan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara tidak boleh dibiarkan terus wujud kerana mereka tidak menguntungkan negara sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

Peluang yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak digunakan sebaik-baiknya, sebaliknya apa yang kita saksikan dari semasa ke semasa PKR terus mengamalkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada segala usaha baik kerajaan.

Kajilah tidak ada satu pun perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tidak dipandang serong oleh PKR. Segala-galanya akan diperlekeh dan persendakan hatta soal keselamatan negara pun turut menjadi 'mangsa'.

PKR mengajar rakyat politik kebencian dan permusuhan bukannya bersama-sama berganding bahu melakukan pembaikan demi keselamatan negara. Keadaan itu berlaku kerana PKR sudah kemaruk kuasa, mereka melihat PRU-13 ini adalah penentuan hidup mati parti tersebut dan usaha terakhir untuk memastikan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Sama ada janji yang ditaburkan boleh ditunaikan atau tidak, segala tindakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau tidak, ia bukanlah perhitungan utama. Bagi PKR, apa yang penting mereka mahu memastikan pemerintahan BN berakhir dalam pilihan raya umum kali ini.



Sama ada pemimpin atau penyokong tegar mereka hendak mengakui atau tidak, PKR adalah parti yang penuh dengan konflik, masalah dan 'penyakit', parti seumpama ini kalau terus dibiarkan berada dalam pentas politik negara ia boleh mengakibatkan negara musnah.

PKR berasa kuat bukan kerana kekuatan sendiri tetapi atas bantuan DAP dan Pas. DAP digunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih undi orang Melayu. PKR tidak ada apa-apa kekuatan selain bijak bercakap, menabur fitnah dan melemparkan serangan buruk kepada kerajaan BN...itu sahaja kepakaran mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri yang dikuasai oleh mereka dan kemelut dalaman, segala-galanya 'haru-biru', lintang pukang dan berkecamuk. Tetapi pemimpin-pemimpin utama PKR masih mahu mendabik dada kononnya mereka boleh mentadbir jauh lebih baik berbanding BN.

Sikap politik PKR ini terjadi kerana parti itu bukan ditubuhkan asas perjuangan bagi membela nasib rakyat atau membangunkan negara sebaliknya atas sikap dendam dan kebencian apabila pemimpin utama mereka dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.

Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak bersandiwara dan mengambil kesempatan bagi meraih sokongan politik, ini termasuklah ketika pentadbiran kerajaan BN berada dalam kedudukan lemah. Bagaimanapun situasi itu sudah berbeza sekarang, pekung yang ada kepada PKR tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa atau pun daun keladi.

Perbalahan

PKR mungkin mahu terus bersandiwara kononnya mereka sebuah parti yang kukuh dan sentiasa mendapat sokongan rakyat tetapi apa yang berlaku sejak 2008 sudah melihat menyaksikan bagaimana PKR kini sedang menuju ke kuburan politik.



Perbalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sudah menjadi rahsia umum, khususnya melibatkan Presiden PKR, Datin Seri Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Itulah belum lagi mengambil kira, bagaimana di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan turut berhadapan dengan tekanan termasuklah wujud ura-ura bahawa Azmin akan menggantikan beliau selepas pilihan raya umum akan datang jika PKR masih memerintah.

Begitu juga, penulis difahamkan menjelang pilihan raya umum ini, perebutan menjadi calon-calon semakin hebat dan cantas mencantas semakin ketara. Malangnya, di atas pentas-pentas ceramah, pemimpin-pemimpin PKR terus menggambarkan seolah-olah parti mereka semakin kuat, kukuh dan berwibawa.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, PKR semakin memahami penolakan rakyat khususnya orang Melayu terhadap parti itu. Mungkin menyedari hakikat inilah pemimpin-pemimpin PKR cuba sedaya-upaya memperalatkan Pas terutamanya untuk membantu mereka memenangi pilihan raya.

Pemimpin-pemimpin PKR tidak risau soal sokongan kaum Cina kerana DAP dikatakan mampu memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu parti itu. Apa yang meresahkan PKR ialah sokongan orang Melayu yang dilihat kini berada di hujung tanduk.



Namun pemimpin-pemimpin PKR tetap yakin sebagai 'pak turut setia' dalam pakatan pembangkang Pas akan mampu memainkan peranan untuk memastikan semua calon PKR menang. Sikap Pas inilah yang menyuburkan politik kebencian dan matlamat menghalalkan cara yang diperjuangkan oleh PKR.

PKR percaya apa pun yang dilakukan oleh mereka, ia pasti akan dibela, disokong dan dipersetujui oleh Pas. Justeru walaupun PKR memahami bahawa sokongan mereka dalam pilihan raya umum nanti akan merudum namun mereka tidak khuatir kerana penyokong-penyokong Pas akan setia memberikan undi mereka kepada calon-calon PKR.

Penyokong Pas akan bertungkus-lumus memastikan calon-calon PKR menang dan bersedia memanjat pokok dan tiang-tiang bagi mengibarkan bendera PKR dan DAP di seluruh pelosok. Namun PKR belum pasti akan mengenang jasa Pas kerana apa yang lebih penting bagi PKR ialah DAP bukannya Pas. Sebab itulah dalam banyak isu, PKR tidak pernah peduli apa pendirian Pas.



Malahan PKR sentiasa terang-terangan menyokong DAP contohnya dalam isu kalimah Allah dan menyatakan ia kesepakatan bersama.

Dan dalam banyak situasi PKR lebih menyebelahi DAP, namun Pas masih terus mahu bertahan. Justeru orang Melayu perlu memikirkan apakah wajar pakatan pembangkang perlu disokong kerana dengan sikap 'pak turut' Pas sudah pasti parti itu tidak akan berupaya melawan kehendak PKR dan DAP jika benar pakatan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.

Ia memandangkan soal politik pakatan pembangkang hanya berkisar soal penguasaan PKR dan DAP bukannya Pas yang dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang'.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Mac 27, 2013

Rentetan Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM : Akhirnya ada wartawan tanya kenapa Anwar menipu...!!!



Bagi kebanyakan wartawan yang sering hadir sidang media Anwar Ibrahim, mereka sudah jemu dengan cerita Ketua Pembangkang itu untuk ambil alih negara selepas pelan 16 September terbukti omong kosong.

Ada juga merungut kerana tiada cerita baru untuk ditonjolkan selain dolak dalih Anwar yang kononnya hendak penyerahan kuasa dilakukan secara aman dan teratur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini seolah-olah macam cerita pencuri suruh tuan rumah buka pintu kerana hendak menyamun. Mana ada tuan rumah nak buat begitu kalau tahu pencuri suruh berbuat demikian.

Akhirnya, barangkali kerana sudah bosan dengan jawapan Anwar yang terus ‘pusing-pusing’ tentang tarikh baru pembangkang nak kuasa negara, seorang wartawan menempelak Anwar gara-garanya kerap berdolak dalih dalam isu itu.

Kejadian itu berlaku ketika Anwar menjawab soalan para wartawan selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di Kuala Lumpur, pagi Rabu.

Selepas Anwar mengulangi jawaban mengenai tuntutan meminta PM berjumpanya atau mengadakan sidang khas Parlimen bagi usul undi tidak percaya kepada Abdullah, sudah cukup bilangan ahli parlimen BN yang akan ;lompat’, wartawan wanita itu mencelah.

“Mereka kata Datuk Seri penipu, apa Datuk Seri fikir pasal itu (penipu)?,” katanya. Anwar yang nampak agak tergamam dengan soalan itu, mahu tak mahu terpaksa menjawab. “Mereka panggil macam-macam sebelum ini. Yang utama, jika mereka (kerajaan) fikir saya penipu, buatlah cara betul dan saya akan kemuka di Parlimen,” katanya.

Jawapan Anwar itu merujuk kepada permohonan pembangkang supaya Perdana Menteri mengadakan sidang parlimen khas bagi mereka membuktikan sudah ada cukup bilangan ahli parlimen untuk ambil alih kerajaan.

Ketika bercakap dengan media di depan lif lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu, Anwar tidak menjawab pertanyaan bila tarikh baru serta rancangan pembangkang merealisasikan impian tersebut.

Namun beliau terus dengan ayat lamanya mendakwa ada cukup Ahli Parlimen BN yang nak melompat.

"Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu," katanya. Apapun beliau juga masih enggan menyatakan jumlah dan senarai ahli parlimen BN yang setuju menyertai pembangkang.

Kini pemimpin pembangkang serta penyokong terpaksalah tunggu macam tunggu buah tak jatuh sama ada cerita peralihan kuasa ini jadi atau tidak. Namun, yang jelas tiada pemimpin utama PKR, DAP dan PAS menemani Anwar di mahkamah, Rabu berbanding kehadirannya untuk prosiding pada 9 September lalu.

Malah, bilangan penyokongnya yang hadir boleh dibilang dengan jari. Mungkinkah ini tanda-tanda, penyokong Anwar sudah bosan kena ‘kelentong’, begitu juga sebahagian wartawan yang ‘terpaksa’ kerja dan berdepan cerita sama tetapi berbeza hari.- 24/9/2008

Suara Politik
Belantan

Anwar kemaruk KUASA - Tidak layak jadi pemimpin negara!


Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.

Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan.

Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan. Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik.

Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!

Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang.

Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”!Anwar bijak menipu.

Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun Dr.Mahathir akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.

Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah, “Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Tun Dr.Mahathir berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!

Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!

Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun Mahathir dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Tun Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Tun Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun Mahathir, bertambah kuat pertalian politik Mahathir-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan DS Najib, menjadi senjata muktamad kemenangan Mahathir ke atas Ku Li. Dan, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden. Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar.

Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.

Perkara ini “unprecedented” dan Tun Dr.Mahathir sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut.

Namun atas kepercayaan bahawa Tun Mahathir masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.

Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia ketika itu banyak membantu Anwar meletakkan “orangnya” sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Tun Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya.

Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak! Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar.

Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Tun Mahathir menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun Mahathir.

Apabila sesekali Tun Mahathir terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Mahathir tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun Mahathir masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya.

Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian dia berkata “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan”!

Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?

Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam ” Apabila hasratnya telah menjadi cakapan umum, Tun Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang suka menyebelahi calun yang akan menang, sudah menjadi satu dilema sekali lagi. Megat Junid turut menyakinkan Mahathir, Anwar akan menang!

Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara.

Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Mahathir-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenangan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tui Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun Mahathir. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya.

Perwakilan membaca maksud Tun Mahathir pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun Mahathir dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa!

Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu? Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun!

Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir? Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!

Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun Mahathir tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Tun Mahathir bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun Mahathir pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar .

Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya. Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun Mahathir di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.

Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun Mahathir bahawa “ Pandangan mereka ini perlu diambil kira ”. Tun Mahathir menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden!

Oleh itu cuba fikirkan secara resional apakah Anwar Ibrahim layak untuk memimpin Malaysia? Fikir dan bertindak satukan suara, padukan langkah dan singkirkan Petualang Bangsa....Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Anwar jumpa Nur Misuari dua kali?



Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya pula dakwa Raja Petra, berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

"Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah.

"Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen di Malaysia Timur untuk membentuk Kerajaan Pusat dan bagi memastikan perkara itu berlaku, Anwar memerlukan pertolongan pengundi Muslim di Sabah,'' katanya seperti dipetik daripada portal malaysia- today.net, hari ini.

Menurutnya, Anwar berjanji kepada Nur Misuari apabila pakatan pembangkang memerintah, Kerajaan Pusat akan memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Anwar telah beberapa kali bertemu Nur Misuari sebelum berlakunya insiden pencerobohan berdarah oleh pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlah sebenar pertemuan tersebut kerana pihak berkuasa masih meneliti dengan terperinci setiap maklumat yang diperoleh sebelum mendedahkannya kepada rakyat.

Pengesahan Hishammuddin itu ekoran pendedahan sebuah blog mymassa.blogspot.com yang mendakwa Anwar bertemu Nur Misuari lima kali dengan pertemuan kali terakhir dikatakan berlangsung pada 7 Februari lalu.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Mac 26, 2013

Politik Pas sudah berubah?



Apabila PMIP (Pan Malayan Islamic Party) yang kemudian dikenali sebagai Pas gagal mempengaruhi orang Melayu pada pilihan raya 1955 apabila menang hanya satu daripada 52 kerusi, kepimpinannya beralih daripada memperjuangkan nasib orang Melayu di Malaysia kepada perjuangan semata-mata untuk kepentingan parti dan pemimpinnya. Bagi menjayakan perjuangan ini, PMIP menyemai kebencian yang mendalam terhadap UMNO dengan mendakwa orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, dua parti bukan Islam.

Ketika itu ramai yang tidak fikir orang Melayu akan terima pengkafiran oleh kepimpinan sebuah parti politik walaupun mengguna Islam sebagai nama parti mereka. Pegangan orang Melayu kepada agama Islam amatlah kuat. Memang ada antara mereka yang cuai dalam amalan ibadat tertentu, tetapi mereka tetap percaya dan berpegang kepada agama mereka. Islam adalah agama mereka dan tidak ada agama lain yang diterima oleh mereka. Sesiapa yang berkata mereka tidak Islam, kafir, akan dikecam dan dibantah oleh mereka.

Di zaman penjajah, orang Islam di negara lain ada yang meninggalkan agama mereka. Tetapi tidak di Malaysia. Orang Melayu tidak sama sekali tinggalkan agama Islam walau mubaligh Kristian cuba mengembangkan agama mereka.

Di waktu perjuangan melawan Malayan Union juga tidak ada seorang pun orang Melayu yang diketahui tidak lagi beragama Islam. Semua yang menyertai perjuangan ini sedar dan terima bahawa semua mereka beragama Islam. Tidak ada tuduhan oleh sesiapa bahawa ada antara mereka yang bukan Islam.

Demikianlah kuatnya pegangan orang Melayu kepada Islam hinggakan raja dan rakyat berkeras supaya takrif orang Melayu termasuk orang yang beragama Islam. Jika tidak beragama Islam, orang itu tidak diterima sebagai orang Melayu dalam undang-undang dan perlembagaan negeri-negeri dan Persekutuan Tanah Melayu.



Sesungguhnya hanya orang Melayu sahaja dalam dunia Islam, bahkan dalam dunia amnya yang takrif bangsanya disyaratkan dengan anutan agama Islam. Kemudian barulah Maldives membuat syarat yang sama.

Sebelum merdeka, orang Melayu terbahagi tiga mengikut aliran persekolahan. Majoriti terbesar belajar di sekolah Melayu. Sebahagian kecil bersekolah di sekolah Inggeris. Sebahagian lagi menuntut di sekolah pondok yang sebilangannya meneruskan pelajaran agama di Mesir, Arab Saudi dan India. Walaupun tidak fasih berbahasa Arab, cara hidup dan pegangan mereka lebih dipengaruhi oleh tafsiran agama Islam yang diajar di sekolah mereka.

Daripada tiga puak ini, di zaman British, yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran ialah yang berpelajaran Inggeris. Jawatan rendah dalam kerajaan dipegang oleh yang bersekolah Melayu. Yang belajar agama sukar dapat pekerjaan selain menjadi guru pondok dan peniaga kecil. Walaupun pemisahan antara mereka tidak mendalam tetapi wujud juga perasaan irihati di antara yang berjawatan lebih tinggi dengan yang kurang bernasib baik.

Namun ketiga-tiga golongan ini sedar akan bahayanya Malayan Union terhadap masa depan orang Melayu dan Islam dan bersatu menentangnya. Pada masa itu, segala perbezaan antara mereka dilupakan sama sekali. Penyatuan mereka menghasilkan UMNO (PEKEMBAR) yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar dan kemudian oleh Tunku Abdul Rahman. Soal siapa lebih Islam dan siapa kurang Islam, siapa kafir siapa tidak, tidak timbul sama sekali. Mereka semua Melayu yang semuanya beragama Islam dan menghadapi bahaya yang sama. Mereka bersatu dan berjaya.



Malangnya apabila Malayan Union digugurkan dan British menghidupkan semula Dewan Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan Dewan Negeri (State Council) dan UMNO dijemput mencalonkan beberapa ahli yang akan menganggotai dewan-dewan ini, bermulalah perebutan untuk mendapat nikmat hasil perjuangan mereka.

Tunku sebagai Yang Dipertua UMNO berpendapat calon yang layak menganggotai dewan-dewan hendaklah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Ini secara tidak langsung bermakna calon-calonnya ialah aktivis UMNO yang berpelajaran Inggeris dan sebilangan kecil yang bersekolah Melayu. Tunku hanya mencalonkan seorang daripada yang berpelajaran agama walaupun kumpulan ini yang dikenali sebagai ulama UMNO menuntut 10 kerusi.

Kecewa kerana tuntutan mereka tidak dilayan, ulama UMNO ini memutuskan untuk keluar parti dan menubuhkan PMIP. Lagipun ketua mereka Haji Ahmad Fuad kecewa tidak dipilih menggantikan Dato' Onn sebagai Yang Dipertua UMNO. British amat gembira kerana tindakan ulama UMNO memecahkan perpaduan orang Melayu dan boleh melemahkan perjuangan mereka. Dengan segera mereka mendaftarkan PMIP. Mereka percaya apabila orang Melayu menuntut kemerdekaan, mereka tidak lagi akan kuat seperti masa mereka bersatu menentang Malayan Union.

Pada 1955 pilihan raya pertama diadakan. Daripada 98 kerusi untuk Legislative Council, British hanya membenarkan 52 kerusi dipertandingkan. Baki 46 akan dilantik oleh Gabenor. British percaya dengan perpecahan orang Melayu dan kurangnya sokongan bukan Melayu, tak mungkin ada parti atau puak mendapat majoriti, iaitu sebanyak 50 kerusi atau lebih untuk menubuhkan kerajaan. Dengan itu tuntutan kemerdekaan dapat ditolak dengan mudah. Tetapi Tunku membentuk parti campuran dengan MCA dan MIC lalu memenangi 51 daripada 52 kerusi. PIMP memenangi hanya satu kerusi.



Kebencian

Kecewa dengan kekalahan ini, pemimpin Pas beralih menggunakan agama untuk meraih sokongan orang Melayu dan mengurangkan sokongan kepada UMNO. Bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap UMNO, Pas mendakwa orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir, iaitu Cina MCA dan India MIC.

Mempercayai bahawa orang UMNO benar-benar kafir maka ramai orang Pas membenci UMNO dan menolaknya dalam Pilihan Raya 1959 dan seterusnya. Dalam Pilihan Raya 1959, iaitu selepas merdeka, Pas menawan Kelantan dan Terengganu tetapi tidak berjaya mengalahkan UMNO di peringkat Pusat setiap pilihan raya.

Pada 1981, Haji Hadi mengeluarkan amanatnya yang memperkuatkan dakwaan Pas bahawa orang UMNO kafir. Kononnya UMNO kafir kerana mengekalkan undang-undang penjajah. Selepas itu berlakulah sembahyang dua imam, perkahwinan semula ramai orang Pas yang percaya perkahwinan mereka dahulu tidak sah, perkuburan berasingan, penolakan sembelihan orang UMNO dan pelbagai lagi.

Tetapi Pas tidak konsisten. Walaupun Pas mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir, apabila Pas bekerjasama dengan DAP yang dipimpin dan disertai oleh orang kafir, perbuatan ini tidak pula menjadikan mereka kafir. Ahli Pas juga tidak menentang kerjasama parti mereka dengan orang kafir.



Berkenaan penggunaan kalimah Allah pun, Nik Aziz, Hadi dan pemimpin lain menerima pendapat orang bukan Islam bahawa kalimah Allah boleh digunakan sebagai nama tuhan Kristian. Tetapi apabila pendirian ini tidak diterima oleh majoriti orang Islam dan Majlis Syura Pas sendiri, mereka menukar pendirian. Sekali lagi pendirian pemimpin Pas tidak konsisten

Apa pun ternampak jelas yang Pas dan pemimpin mereka sanggup buat apa sahaja, mengkafirkan sesama Islam dan membelakangkan ajaran Islam kerana ingin mendapat sokongan bukan Islam dalam pilihan raya. Agama bukan pegangan Pas tetapi hanya alat mendapat tempat di dunia.

Tetapi UMNO tidak dakwa Pas, pemimpin dan ahlinya kafir. Mengkafirkan orang Islam adalah perkara yang amat serius. Ia akan mencetuskan permusuhan sesama Islam. Permusuhan dan perpecahan orang Islam akan menjadikan mereka lemah dan tidak dapat mempertahankan Islam dan orang Islam daripada musuh. Islam menuntut supaya orang Islam bersaudara dan bersedia untuk mempertahankan umat Islam.

Memang ada orang Islam yang murtad. Tetapi mereka murtad kerana syirik, kerana tidak lagi percaya kepada Allah yang satu dan Muhammad ialah Pesuruh-Nya. Tidak ada dalam al-Quran atau mana-mana kitab dakwaan bahawa penggunaan sistem pentadbiran penjajah menjadikan kita kafir atau bekerjasama dengan orang kafir untuk menstabil dan menjayakan negara menjadikan orang Islam kafir.



Teringat saya semasa saya kecil terdapat fatwa bahawa lampu elektrik tidak boleh dipasang dalam masjid dan kereta bermotor tidak boleh diguna untuk membawa jenazah orang Islam kerana kedua-duanya ciptaan orang kafir. Hari ini kita tidak lagi dapat terima fatwa seperti ini. Yang jelas adalah fatwa oleh pemimpin Islam tidak selalunya tepat. Kerana kurang faham akan perkembangan semasa, fatwa yang dibuat boleh jadi salah. Fatwa selepas ijtihad bukanlah wahyu Allah SWT.

Al-Quran menyebut bahawa orang yang mengkafirkan orang Islam lain, jika orang itu tidak kafir, maka orang yang menuduh itu akan jadi kafir. Oleh itu janganlah ada sesiapa yang dengan mudah mengkafirkan sesiapa: mengkafirkan tiga juta orang UMNO, memurtadkan mereka tanpa usul periksa, tanpa mengadakan ijtihad oleh orang yang tidak berkepentingan. Ingatlah apabila menghukum, Islam menyuruh kita hukum dengan adil. Adilkah apabila seorang yang berkepentingan dengan tiba-tiba memurtadkan tiga juta orang Islam kerana ingin menang pilihan raya semata-mata.

Saya sedar bahawa tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang Pas. Mereka taksub dengan ajaran pemimpin mereka lebih daripada ajaran al-Quran itu sendiri. Mereka telah membuat baiah kepada pemimpin mereka. Mereka akan mendakwa saya tidak layak bercakap berkenaan agama. Bagi mereka bukan kebenaran yang dianggap penting, yang diutamakan ialah siapa yang membuat dakwaan tersebut. Jika ia datang daripada "orang mereka" atau orang yang menyokong mereka, yang jelas tidak betul pun mereka akan terima. Jika ia datang daripada orang yang dimusuhi mereka, yang benar pun akan ditolak. Demikianlah sifat assabiah yang ada pada mereka.



Sebenarnya ramai yang berpelajaran agama, yang boleh berbahasa Arab, juga membuat kesalahan, tidak menepati ajaran Islam dan berdosa besar pun. Hanya kerana berpelajaran agama tidak menjamin segala yang dilakukan atau "fatwa" yang dibuat oleh mereka tetap betul dan bebas daripada dosa. Ramai yang terlibat dengan jenayah. Allah memberi kepada manusia akal fikiran. Mematuhi pemimpin secara buta tuli bermakna menolak nikmat berfikir yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.

Lagipun al-Quran mengajar kita supaya jangan menghina dan memburukkan orang lain kerana orang itu mungkin lebih baik daripada orang yang menghinanya.

Apapun hanya Allah yang boleh menentukan baik buruknya seseorang Islam. Janganlah sesiapa cuba mengambil alih kuasa Allah dengan mengkafirkan orang Islam hanya kerana tidak bersetuju dengan pendirian mereka.

Malaysia terima konsep kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Untuk menjayakan konsep ini rakyat boleh menubuhkan parti politik. Parti-parti politik perlu menawarkan dasar, pendekatan dan matlamat masing-masing untuk mendapat sokongan pengundi. Namun demikian tawaran ini hendaklah mengambil kira faktor-faktor seperti budaya dan cara hidup tempatan, agama dan perasaan. Janganlah sesiapa keterlaluan sehingga tercemar agama suci kita.

Suara Politik
Belantan

GEMPAR...!!! Rancang bunuh: CN Afghani mahu bertemu, mohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir?


Bekas ahli Pas yang juga pengarang buku Kafirkah Aku?, CN Afghani berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan semalam.

Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Dalam pada itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditemui berkata, beliau memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.

"Saya berjalan sana sini tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.

"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Suara Politik
Belantan

Anwar halang Fareez dipecat?



Masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terbongkar ekoran kritikan terbuka Setiausaha Politik Ketua Wanita PKR, Mohd. Fareez Kamal Intidzam terhadap Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semakin menarik tumpuan.

Selepas beberapa pihak mempercayai Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadikan pemimpin tertentu dalam UMNO sebagai 'kambing hitam' bagi menutup masalah tersebut, Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar pula mendakwa Anwar menghalang Fareez daripada dipecat.


Surat terbuka yang ditulis oleh Fareez mengkritik Presiden PKR kepada Haji Hadi Awang

Berikut kenyataan akhbar Fakrul Azman:

1. Tindakan Anwar Ibrahim untuk mengaitkan UMNO dalam episod Fareez Kamal diperlihatkan sebagai tindakan seorang 'desperado' politik yang gagal mengawal masalah dalaman PKR. Anwar terlalu sibuk melayan urusan peribadinya dan saman sana-sini sehingga tiada tenaga untuk menguruskan masalah parti sendiri.

2. Seperti biasa Anwar akan guna pakai taktik lapuk politik beliau iaitu sama ada menuduh orang lain atau saman mana pihak ketiga yang membongkar kelemahan nafsu beliau. Kita dengar cerita bahawa Anwar melarang Wan Azizah daripada mengambil apa-apa tindakan terhadap Fareez Kamal. Fareez Kamal merupakan penyokong tegar Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Wan Azizah dilarang oleh Anwar daripada mengambil tindakan disiplin atau pun memecat Fareez Kamal.

3. Persoalan dan tanda tanya sekarang adalah mengapa Anwar menghalang Wan Azizah pecat Fareez? Apakah sebab beliau didesak oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Zuraida ataupun nak tutup satu lagi skandal daripada terbongkar. Hakikat sebenar Wan Azizah memang sangat cemburu dengan Fareez. Jika Anwar mengaitkan UMNO, maka sahihlah wujudnya satu lagi skandal.



Suara Politik
Belantan

Isnin, Mac 25, 2013

Shaidi cerai isteri akibat langgar bai'ah kepada Pas!



Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

"Antara kandungan bai'ah itu ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dia dan isteri terpaksa bercerai apabila bertindak keluar daripada Pas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Deklarasi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tolak Pas yang dihadiri kira-kira 200 orang di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini.

Menurut Shaidi, dia pernah cuba untuk rujuk kembali, namun dihalang oleh ahli keluarga bekas isterinya itu yang merupakan penyokong tegar Pas.

Menceritakan pengalamannya semasa dalam Pas, Shaidi memberitahu, dia yang berpegang kepada 'Amanat Haji Hadi' turut menganggap orang UMNO sebagai musuh, darah mereka halal dan tidak memakan daging sembelihan mereka.

"Malah bapa saudara meninggal dunia pun saya tidak pergi ziarah sebab dia orang UMNO," dakwanya.

Bagaimanapun jelasnya, hatinya terbuka untuk meninggalkan Pas setelah mendapati banyak kepincangan berlaku dalam parti itu terutama membabitkan soal akidah, selain mendapat nasihat daripada arwah datuknya.

Selepas diberi mandat dengan begitu lama oleh rakyat, katanya, pemimpin Pas seolah-olah merasai diri mereka berada di satu darjat yang paling tinggi dan boleh menguasai perkara di luar batasan pemikiran manusia.

"Misalnya dalam kes khalwat seorang wakil rakyat Pas, saya pernah jumpa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan memaklumkan perkara itu kepadanya tetapi dia mempertahankan wakil rakyat tersebut dengan berkata 'Allah dah ampunkan dosa dia'.

"Ini antara satu perkara yang saya tidak boleh terima. Nik Abdul Aziz tahu Tuhan telah ampun atau tidak dosa seseorang," ujarnya.

Menurutnya, dia begitu taksub kepada Pas sejak di bangku sekolah lagi.

"Sehinggakan buku teks sekolah saya balut dengan poster-poster Pas yang berlambangkan bulan.

"Tetapi apa boleh buat, saya lebih takut dengan hukum Allah dan tidak akan berkompromi dengan parti yang sanggup menggadai agama demi kepentingan politik," katanya.

Dakwa Shaidi, dia pernah diugut akan dibunuh, dicederakan manakala kereta miliknya dirosakkan gara-gara mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Pas.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Mac 24, 2013

Inilah tahap pemikiran Ustaz PKR...!!! Gelar pasukan keselamatan sebagai anjing, Badrulamin didesak minta maaf?



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya semalam.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.

Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.

"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.

"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Nasib MB Khalid yang suka tampil solo?



Kerajaan Selangor menjaga kebajikan anda sehingga akhir hayat - begitu bunyi promosi di papan iklan di Persiaran Sukan, di jalan strategik di persekitaran Stadium Shah Alam ini. Dalam papan iklan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditampilkan dengan imej mesra, penyayang dan prihatin sedang dikerumuni oleh sekumpulan kanak-kanak.

Bulan lalu di papan iklan yang sama, Abdul Khalid yang juga tampil solo dengan berbaju Melayu cuba digambarkan sebagai seorang pemimpin yang peka dengan kebajikan rakyat. Dalam iklan itu, disenaraikan lapan program pujaan kerajaan negeri. Menurut iklan itu, lebih 4 juta rakyat Selangor mendapat manfaat termasuk program ikonik mereka iaitu bekalan air percuma yang melibatkan peruntukan RM477 juta.

Abdul Khalid, dengan stail pemerintahan beliau yang tersendiri selalu ditampilkan secara solo. Begitu juga dalam banner ucapan terima kasih yang satu masa dipasang di merata-rata lokasi di Shah Alam hanya menampilkan gambar Khalid tersenyum.

Memang Khalid mahu digambarkan sebagai seorang pentadbir yang berjaya. Citra seperti itu penting bagi memberi gambaran PKR sebagai pengemudi pakatan pembangkang mampu ke Putrajaya. PKR mahu digambarkan sebagai parti yang tidak kering pemimpin berkaliber.



Sejak kebelakangan ini dan menjelang pilihan raya umum, Abdul Khalid memang dilihat tambah agresif mahu ditampilkan secara solo sebagai seorang Menteri Besar yang berjaya. Mungkin dalam aspek lain dan sebagai satu strategi, beliau tahu hanya itulah modal utama untuk meraih undi rakyat terutama pengundi di DUN Ijok.

Kerana ketidaktentuan nasib beliau di Ijok, Abdul Khalid sendiri disebut-sebut akan 'diselamatkan' ke DUN lain. Selain Bukit Melawati yang juga masih di kawasan Parlimen Kuala Selangor, DUN yang dianggap selamat yang diincar ialah Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) bahkan Bukit Antarabangsa yang kini disandang oleh pesaing beliau, Azmin Ali.

"Tapi masalah utamanya ialah tiada orang yang mahu memberikan tempat," kata seorang pemimpin PKR Kuala Selangor yang melihat Abdul Khalid gagal memainkan peranan sebagai seorang pemimpin parti.

Beliau yang masih tegar dengan perjuangan PKR meramalkan peluang Abdul Khalid di Ijok hanya 50:50. Pengaruh dan kuasa sebagai MB tidak memberikan beliau kelebihan untuk menawan hati masyarakat di Ijok. Kedudukan beliau dan aura seorang MB tidak dirasai oleh masyarakat Ijok.



"Orang Ijok lebih mengenalinya sebagai seorang Menteri Besar bukan ADUN. Beliau tak berapa perform sebagai wakil rakyat walaupun beliau seorang Menteri Besar," tambah pemimpin PKR itu yang memberi contoh antara kegagalan Abdul Khalid atau wakilnya ialah tidak hadir dalam majlis-majlis kenduri-kendara dan kematian penduduk.

Kegagalan paling ketara ialah peranannya sebagai pengemudi PKR cabang Kuala Selangor. Cabang Kuala Selangor tidak berfungsi dengan baik kerana diurus oleh orang-orang pilihan Abdul Khalid. Seperti Abdul Khalid, sebahagian besar orang-orang beliau adalah orang baharu, mengamalkan pentadbiran ala korporat dan tidak faham lenggok politik.

Mewakili

"Kalau ada program, ajak orang dia sahaja bukan orang parti. Dari segi jentera parti, memang tidak berfungsi. Mungkin beliau mahu mengharapkan jentera Pas, kalau begitu susahlah nak menang," dakwa pemimpin itu lagi yang menyifatkan dirinya mewakili suara akar umbi.

Alasannya, kebanyakan jentera parti PKR Ijok ialah orang India. Tidak banyak orang Melayu mahupun Cina di Ijok yang mahu menjadi aktivis PKR. Aktivis dari kaum India yang dominan menghidupkan jentera parti. Kumpulan inilah yang pada Pilihan Raya Umum 2008 bekerja siang dan malam mahu menumbangkan BN.

Kumpulan itu kini telah berpecah-pecah. Tambah merumitkan jentera Abdul Khalid nanti ialah jika BN menampilkan calon dari kaum India. DUN Ijok secara tradisinya memang dikhususkan kepada MIC. Penyelaras DUN Ijok sekarang ini juga adalah daripada MIC yang disebut-sebut bakal menjadi calon.

Mungkin sebab itu Abdul Khalid kini semakin kerap menggunakan kad muslihat yang ada pada seorang Menteri Besar iaitu kuasa meluluskan geran tanah. Lagipun masalah tanah adalah antara isu utama di kebanyakan kawasan di daerah Kuala Selangor, yang sebahagiannya pula melibatkan orang India.



Berulang kali Abdul Khalid menguar-uarkan kejayaannya menyelesaikan masalah kepemilikan tanah ini. Yang terakhir Selasa lalu (12 Mac) iaitu genap lima tahun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Apabila beliau mengumumkan lebih 10,000 masalah berhubung pemilikan tanah berjaya diselesaikan.

Tindakan Abdul Khalid menggunakan kad muslihat secara agresif ini membimbangkan jentera BN. Dalam fikiran jentera BN, pastilah pengundi India yang menjadi penentu kalah menang calon di DUN Ijok akan berpatah balik kepada pakatan pembangkang.

Tetapi realitinya tidak begitu. Benar, masalah dapat diselesaikan tetapi bukan semua kerana masalah kepemilikan tanah di Kuala Selangor begitu kompleks. Selain ada kumpulan penduduk yang permohonan belum diluluskan, banyak yang tidak berpuas hati walaupun geran sudah dalam tangan mereka.

Contohnya kumpulan yang memohon sekian hektar tanah tetapi yang diluluskan lebih kecil kerana masalah teknikal. Ini belum lagi permohonan penduduk lain yang juga merasakan permohonan mereka berhak dilayani segera.

Jadi dalam keadaan sekarang, Abdul Khalid tidaklah dalam kedudukan selamat walaupun telah menggunakan kuasanya selaku Menteri Besar.

Dalam pada itu jentera BN khususnya UMNO yang telah melalui pengalaman getir kini lebih agresif menggempur kawasan-kawasan kelabu seperti di Ijok ini. Walaupun gerakan BN disifatkan belum maksimum tetapi telah memeningkan jentera Abdul Khalid.

'Ya, memang kita nampak ada perubahan cara orang UMNO dan BN bekerja. Saya rasa jika mereka terus bekerja keras menggempur kawasan-kawasan tertentu, kita akan menghadapi cabaran berat," kata seorang pemimpin PKR tempatan.

Realitinya Abdul Khalid tidak mempunyai banyak pilihan. Satu-satunya tapak politik yang beliau ada ialah di Ijok. Mahu tidak mahu, kerjaya politik beliau akan dipertaruhkan di situ.

Dalam masa sama, PKR dan pakatan pembangkang juga menghadapi dilema. Jika berpindah ke kawasan lain akan dianggap pengecut. Jika tetap bertahan di Ijok dan kalah bermakna kehebatan beliau sebagai seorang Menteri Besar yang dibangga-banggakan itu tidak ada ertinya. Bayangkan pula citra yang terpaksa ditanggung jika seorang MB, orang terbaik dalam kalangan mereka kecundang di lubuknya sendiri.

Suara Politik
Belantan