Selasa, Jun 30, 2009

Nik Aziz Sahaja Yang Layak Memimpin!

Kalau kita semua masih ingat tentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa dialah yang paling layak memimpin negara ini kerana pendidikannya yang merangkumi bidang tauhid, tasauf dan fikah. Ini menjadikannya seorang yang beriman, senang dengan isu-isu falsafah dan undang-undang Islam.

Pendek kata, Nik Aziz adalah seorang ulama, iaitu seorang yang telah menjalani pendidikan mendalam di bidang agama. Untuk mengukuhkan lagi pendapatnya ini, dia dilaporkan telah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah ulama yang pertama. Tetapi, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang paling istimewa kerana baginda dipilih Allah untuk membawa perutusan-Nya kepada manusia sejagat.

Nabi junjungan kita itu adalah perantaraan dan melalui baginda wahyu-Allah disampaikan. Inilah mengapa al-Quran, dimana di dalamnya segala wahyu ini dijilidkan, disanjung sebagai kitab yang paling suci oleh umat Islam. Oleh yang demikian, mengapakah Mursyidul Am Pas ini menyamakan Nabi Muhammad s.a.w dengan seorang ulama? Bolehkah kita membuat rumusan bahawa para ulama sekarang menganggap diri mereka setaraf dengan Rasulullah?

Pas telah bersusah payah membina imej Nik Aziz untuk menjadikannya satu mitos yang mempunyai sifat seolah-olah ajaib. Mereka yang termakan dengan usaha Pas ini bukan sahaja memandang Nik Aziz sebagai seorang guru tetapi juga seorang “ Wali Allah ” yang mampu menyembuhkan penyakit mereka. Rawatan yang diberikannya tidak sama seperti yang diberikan oleh seorang doktor. Kuasanya menyembuhkan penyakit ini dianggap ajaib.

Memandangkan hal sebegini, bolehkah kita memutuskan bahawa Nik Aziz sendiri telah termakan dengan propaganda dan putar belit partinya? Maklumlah dia juga manusia biasa seperti kita semua dan sama seperti kita, dia juga mudah termakan dengan puji-pujian. Namun begitu apa yang lebih penting adalah pendapat yang dipegangnya mengenai kebolehan istimewa yang ada pada para ulama, bahawasanya merekalah paling layak memimpin sebuah negara bangsa moden.

Adakah mungkin mereka yang terlatih hanya di bidang agama sahaja benar-benar mampu menangani pelbagai masalah pembangunan baik sosial mahupun ekonomi dalam dunia yang semakin global? Bolehkah solat hajat saja seperti yang dilakukan oleh Pas di Kelantan dalam usaha mereka untuk terus memegang kuasa di situ, menentukan kewibawaan ekonomi negara dan keutuhan politik kita? Islam tidak boleh diguna sebagai alasan untuk kelumpuhan Pas sebagai pemerintah.

Falsafah Islam yang bersifat sejagat seperti yang terdapat di dalam al-Quran menjadi pemangkin kepada satu sistem yang mampu mengatasi segala cabaran ang timbul dalam zaman moden ini.

Islam menyeru supaya kita menghormati semua bangsa dan interaksi di arena antara bangsa atau kaum di dunia ini berlandaskan segala yang membina dan bukan yang membinasakan. Ini jelas menunjukkan bahawa Islam tidak memerintahkan supaya rupa bentuk sesebuah masyarakat itu semestinya serumpun dan ia juga mengalu-alukan globalisasi dalam erti kata sebenar.

Kecenderungan terhadap musyawarah sebagai satu institusi permuafakatan yang tidak ubah sama seperti apa yang terdapat dalam sesebuah demokrasi, meletakkan Islam jauh di hadapan sekularisme cetusan zaman Kesedaran Eropah.
Kecekapan ekonomi setiap individu sebagai tunjang kehidupan manusia juga dituntut oleh Allah. Bukankah Islam merupakan agama tunggal dalam tradisi monotheisme yang tidak mempunyai hari rehat, yakni Sabbath?

Mencari rezeki secara halal tidak boleh dipisahkan dari iman. Ini sudah tentu memberi Islam kelebihan dari segi cara hidup zaman kini di mana ekonomi adalah tulang belakang setiap ummah. Dan, apabila sistem keadilannya lebih suka melihat keadaan di mana seorang bersalah terlepas dari kehakiman supaya yang tidak bersalah pun tidak akan menanggung keazaban kesilapan pengadilan, ini tidak syak lagi meletakkan Islam pada tahap moral yang paling tinggi sekali berbanding dengan sistem-sistem keadilan lain.

Rasulullah s.a.w memanglah seorang pemimpin yang agung. Di bawah baginda Islam telah berkembang dan selepasnya pula meluas ke seluruh dunia. Tetapi adalah lebih arif jika kita mengingati bahawa baginda tidak menghabiskan masa baginda terperosok di menara gading mengharungi segala teks baik suci mahu pun tidak, asyik cuba menghafal segala yang dibaca.

Sebaliknya sebagai seorang anak yatim baginda telah terpaksa bekerja dari kecil lagi, sebagai gembala. Kemudian baginda telah diamanahkan oleh isteri baginda, Siti Khadijah r.a untuk mengepalai rombongan dagangannya. Baginda telah melalui jalanan pedagang di Semenanjung Arab yang pada masa itu adalah berbahaya. Baginda tidak syak lagi tidak pernah lari daripada kebenaran yang berakar umbi di alam zahir ini. Namun demikian jiwan baginda tidak pernah tercemar dengan segala dakyah kehidupan duniawi. Sebaliknya baginda begitu merendah diri hingga langsung tidak terlintas dalam fikirannya kemungkinan dipilih menjadi seorang Rasul.

Malangnya Nik Aziz bukan sahaja tidak mempunyai kewibawaan memimpin dari segi ekonomi, sosial dan politik, dia juga sekarang ini nampaknya seolah-olah sudah hilang sifat merendah diri. Prestasinya yang paling menyedihkan sebagai Menteri Besar langsung tidak mencerminkan dakwaan bahawa dialah yang paling cekap memimpin.
Sudah lebih 18 tahun Nik Aziz mengepalai kerajaan Kelantan.






















Kemampuannya yang dilaung-laungkan itu jelas terbukti tidak benar jika ekonomi negeri itu yang sudah lumpuh diambil sebagai contoh. Paling sedih lagi jika kita lihat dari segi di mana di kalangan orang Melayu, orang Kelantanlah yang memang mashyur dengan kebolehan berniaga mereka. Keadaan ini diburukkan lagi oleh penghijrahan keluar rakyat Kelantan ke kawasan-kawasan bandar untuk mencari peluang kerja dan berniaga. Sementara itu Kelantan dibiarkan terbiar, merana di bawah pembangunan tidak terancang.

Memang diakui bahawa Kerajaan Persekutuan juga patut dipersalahkan. Tetapi jika dakwaan terutamanya yang dibuat oleh Nik Aziz itu benar, bahawa para ulama memang dididik dalam ilmu memerintah, apakah sangat rintangan yang mampu dilontarkan oleh pemimpin Persekutuan yang dituduh tidak cekap.

Tidakkah tepat kalau rakyat menganggap mereka yang mengakui dirinya paling cekap memimpin itu mampu mengatasi segala rintangan dan dengan itu mengaibkan para menteri kabinet yang terdiri daripada doktor, peguam, pakar ekonomi dan lain-lain yang berpendidikan sempit ini? Nampaknya, tidak. Tahap kemiskinan di Kelantan yang semakin bertambah jelas membayangkan kegagalan Pas sebagai pemerintah.

Jika diterima sekalipun dakwaan bahawa Kelantan dibiar kebuluran tanpa pembiayaan Persekutuan, tidaklah mungkin negeri ini berkembang sekurang-kurangnya dari segi social? Mengapa tidak berlaku inovasi yang mampu merintis jalan timbul daripada usaha pemerintahan mereka yang paling cekap memerintah ini? Al-Quran adalah sumber dari mana timbulnya teori masyarakat paling sempurna. Ia memetakan jalanan organisasi satu bentuk sosial makmur yang berlandaskan sifat-sifat penyayang, pemurah dan setiakawan sebagi ibadat.

Bagaimanakah mungkin sekumpulan ulama yang terlatih dalam seni kepimpinan, kononnya menurut lunas-lunas al-Quran, tidak dapat menggunakan pendidikan istimewa mereka ini untuk mewujudkan satu masyarakat Islam yang sesungguhnya Muslim?
Dari segi politiknya pula rekod Pas sememangnya menyedihkan. Berulang kali pemimpin Pas tersilap kata, dan mengatakan bahawa Tuhan mencarut dalam al-Quran, satu kenyataan yang menghina Tuhan dan Islam, hinggalah menyamakan ulama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan puak Kristian menggunakan khalimah Allah dan bahasa Malaysia dalam lenerbitan buletin gereja?

Mengapakah terdapat jurang perbezaan yang sebegini besar di antara lunas-lunas al-Quran dan prestasi Pas sebagai kerajaan? Dari teladan Pas, kesimpulannya bahawa bidang ilmu yang didakwa berupaya mendidik para pelajarnya dengan ilmu seni memerintah yang luas lagi mendalam, sebenarnya tidak mengandungi sukatan pelajaran yang telah berkembang menurut peredaran zaman. Oleh yang demikian besar kemungkinan bahawa para ulama adalah mangsa pendidikan yang ketinggalan zaman.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Jun 29, 2009

Kafirkan UMNO Angkara Militan Pas – Nik Aziz!



















Samada secara rasmi atau tidak, pernah dalam satu kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap bahawa tindakan Pas mengkafirkan ahli UMNO sebelum ini dilakukan oleh ahli parti itu yang melampau, membuktikan parti itu sudah pun menarik balik tuduhan mereka terhadap UMNO.

Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.

Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini? Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO. Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.

Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah. Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam? Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat.

Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian. Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir?

Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan? Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?

Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas.

Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz.

Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah.Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan.Dan yang terbaru apabila Nik Aziz menyamakan UMNO dengan syaitan dan komunis. Siapa pula dari kalangan pemimpin Pas hendak menjawab persoalan ini? Bagi penulis hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya?

Suara Politik Taminsari

Ahad, Jun 28, 2009

Apa kesudahan nasib Melayu?

Ke mana politik Melayu selepas ini? Itulah persoalan yang bermain di fikiran kita, apabila segala usaha bagi memastikan sekurang-kurangnya dua parti Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas duduk semeja berunding, hancur berderai.

Ketika umat Melayu mendoakan akan wujud sedikit persefahaman antara kedua-dua parti itu tetapi semua tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan perpaduan ditolak oleh pakatan pembangkang, biarpun UMNO sudah menyatakan kesediaan untuk berbincang.

Pakatan berkenaan bukan hanya dianggotai oleh Pas tetapi juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sudah pastilah dalam kamus politik mereka tidak ada istilah penyatuan atau perpaduan orang Melayu.

Pas yang keseluruhan ahlinya beragama Islam dan terdiri daripada orang Melayu terpaksa akur dengan tekanan PKR dan DAP, untuk menolak idea kerajaan perpaduan. Paling malang idea itu adalah cetusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pendirian Pas seolah-olah menunjukkan apabila berada dalam pakatan itu, mereka tidak mempunyai apa-apa suara lagi, selain daripada mengikut sahaja.

Itu hak Pas untuk membuat keputusan, malah menjadi hak Pas juga kalau mereka bersedia 'dibuli' oleh PKR dan DAP, tetapi dalam masa yang sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tanggungjawab menyatukan umat Islam dalam satu saf biarpun berbeza ideologi politik terpikul pada bahu mereka sehingga kiamat.

Namun begitu apa yang lebih kita bimbangkan ialah apa kesudahannya terhadap kekuatan politik Melayu, selepas ini. Apakah ia akan semakin kuat dalam genggaman? Atau adakah ia akan terhakis sedikit demi sedikit hanya semata-mata kerana kita tidak mahu bersatu?

Kegagalan kita untuk mencapai kata sepakat biarpun dalam hal-hal menyentuh mengenai kepentingan Melayu dan Islam hanya akan melemahkan kekuatan politik orang Melayu. Ia disebabkan kita berpecah belah akibat ketaksuban kepada politik sempit masing-masing.

Ketika ini, kekuatan politik Melayu hanya bergantung kepada UMNO dan Pas tetapi kita harus ingat bahawa ada pihak ketiga yang sudah pasti tidak mahu kekuatan berkenaan berterusan.

Melalui propaganda mereka sebelum ini dan dibantu oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang tamakkan kuasa semata-mata, mereka sudah berjaya meruntuhkan empayar kekuatan politik Melayu melalui UMNO.

Apabila UMNO berada dalam keadaan agak lemah dan sedang berusaha bangkit semula, mereka mengatur pula strategi supaya Pas juga menjadi kucar-kacir. Lanjutan itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetuskan idea kerajaan perpaduan, mereka melihat ia kesempatan terbaik bagi mencetuskan perbalahan dalam parti itu.

Apabila perbalahan berlaku maka Pas akan menjadi kucar kacir dan sekali gus akan melemahkan parti berkenaan. Ternyata agenda mereka berjaya, Pas terbahagi kepada dua kelompok satu menyokong cadangan berkenaan manakala satu lagi pihak menentang.

Tetapi semua itu bukan agenda UMNO seperti mana didakwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ''UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.''

Sebaliknya, ada agenda tersembunyi oleh pihak-pihak tertentu yang melihat idea kerajaan perpaduan hanya akan memperkukuhkan politik Melayu. Oleh itu, mereka mahu UMNO dan Pas terus berbalah. Mereka tidak akan benarkan kedua-dua parti itu duduk semeja membincangkan soal orang Melayu dan umat Islam.

Bagi mereka, kalau kedua-dua parti berbuat demikian ia akan memberikan ancaman kerana kuasa politik akan kukuh kembali, tidak kiralah sama ada UMNO atau Pas yang kuat.

Tetapi malangnya, gerakan tersirat ini tidak mampu dibaca oleh penyokong-penyokong Pas sehingga mereka sanggup mengecam sebarang usaha untuk UMNO dan Pas berunding.

Penyokong-penyokong berkenaan melakukan serangan habis-habisan bagi menggugat pendirian kepimpinan Pas supaya jangan sesekali melaksanakan idea itu biarpun ia datang daripada Presiden Pas sekali pun.

Penyokong

Tindakan kelompok yang ingin melemahkan Pas ini menjadi mudah, apabila adanya penyokong parti itu sendiri yang bersikap menentang idea Abdul Hadi. Kesudahannya bagi mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan yang berterusan, idea itu terkubur begitu sahaja.

Malangnya ia terkubur bukan kerana Pas yang membuat keputusan tetapi akibat tekanan PKR dan DAP. Pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja termasuklah demi menjaga keharmonian dengan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Namun di luar, orang Melayu terutamanya yang tidak mempunyai parti akan mempertikaikan tindakan Pas itu.

Pas akan mengalami kerugian di dalam pilihan raya kerana pengundi Melayu atas pagar sudah pasti terfikir, kenapa perlu memberikan undi bagi memperkukuhkan Pas, kalau parti itu sekadar mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP.

Akibat daripada tindakan itu, kemungkinan besar suara orang Melayu di dalam Parlimen akan semakin berkurangan dan hanya akan bergantung kepada UMNO sahaja.

Inilah bahana yang harus difikirkan oleh seluruh orang Melayu, mereka tidak harus melihat dari sudut kepentingan politik kepartian semata-mata, sebaliknya perlu memikirkan mengenai survival kuasa politik Melayu di negara ini.

Apa pun, dalam soal mempertahankan kekuatan politik Melayu ini, ramai yang melihat masih ada cahaya di hujung terowong bagi membolehkan UMNO dan Pas duduk semeja, berunding sesama mereka. Ia kerana biarpun perbezaan politik boleh menjadi tembok penghalang tetapi ikatan bahawa kita mengadap kiblat yang sama, suatu hari kelak pasti boleh menyatukan kita.

Persefahaman antara kedua parti itu amat penting demi masa depan politik orang Melayu, biarpun mereka berjuang dengan ideologi politik yang berbeza.

Bagaimanakah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh musuh di padang pasir dapat membangun dan maju tanpa banyak halangan? Jawapannya ialah negara berkenaan mendapat pelaburan masuk secara besar-besaran dari luar.

Negara yang dimaksudkan di sini ialah Israel. Negara ini, dari segi politik dan ekonomi didokong oleh orang Yahudi diaspora. Maksud diaspora di sinilah ialah mereka yang bertebaran tinggal di luar daripada negara yang dianggap sebagai tanah air mereka.

Kedudukan ekonomi bangsa Yahudi sememangnya kuat, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Daripada golongan yang berjaya dan kaya inilah, wang disalurkan kepada Israel untuk membangun dan memajukan negara itu. Walaupun orang Yahudi berkenaan bukannya warganegara Israel. Mereka adalah warganegara Amerika dan negara-negara Eropah. Tetapi kerana sayangkan bangsanya, mereka memastikan pelaburan dilakukan ke atas Israel untuk memajukannya.

Begitu juga dengan China. Bagaimanakah sebuah negara yang ekonominya dianggap telah musnah kerana mengamalkan sistem komunisme telah berjaya bangkit dalam jangka waktu yang singkat dari dekad 80-an. Bayangkan bagaimana sebuah negara komunis yang apabila menukar sistem ekonominya kepada bentuk pasaran, dalam masa 20 tahun telah berjaya menjadi negara paling tinggi kadar pertumbuhannya. Bagaimanakah Deng Xiaoping berjaya menarik pelabur asing untuk datang ke negaranya apabila dia meminda sistem ekonomi China?

Jawapannya ialah daripada diaspora China. Iaitu ahli-ahli perniagaan China dari seluruh dunia, yang sebenarnya sudah tidak menjadi warganegara China. Meraka telah menyalurkan dana pelaburan ke negara leluhur mereka. Maka rakyat Amerika, Britain, Kanada, Malaysia, Thailand, Singapura dan lain-lain menyalurkan dana pelaburan ke negara itu.

Kejayaan China ini mendorong India untuk melakukan perkara yang sama. Mengapakah India yang mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka gagal maju seperti China? Banyak pihak mengatakan ia adalah disebabkan oleh polisi sosialis kerajaan Kongres pada awal negara itu mencapai kemerdekaan. Maka kini mereka telah mengubah polisi dan mahu mencontohi China.

Banyak ahli perniagaan keturunan India di Amerika dan Eropah yang kini diundang untuk melabur di India. Walaupun mereka sudah tidak menjadi rakyat India, tetapi semangat mereka mendorong untuk memajukan India. Pada masa akan datang China dan India akan menjadi penjana ekonomi dunia yang penting.

Apa yang dilakukan oleh Yahudi, China dan India diaspora ini tidak dianggap sebagai amalan perkauman. Bagi pihak Barat, usaha diapsora ini adalah suatu yang dapat diterima.

Maka Malaysia pun patut mencontohi mereka. Walaupun Malaysia adalah negara kecil dan tidak ramai keturunan negara ini yang berjaya besar di Amerika dan Eropah berbanding diaspora Yahudi, China dan India. Namun terdapat mereka yang berketurunan Malaysia, walaupun sudah menjadi warganegara Amerika atau Britain yang berjaya dan mampu untuk menyalurkan dana pelaburan ke negara asal mereka.

Justeru di samping usaha untuk meningkatkan pelaburan asing, Malaysia wajar juga mencari jalan mempelawa diaspora bekas rakyat, sama ada dari kalangan kaum China, India dan juga Melayu sendiri yang berjaya atas usaha sendiri di luar negara untuk pulang membuat pelaburan.

Bukanlah bermakna mereka wajar membuat pelaburan atas semangat sayangkan negara semata-mata tetapi usaha perlu dibuat untuk menjadikan pelaburan di negara ini menarik dan menguntungkan untuk mereka.

Tidak mengapa kalau mereka kembali untuk melabur dalam syarikat mengikut kaum masing-masing. Yang penting negara ini perlu dikemaskan supaya menarik bagi para pelabur.

Begitu juga di kalangan orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan di Amerika, Britain, Australia dan lain-lain atas usaha sendiri. Mereka ini juga wajar digalakkan pulang untuk melabur di Malaysia. Bukan itu saja, mereka patut diajak untuk turut serta membangun dunia perniagaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Ketika berusaha dalam persediaan untuk membawa masuk banyak lagi pelaburan dari luar, wajar sekali penelitian semula dilihat kepada polisi-polisi lalu mengenai pembangunan ekonomi negara. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan kedatangan pelaburan baik berupa persepsi mahupun realiti wajar ditangani.


Perancangan

Di sinilah perancangan ekonomi amat penting digunakan bagi meletakkan kedudukan kepada keadaan yang lebih baik, terutama dalam keadaan mencabar sekarang ini.

Berkaitan dengan perkara ini pula ialah bagaimana meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu, walaupun sudah banyak mencapai kejayaan tetapi masih lagi perlu dipandu. Banyak pengajaran dapat diperolehi daripada kelemahan dan kegagalan polisi-polisi lalu dalam usaha membangunkan ekonomi Melayu terutama dari segi badan-badan perniagaan strategik.

Dalam hal ini, sememangnya soal ekuiti milik Bumiputera wajar menjadi perhatian. Ini kerana polisi-polisi meliputi zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak berjaya sepenuhnya dalam memastikan ekuiti Bumiputera mencapai sasaran.

Pada masa lalu, soal perubahan keadaan ekonomi yang memungkinkan kehilangan ekuiti Bumiputera tidak diletakkan dalam jangkaan. Akibatnya setiap kali berlaku kegawatan ekonomi atau krisis kewangan, maka ekuiti Bumiputera akan menjadi mangsa.

Tambahan daripada itu juga, satu kaedah mesti dicari supaya Bumiputera tidak hanya menjadi rakan tidur dalam syarikat oleh kerana pegangannya yang rendah. Apa yang penting ialah penguasaan hakiki terhadap syarikat dan selanjutnya meningkatkan keupayaan berniaga bagi memajukan syarikat.

Apa yang perlu dirancangkan meliputi pelbagai lapisan daripada pelaburan untuk negara supaya ruang dana perniagaan menjadi luas. Seterusnya ia membolehkan rancangan-rancangan baru untuk mempertingkatkan dunia perniagaan Bumiputera.

Juga penting ialah dorongan baru bagi kesedaran untuk meningkatkan budaya perniagaan yang masih rendah. Bumiputera wajar ditingkatkan dengan kesedaran serta kemampuan berniaga setaraf dengan mana-mana bangsa yang berjaya di dunia.

Sumber : Zulkiflee Bakar dan Zin Mahmud
Suara Politk Taminsari

Khamis, Jun 18, 2009

Pas Di Tipu Anwar !























Patutkah kita bersimpati kepada sesetengah penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS? Kerana mereka terang-terang ditipu oleh si Penipu nombor wahid negara si Anwar Ibrahim. Dilihat sesetengah penyokong-penyokong PAS kini membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita kata sebagai taksub. Segala-gala perkara yang dibuat Anwar Ibrahim benar, dan bagi mereka tak mungkin dia berbohong.TAHUKAH, DAHULU ANWARLAH YANG LANTANG MENGHINA PAS. Sama ada melalui media atau di dalam Parlimen, banyak kata-kata yang Anwar tujukan yang terang-terang menghina PAS.

"Pas gagal hormati prinsip Islam."
"Penyokong-penyokong Pas telah di brainwashed dan fanatik."
"Pas gagal majukan umat Islam."
"Pas suka gunakan slogan-slogan kosong."
"Dakwah Pas bukan cara Islam."
"Hujah Pas timbulkan fitnah."
"Pas hanya tonjol imej Islam palsu."
"Pas rela korbankan umat Islam."
"Pas telah ketepikan prinsip dakwah."
"Pas khianati orang Melayu".
"Pas tak ada akhlak" .

Adakah para ahli dan penyokong PAS marah apabila dengar kata-kata sebegitu? Jika ya, maka ahli-ahli dan penyokong PAS patut marah kepada si penipu Anwar Ibrahim, KERANA ANWARLAH YANG MENGATA SEGALA PERKARA DI ATAS TERHADAP PAS.

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR
, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed

KUALA TERENGGANU
, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam.

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)Kepada penyokong PAS, jangan percaya kepada pemimpin PAS, kerana Anwar kata mereka menipu rakyat.

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar

KUALA TERENGGANU
, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)Yang hairannya, Anwar sekongkol dengan DAP sekarang boleh pulak? Nampaknya demi kuasa, Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)Tengok. Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.
Pas khianati orang Melayu.

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam

BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak

KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995).

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.Mengapa begitu mudah Nik Aziz menerima dan memaafkan Anwar, tetapi tidak kepada UMNO? Untuk Anwar terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Jun 17, 2009

Kerana Nila Setitik, Rosak Santan Sebelanga!

Rasanya inilah perkataan yang paling sesuai digunakan kepada Nizar yang gila meroyan ini. Orang tua-tua ada berkata macam “ kera mendapat bunga”. Sekali mendapat kuasa, memang agak sukar melepaskannya, walau pun tahu diri sudah kalah atau tidak berkuasa lagi. Baru setahun memegang tampuk pemerintahan, lagaknya macam sudah lama memerintah? Konon-kononnya dialah yang hebat dan pandai memerintah, tapi habuk pun tak ada. Yang dapat dilihat adalah banyak tanah-tanah di negeri Seladang Jantan ini sudah terlepas atau tergadai ketangan bangsa asing?

Pajakan 99 tahun ditukar kepada 999 tahun. Cuba bayangkan berapa keturunan dapat tinggal ditanah itu? 999 tahun boleh dianggap “ free hold ‘ lah tu. Jadi untuk kampung tersusun apa yang mereka dapat? Masih lagi memegang 99 tahun dan siapa yang tinggal di kampung tersusun? 90% adalah orang Melayu. Mengapa Nizar semasa memerintah Perak, tidak memikirkan bangsanya sendiri. Mengapa mesti mengikut telunjuk DAP Ngok & Ngek? Mengapa meminggirkan kereta Proton sedangkan kilang pengeluaran kereta Proton berada di negeri Perak?

Mengapa menghapuskan kuota Melayu di taman-taman perumahan baru? Kalau rasa orang Melayu tak mampu untuk memenuhi kuota, sebagai seorang jurutera fikirkanlah bagaimana untuk membantu orang Melayu memiliki rumah yang agak selesa sedikit bagi memenuhi kuota tersebut dan bukan menghapuskannya. Sudah lah semasa menuntut diluar negara dengan bantuan kerajaan persekutuan, adakah ini balasan yang setimpal kepada orang yang telah banyak membantu. Penulis kagum dengan ayah Nizar , seorang penoreh getah dapat membesarkan 12 orang anak dan hampir kesemua anak beliau berjaya termasuklah Nizar sendiri. Abang Nizar yang sulong pernah berkata, tanpa bantuan kerajaan Nizar tak akan kemana-mana.

Tak dapat bayangkan perasaan keluarga dan adik beradik Nizar apabila melihat Nizar yang telah menyapu arang kemuka mereka? Mana nak letak muka dengan orang kampung? Bukan sahaja menyapu arang kemuka adik-beradik, malah pada suatu ketika apabila salah seorang abang Nizar pergi melawat ke Rumah Menteri Besar ketika itu tidak dilayannya. Maka baliklah si abang tadi dengan hati yang kecewa.

Sama juga ketika Nizar dilantik menjadi MB Perak walaupun dengan kerusi yang sedikit. Tetapi diatas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dengan izin baginda, Nizar dilantik menjadi MB Perak. Pernah kah Nizar bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Perkara yang sama berulang kembali apabila Nizar sanggup menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak setelah hilang kerusi MB Perak untuk terus berkuasa. Madu diberi, tuba dibalas.

Terus-terang penulis katakan yang diri inipun malu dengan perbuatan Nizar yang lupa daratan. Perbuatan Nizar memalukan orang Melayu dan umat Islam. Malu kerana mempunyai seorang “senior” di sekolah menengah yang sama iaitu Sek.Men.Teknik, Ipoh. Yang menyedihkan lagi apabila pihak tertinggi Pas sendiripun tidak mengetahui rancangan Nizar di Parlimen? Yang tahu cuma geng-geng Erdogan sahaja termasuklah ahli-ahli MP DAP. Mengapa Nizar perlu mengikut rentak dan telunjuk Ngok & Ngek. Sampai bila hendak menjadi boneka kepada DAP? Bertaubatlah dan kembali kejalan yang diredhai Allah SWT. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Jun 16, 2009

LAYAKKAH NIK AZIZ DIPANGGIL MURSYID!!

Ini adalah beberapa ayat al-Quran dan hadis Nab Muhammad s.a.w mengenai kecintaan Allah kepada manusia.

Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. (Ali Imran: 146)

Allah berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci. (al-Baqarah: 222).

Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah mencintai orang yang membuat kebajikan. (Ali Imran: 134).

Allah berfiman (maksudnya): Allah tidak mencintai kebinasaan (al-Baqarah: 205).

Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang bersikap sombong (Luqman: 17).

Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang aniaya (Ali Imran: 57)

Jelas, fitnah dan kesombongan ini adalah satu perbuatan yang sangat jijik!

Jadi apakah makna jika seseorang ulama kononnya pernah meminta pengikutnya supaya memberhentikan fitnah selama tiga bulan.

Makna pertama daripada apa yang diucapkan itu ialah bahawa selama ini memang betul tokoh itu menyebarkan fitnah dan menggalakkan pengikutnya membuat dan menyebar fitnah. Itulah sebabnya maka dia meminta supaya memberhentikan membuat fitnah.

Manakala makna kedua daripada ucapan itu ialah, tokoh itu sudah beroleh kesan bahawa orang sudah mula tidak percaya dengan fatwa dan kata-kata yang diucapkannya. Jadi untuk memanjangkan kepercayaan pengikutnya, terutamanya setiap kali menjelang pilihan raya maka tokoh itu mengeluarkan fatwa seperti itu.

Lagipun masalah besar yang sedang dibincangkan oleh masyarakat ialah penipuan yang dilakukan melalui janji kepada rakyat kononnya hendak menegakkan Islam sedangkan dalam manifesto mereka tidak adapun gagasan negara Islam.

Tok Kenali, ulama Kelantan yang terkenal suatu waktu dulu tidak pernah pun menyebutkan perkara karut marut seperti itu. Boleh buat fitnah dan boleh mencarut. Boleh berpakat dengan DAP tetapi mengetepikan Berjasa. Begitulah jelas dan terang fitnah itu dilarang oleh Allah. Jadi Allah tidak mencintai orang yang membuat fitnah.

Tapi dalam masyarakat hari ini masih ramai orang yang tidak dapat mengenal mana satu mursyid yang sebenar dan mana satu mursyid yang tidak benar. Mursyid itu asalnya bahasa Arab. Maknanya ialah guru agama, pemimpin dalam hal mengenai rohani yang baik hidupnya. Taat kepada Allah. Itu maknanya mursyid. Dan bukan sebarang orang boleh pakai mursyid apatah lagi mengaku mursyid.

Kalau di Kelantan, tokoh yang boleh disebut mursyid ialah seperti Tok Kenali, Tok Seleha dan di Terengganu Tok Ku Tuan Paluh. Itu sekadar contoh-contohnya. Bukan sebarang orang boleh dipanggil mursyid. Apakah layak orang yang sanggup menggugurkan hal mengenai Islam kerana tujuan politik dipanggil mursyid? Timbang-timbangkan lah ....wallahuallam.

Dari UTUSAN MALAYSIA :

Pemuda Pas negeri mahu pandangan Nik Aziz dihormati?

KOTA BHARU 15 Jun - Dewan Pemuda Pas negeri memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Naib Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, idea tersebut tidak dibincangkan dalam kalangan ahli Pas dan menganggapnya sebagai 'masih tidak masak, tetapi telah dihidangkan'.

Tegasnya, cadangan tersebut mengakibatkan berlaku kekeliruan dan perselisihan faham dalam kalangan ahli dan pemimpin Pas serta pakatan pembangkang.

"Pendirian ini perlu dihormati dan diterima oleh semua pemimpin Pas kerana beliau adalah Mursyidul Am parti.

"Pandangan beliau bukan sekadar berasaskan ilmu yang ada, tetapi selepas melalui pengalaman politik yang panjang dengan UMNO sebelum ini," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pas di seluruh negara.

Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, melalui konsep itu semua pemimpin perlu menolak sentimen parti politik masing-masing dan bersatu dalam membangunkan negara.

Idea tersebut bagaimanapun ditentang keras oleh Nik Abdul Aziz yang turut membidas dan menggelar mana-mana pemimpin Pas yang bersetuju dengan penubuhan itu sebagai 'boneka UMNO'.

Hisham yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Tanah Merah (DPPTM) kesal apabila masih ada pemimpin di dalam parti itu yang mengambil ringan pendirian Nik Abdul Aziz.

"Ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah jemaah Islam sebab itu, DPPTM mengingatkan kepada semua pihak supaya pendirian tersebut diletakkan di tempat yang sepatutnya," tambahnya.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Jun 14, 2009

Biarlah Berlentur, Tetapi Tidak Patah..

Sejarah sentiasa mengajar kita tentang perjalanan nasib bangsa dan negara. Peperangan dunia dan darurat dalam negara kita, misalnya telah mencabar kekuasaan pemerintah imperial Jepun dan Inggeris di Tanah Melayu. Sekaligus juga perhubungan di antara kaum dan individu yang telah diperlaga-lagakan dalam percaturan kuasa imperial itu mencapai tahap pertentangan yang amat serius dan genting.

Orang Melayu, seperti juga orang Siam-mereka berkeyakinan tentang hak mereka ke atas negaranya sendiri sejak dari dahulu serta desakan hebat kuasa imperial Jepun, tidak berasa silu untuk bersama dalam perjalanan kuasa zaman Jepun itu. Apa lagi adanya layanan yang lebih baik dan untuk kesejahteraan bersama serta janji perlanjutan kuasa pemerintahan selepas perang, maka kehadiran Jepun membuka kesempatan yang amat berharga bagi orang Nelayu untuk kembali berkuasa di tanah airnya sendiri.

Kuasa imperial Inggeris tidak memandang keadaan zaman Jepun daripada rasa simpati yang sama atau sebagai tindakan yang wajar oleh orang Melayu lalu mereka menjadikan kerjasama dengan Jepun itu sebagai sebab utama untuk menakluk semula Tanah Melayu dengan sepenuhnya.Dengan mentafsir kerjasama Raja-Raja Melayu dengan Jepun sebagai pembelotan besar dan jenayah serius zaman perang terhadap kuasa imperial Inggeris, maka orang Melayu seluruhnya diancam dengan kejatuhan dan kehilangan kuasa oleh penaklukan ke atas negaranya melalui Malayan Union tanpa mereka sendiri menyedari akan perlucutan terhadap hak dan kuasa Melayu ke atas Tanah Melayu, bumi tanah air bangsa Melayu oleh tindakan Malayan Union itu.

Selama dua tahun orang Melayu tidak mempunyai negara sendiri, menjadi pelarian dan gipsi dalam negara mereka. Kuasa mereka telah lebur sama sekali hanya dengan satu tandatangan. Sejarah politik orang Melayu hapus di muka bumi dengan hanya persepsi serong imperial Inggeris di London terhadap orang Melayu.

Sejarah awal abad 19 yang membelahkan negara Melayu menjadi utara dan selatan khatulistiwa hanya dengan keputusan perjanjian Inggeris dan Belanda di Eropah pada tahun 1824 telah berulang lagi. Untuk pertama kalinya slogan `Melayu Hilang di Dunia"menjadi kenyataan yang amat pahit dan hampir kekal dan abadi.

Saat-saat selepas perang pula menyaksikan penindasan kuasa `belalang’ Bintang Tiga di padang yang kosong terhampar luas dan menghijau. Gerombolan penjahat golongan pendatang dengan idealogi asingnya telah turun dari segenap hutan untuk membunuh orang Melayu dengan rasa dendam dan hasad yang amat membencikan.

Dengan alasan bahawa Melayu telah bersubahat dengan Jepun serta dengan niat untuk menyebar idealogi baru, mereka membalas dendam dengan amat zalim. Tidak terkira ramainya bilangan orang Melayu yang terbunuh kerana tanggapan yang sama bahawa Melayu belot dengan Jepun.

Dalam negara sendiri, Melayu dituduh belot. Di manakah kuasa Melayu itu mempertahankan hak mereka? Selama tiga minggu, mereka menakluk dan dengan sedaya upaya yang termampu olehnya cuba menghapuskan kuasa Melayu kerana sifat orang Melayu itu sendiri yang terlalu lurus serta tidak bersedia untuk mengambil alih kuasa pemerintahan negara mereka dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Jepun.


Selama itu juga orang Melayu dimandikan dengan darah. Selepas itu mereka langsung dipupuskan oleh gagasan Malayan Union. Demikianlah sejarah penghapusan dan permandian darah orang Melayu kerana kelemahan diri dan perpecahan kepemimpinan politik pada zaman yang amat mencabar dan mengancam.

Orang Melayu bukan sahaja terbelah oleh yang moden dan yang tradisi, yang loyal dan yang repubalikan bahkan antara yang paling miskin dengan yang paling kaya serta antara yang paling berkuasa dan yang paling daif dan tidak berkuasa. Kini saat-saat mencabar yang mungkin lebih hebat dan tajam daripada sejarah silam itu sedang kembali berlegar di hadapan mata kita dengan ancaman perpecahan dan kehanduran yang tidak memungkinkan untuk bangun kembali lagi.

Ancaman yang demikian hebat sehingga tidak lagi perlu kepada suatu kuasa asing dan luar untuk mencapai matlamat kehancuran bangsa ini tetapi cukup dengan perbalahan dan pertentangan politik serta perjuangan sepenuhnya setiap `hantu politik’ antara satu sama lain dan bagaimana pada zaman dahulu orang mempertaruhkan dan menggadaikan tanah, daerah, jajahan atau negeri untuk berjudi dan bersabung ayam antara mereka sendiri.

Itulah bayangan yang sedang melintas di hadapan kita hari ini. Kita mungkin menggadaikan bangsa dan negara kita jika perjuangan politik yang terlalu sengit berlaku antara peribadi dan puak orang Melayu membawa kepada keruncingan konflik dalam masyarakat sendiri. Kita bukan Amerika atau Inggeris untuk menggunakan nilai dan prinsip demokrasi yang terlalu ekstrim untuk mencari dan menemui keputusan kepada perbalahan serta pertelingkahan politik kita sehingga tiba ke hujung lojik demokrasi itu.

Kita masih terkandung di dalam lingkungan nilai dan pertimbangan budaya yang meminta perundingan serta muafakat dalam proses mencari penyelesaian dan bukannya persaingan serta peraduan yang sengit serta genting untuk mencari dan menemui titik perhubungan. Dekad 80-an pula ternyata adalah suatu tempoh yang amat mendebarkan jantung dan seluruh hidup kita. Kita sentiasa bimbang menyaksikan sekian banyak kemelut dan pergolakan dalam masyarakat. Satu demi satu gegaran dan gempa sosio-politik meledak sehingga menggoncangkan seluruh binaan masyarakat kita sehingga ke akar umbinya.

Daripada awal dekad ini lagi sebenarnya sudah berterusan persinggitan antara golongan muslim dan kafir yang memfragmenkan idealogi serta iktikad bangsa sampai ke lunas-lunasnya . Kemudian bertiup pula ribut taufan Perlembagaan yang meruntuk akar umbi keutuhan bangsa dan masyarakat sehingga boleh menumbangkan pendiriannya.

Jurang antara individu dan puak terus meluas dalam merangkaikan fragmentasi tafsiran idealogi dan perjuangan agama yang amat berdarah dalam peristiwa Memali. Suasana goyah dan kemelut itu berlangsung dalam dengan menonjolnya nilai-nilai baru dan amalan prinsip demokrasi pemilihan para pemimpin sehingga mengenepikan tradisi pemilihan pucuk pimpinan Kerajaan.

Persaingan individu atas prinsip demokrasi dan akhirnya pembuangan puak-puak politik benar-benar meretak dan membelah masyarakat. Segala ini berlaku sebagai satu gelojak hanya dan semata-mata dalam masyarakat meskipun dalam seluruh konteks bangsa Malaysia yang lebih luas dan yang menjadi lingkungan hanya menjadi saksi berkecuali terhadap pergolakan itu.

Persoalan ini seolah-olah sebagai suatu permainan dan persabungan `jaguh-jaguh’ dan `galak-galak’ jantan milik Pak Kaduk dan Lebai Malang yang nanti akan menerima nasib ' ayam menang, kampung tergadai’ berlaku dalam suatu gelanggang bangsa Malaysia yang bergemuruk bersorak-sorai melihat Si Kaduk dan Si Lebai Malang bergaduh.

Kita sedang mendengar sorak dan sorai dan kita akan menang sorak tetapi alah sabung dalam jangka panjang ketika bersaing dengan orang lain dalam dunia yang terlalu pesat berubah dan membangun.Ketika kita sedar dan bangun dari tersungkur kerana pergaduhan itu, maka dari debu-debu kehancuran itu, kita yang masih mamai kerana bertumbuk akan melihat orang lain mencebek, mencekam dan menindas kita menjadi hamba dan ulun dalam negara sendiri.

Bukan pertama kali dan bukan tidak mungkin orang menguasai kita seperti sejarah telah mengajar kita tentang segala kemungkinan penjajahan dan penaklukan itu. Jika setiap hari kita terus mengutamakan matlamat diri lebih daripada matlamat bangsa dalam perjuangan kepimpinan politik ala demokrasi maka selama itu kita akan terus terdorong ke jurang kehancuran dan mungkin terjerumus ke dalam `bottomlesspit’ perhambaan dan sekali lagi pupus dalam kesinambungan sejarah.

Keadaan ekonomi, politik dan kemajuan dunia hari ini lebih-lebih lagi meminta kita memperteguhkan organisasi formal kita serta pengurusan masyarakat, bangsa dan negara. Justeru itu di dalam konteks negara kita, tidak ada tempat untuk menggunakan prinsip persaingan berkerat rotan, berpatah arang kerana akhirnya prinsip ini adalah prinsip kehancuran diri dan bangsa. Biarlah berlentur tapi tak patah, menyebar tetapi tidak berpecah-belah.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Jun 12, 2009

Suara Jumaat : Adab bermasyarakat perkukuh ikatan ukhuwah.

SETINGGI manapun cita-cita dan semurni manapun tujuan, tidak dapat tidak, usaha menegakkan kalimah Allah adalah kerja berkumpulan dan bersama, bukannya mudah untuk dicapai secara bersendirian. Hubungan sesama masyarakat Islam diikat melalui ukhuwah Islamiah atau persaudaraan Islam. Walaupun keturunan berbeza, tahap kekayaan tidak sama, bahasa dan pelbagai warna kulit, mereka diikat dengan satu ikatan akidah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Persaudaraan bukan sekadar hubungan biasa setakat bertegur sapa antara satu sama lain, atau bertukar-tukar juadah di bulan Ramadan semata-mata, tetapi menuntut kepada pelaksanaan beberapa hak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin itu daripada sudut kasih sayang adalah seumpama satu jasad yang apabila sakit satu anggota badan, maka seluruh anggota lainnya akan turut merasa sakit dan berjaga malam."

Dalam menjaga ikatan persaudaraan ini, Islam menyusun atur beberapa adab bagi memastikan ukhuwah Islamiah itu selari dengan tuntutan syarak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan seorang Muslim yang lain, janganlah ia menzalimi dan menganiaya serta mencela saudara muslimnya. Setiap Muslim dengan Muslim yang lain adalah haram darahnya ditumpahkan, harta dan maruahnya tidak boleh dimusnahkan."

Islam juga memerintahkan supaya menjaga kehormatan saudara muslimnya. Sehubungan itu, perasaan orang Islam lain mesti dijaga. Maka, Islam mengharamkan perbuatan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain, mencari keburukannya, berburuk sangka atau memulaukannya.

Sifat mazmumah adalah antara faktor yang memutuskan perhubungan, merobek simpulan kasih sayang, menyemai perasaan benci dalam hati dan melebarkan rasa permusuhan sesama manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim." (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Dalam ayat selanjutnya, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Perbuatan mungkir dalam berjanji dan khianat akan membawa kepada mudarat sangat besar dan melumpuhkan rasa saling percaya mempercayai antara sesama mukmin. Kesannya, seseorang itu tidak lagi dipercayai kata-katanya di masa akan datang, amalannya dipertikaikan, malah boleh dianggap sebagai orang yang hilang nilai keimanan dalam dirinya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah al-Anfaal, ayat 27)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak sempurna seseorang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama mereka yang tidak menunaikan janji."

Islam menganjurkan amalan tawaduk dan merendah diri sesama orang Islam bersaudara serta menjauhkan rasa sombong dan bongkak. Masyarakat Islam yang berkasih sayang tiada istilah takbur dalam dirinya.

Hal ini dinyatakan dalam firman yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." (Surah al-Isra', ayat 37)

Aspek utama yang tidak harus diabaikan dalam menjamin keamanan hidup bermasyarakat ialah tolong menolong dan bekerjasama, kerana kesan amalan mulia itu sangat bermanfaat. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing".

Prinsip itu bertepatan dengan panduan wahyu seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Semoga setiap individu dalam komuniti Muslim dapat menghayati secara teori dan praktikal sistem nilai mahmudah yang dianjurkan Islam dalam usaha membentuk masyarakat menjunjung dasar berkasih sayang antara satu sama lain.

Suara Jumaat
Taminsari

Rabu, Jun 10, 2009

Masa Untuk Senada!

Wujud tanggapan bahawa perpecahan orang Melayu sehingga menampakkan kelemahan adalah sesuatu yang berlaku secara berkala. Dengan kata lain, ada masanya Melayu dilihat begitu kuat dan ada kalanya pula ikatan kekuatan itu mudah longgar. Dalam situasi yang dihadapi sekarang ramai percaya akan tiba waktunya perpaduan Melayu akan kembali utuh. Kali ini dengan momentum yang lebih besar akibat desakan melampau yang secara jelas mempertikaikan hak keistimewaan Melayu serta melanggar prinsip kontrak sosial yang sudah lama disepakati.

Persoalannya, bilakah masanya Melayu akan bersatu ( dengan kekuatan sebenar ) semula? Bagaimana ia akan berlaku? Kenapa ia perlu menunggu masa yang sesuai? Kenapa tidak Melayu itu sentiasa bersatu sejak dari dulu dan selamanya? Apakah boleh Melayu zaman ini mempunyai harapan untuk kembali bersatu? Apa pula petunjuk yang akan merealisasikan hasrat tersebut? Jawapan kepada semua persoalan ini terletak kepada pembaca tulisan ini.

Persepakatan Melayu mempunyai pengalaman yang berliku. Sejarah perpaduan Melayu menyaksikan persefahaman yang berlaku satu ketika dahulu cukup kuat. Walaupun dalam ruang ru- mah politik yang berlainan tetapi nada yang dilontarkan terhadap perkara yang berhubung dengan kepentingan Melayu cukup jelas, kemas dan sepakat. Langsung tiada rasa was-was atau cuba untuk meraih kepentingan sendiri.

Kesepakatan Melayu secara keseluruhan dapat dilihat sewaktu bersama menuntut kemerdekaan negara. Orang Melayu ketika itu bagaikan hanya memiliki 'satu hati' untuk mencapai matlamat tersebut. Malahan orang Melayu telah membuktikan bahawa mereka sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan dalam bentuk memberikan hak dan peluang kepada kaum yang bukan penduduk asal di dalam negara ini berkongsi negara dengan mereka. Merantaulah ke seluruh pelosok dunia pasti tak tercari bandingannya terhadap nilai 'pemberian' Melayu ini.

Atas dasar ini, maka tidak hairanlah satu ketika dahulu Tun Tan Siew Sin pernah mengatakan toleransi orang Melayu ini merupakan sesuatu yang perlu sentiasa dikenang dan kaum Cina tidak mampu untuk meminta lebih dari itu. Malangnya, terdapat juga suara kecil yang mengkritik 'pemberian' ini dan menganggap pemimpin Melayu bertindak bodoh. Tapi 'kebodohan' inilah yang menjamin mulut yang mengkritik serta keluarga mereka dapat merasai nikmat kemerdekaan dan keamanan hingga ke hari ini. Mereka wajar sedar bahawa tidak ada negara yang tidak merdeka ketika itu mampu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat apatah lagi untuk melaksanakan tugas-tugas kebajikan.

KEUPAYAAN

Namun, falsafah sebenar 'pemberian' Melayu ketika itu amat jarang diperkatakan iaitu sebagai satu bukti bahawa orang Melayu mempunyai keupayaan untuk menjaga kebajikan kaum lain. Inilah syarat utama yang diletakkan British jika Tanah Melayu ingin merdeka lebih 50 tahun yang lalu. Sejarah telah menyaksikan British akhirnya mengakui keupayaan Melayu untuk menjaga kebajikan kaum lain yang menjadi pemastautin di negara ini terutama kaum Cina dan India.

Sejarah juga telah melakarkan kita berjaya mengalahkan British yang pernah menang di dalam perang dunia ke-2. Tiada siapa yang berani melawan British ketika itu tetapi pada tahun 1957 pemimpin Melayu berjaya menewaskan mereka dengan hanya satu kekuatan iaitu kekuatan perpaduan.

Persepakatan Melayu yang kental, sekali lagi dapat dilihat pada tahun 1974. Ini berikutan setelah berlakunya peristiwa konfrantasi dan tragedi 13 Mei. Ke- sepakatan Melayu atas prinsip kerjasama ditonjolkan di dalam pilihan raya umum 1974. Satu kejutan (sebenarnya satu rahmat) apabila di dalam pilihan raya 1974, Pas membuat keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Hasilnya, UMNO bertanding 61 kerusi dan menang 61 kerusi. Pas pula bertanding 14 kerusi dan menang juga 14 kerusi. Apakah maknanya kemenangan sebegini terhadap penyatuan Melayu? Sekali lagi pembaca budiman perlu menilainya. Dalam hal ini, siapa kata Pas tidak sanggup berkorban untuk Melayu? Bahkan tindakan Pas ketika inilah menjadikan semangat Melayu semakin kental. Walaupun cerita ini cerita 35 tahun yang lalu tetapi pengorbanan Pas di waktu itu wajar dihargai.

Namun alangkah baiknya jika semangat Pas seperti ini terus hidup. Untuk melihat Pas menyertai BN semula mungkin sukar walaupun tidak mustahil berlaku. Tetapi untuk Pas meneruskan perjuangan dan meraih sokongan yang lebih besar wajar diusahakan. Itu lebih baik daripada Pas terikut dengan rentak politik 'merbahaya' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malang juga kerana sekarang ini sudah kelihatan seorang dua pemimpin kanan Pas mudah goyah dengan permainan po- litik kotor PKR. Mustahil kepada Pas untuk tidak memahami perjuangan sebenar PKR. Pas bukanlah sebuah parti baru yang masih perlu ditunjuk ajar. Jika Pas mahu mengekalkan pengaruh tradisinya sewajarnya mereka mengenepikan cara politik yang dibawa pemimpin PKR, Anwar Ibrahim. Pas pastinya jelas bahawa menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat melalui jalan belakang adalah saluran yang tidak demokratik. Bahkan satu perbuatan yang tidak bertamadun. Mahukah nanti Pas ingin turut sama digelar 'Bapa Kemusnahan Demokrasi Malaysia'?

Walaupun PAS kini mewakili pembangkang namun alangkah baiknya jika Pas memegang prinsip sendiri serta turut memainkan peranan sebagai 'penjaga' demokrasi negara.
Inilah juga masanya bagi Pas untuk merebut peluang bagi menyakinkan seluruh rakyat bahawa mereka juga mampu mentadbir negara sebagaimana UMNO (BN) lakukan sebelum ini. Pas hanya perlu menunggu masa dan peluang.

BERTINDAK

Kenapa tiba-tiba harapan ini disandarkan kepada Pas? Jawapannya terang lagi bersuluh kerana dalam pada kepentingan Melayu dipertikaikan secara terbuka, UMNO yang selama ini diharapkan tidak mampu untuk bertindak segera. Sebaliknya UMNO dilihat lebih berminat menumpukan usaha untuk merebut jawatan.

Kenyataan ini wajar dibaca secara positif. Tidak mustahil orang Melayu akan sepakat mengharapkan Pas jika UMNO terus leka dengan perebutan dalaman yang tiada penghujung. Jika UMNO ikhlas mereka perlu mengiktiraf pemimpin sedia ada, eratkan persefahaman serta mengenepikan soal pangkat dan jawatan. Kalau ini tidak berlaku, UMNO bakal meniti hari kemusnahan.

Harapan kepada PKR tentulah jauh sekali kerana pendekatan yang dibawa jelas menyimpang daripada prinsip murni demokrasi. Hanya segelintir sahaja yang terpesona. Mahukah kita membenarkan PKR berjaya menanam 'benih songsang' terhadap demokrasi negara?
Perjuangan yang berlandaskan dendam kesumat. Perjuangan seperti ini wajar kita orang Melayu tolak sama sekali tanpa perlu berfikir panjang.

Dalam menghadapi apa yang sedang berlaku maka sewajarnya kita memilih untuk memikirkan yang terbaik. Berfikirlah untuk kemajuan agama, bangsa dan negara. Masa ini bukannya masa untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih. Lebih penting, masa ini adalah masa untuk kita senada, seia dan sekata.

Suara politik
Taminsari

Isnin, Jun 08, 2009

Artikel Pilihan : Ancaman kepada Melayu !

























Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.

Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.

Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.

Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.

Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.

Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.

Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.

Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.

Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?

DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?

Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan. Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula. Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.

Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?

DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.

Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.

Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?

DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.

Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..

Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?

DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.

Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?

DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.

Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.

Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?

DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.

Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Jangan prejudis kepada perkara 153Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?

Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?

DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.

Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.

Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.

Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?

DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.

Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.
Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.

Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.

Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.

Suara Politik - UM

Jumaat, Jun 05, 2009

Suara Jumaat : Konsep politik syura menyubur amalan demokrasi

ISLAM menuntut penganutnya menjadi ahli politik yang handal walaupun tanpa kedudukan, jawatan dan kerusi empuk direbutkan dengan rakus oleh sesetengah pihak yang terseleweng matlamat agamanya. Pembabitan secara langsung atau tidak dalam politik adalah tanggungjawab setiap Muslim sebagai penegak keadilan agama Allah dan Rasul-Nya.

Politik sebahagian daripada agama dan ia tuntutan iman. Keimanan mewajibkan seseorang menegakkan amar makruf nahi munkar. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dia wajib menjadikan politik sebagai medan dakwah dan ibadah demi menegakkan yang hak dan mencegah yang batil. Politik adalah kerja mulia dan jihad terbaik kerana berkaitan secara langsung dengan pentadbiran urusan makhluk. Kalau ia diurus dalam bentuk yang terbaik, maka akan tertegak kalimah Allah di atas bumi ini.

Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Imam Muslim bermaksud: "Tidak ada seorang Nabi pun yang diutuskan Allah SWT di kalangan umat sebelumku melainkan wujud daripada golongan hawariyun (pembantu) dan sahabat yang mengambil sunnahnya dan mematuhi perintahnya. Kemudian dia meninggalkan selepas pengganti yang berkata apa yang tidak mereka kerjakan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan.

"Sesiapa berjihad menentang mereka dengan tangan, dia adalah seorang mukmin. Sesiapa berjihad menentang mereka dengan lidah, dia adalah mukmin, sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati maka dia adalah mukmin dan tidak ada di sebalik itu iman walaupun sebesar biji sawi."

Tidak ada iman dalam diri seseorang jika hatinya tidak bersuara dan menentang apabila melihat kezaliman. Seorang mukmin dituntut sentiasa menjadi ahli politik yang sekurang-kurangnya memiliki kemahuan mengubah dengan hati atau jihad dengan hati apabila melihat kezaliman bermaharajalela.

Di samping itu dia perlu sentiasa berhati-hati terhadap kejahatan dirinya mudah terpengaruh dengan mengharap ganjaran dunia yang hina sehingga boleh mencacatkan niat suci dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Sikap mengambil berat terhadap nasib rakyat perlu dijiwai dengan niat ibadah sambil menghadirkan rasa takut melakukan khianat terhadap mereka seperti hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak mengambil berat perihal urusan orang mukmin lain, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Sesiapa yang tidak menjadi penasihat untuk Allah, Rasul-Nya, pemimpin umatnya dan orang awam, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Pemilik kekayaan yang di sisinya ada orang tertidur kelaparan, maka Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripadanya (tidak diakui umat Muhammad)." (Hadis riwayat Al-Tabrani)

Sesiapa yang menjadikan Islam asas pegangan politik tetapi menutup pintu rumahnya daripada keperitan kemiskinan yang dideritai rakyat dan menutup mata daripada ketidakadilan yang dideritai umat, sesungguhnya perjuangan itu bukan berasas roh politik Islam.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menyatakan ulasannya mengenai politik sebagai sebahagian daripada syarak:

"Sesungguhnya politik adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan syarak, bahkan ia selari dengan apa yang dibawanya dan satu juzuk daripadanya. Kami menamakannya sebagai politik seperti yang kamu istilahkan. Sesungguhnya ia keadilan Allah dan Rasul-Nya." (Al-Turuq al-Hukmiyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah)

Ramai ahli politik Muslim mengaku hanya diri dan partinya yang membela agama Islam, bangsa dan negara tetapi amalan dan kerja politiknya bertentangan dengan nilai Islam. Apakah mereka mempolitikkan Islam sebagai jenama saja demi mengaut keuntungan dunia dan demi meraih undi semata-mata?

Pada hakikatnya, rakyat mampu menilai sejauh mana khidmat pemimpin politik walaupun tanpa perlu mereka menjual agama dan semangat perkauman jahiliah yang dihembuskan dengan penuh kebencian. Politikus Islam adalah mereka yang dekat di hati rakyat, merasai sendiri nadi yang berdenyutkan penderitaan mereka, berasa kesakitan mereka dan bukan ungkapan retorik basi yang memualkan dan omong kosong saja.

Bagaimana umat boleh menjadi yang terbaik jika hanya disuap dengan kata manis berfalsafah yang tidak praktikal, bahkan kadangkala meminjam ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tanpa hak, tetapi mereka yang petah bercakap itu tak mampu mengurus masalah kemiskinan dan kebodohan rakyat, gejala sosial yang meruncing, hak rakyat yang belum dipenuhi dan pentadbiran tenggelam dalam rasuah.

Mereka menganggap isu itu seperti angin bertiup sepoi bahasa, sedangkan isu sebenar umpama puting beliung yang boleh meranapkan segalanya. Ke manakah masa depan agama, bangsa dan negara mahu dikemudi, jika parti politik yang mengaku berasaskan Islam dan perjuangannya saling bertelingkah sesama sendiri?

Mengapa membiarkan semangat satu agama, bangsa dan negara itu hancur berkecai oleh ego yang melampau? Mengapa tidak ditonjolkan akhlak Islam murni dalam mencari penyelesaian terhadap isu umat Islam, sedangkan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS disuruh bersikap lemah-lembut ketika menasihati Firaun yang sudah dilaknat al-Quran akibat kekejamannya. Seperti firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Firaun berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup -anak perempuan. Sesungguhnya Firaun termasuk orang yang berbuat kerosakan." (Surah Al-Qasas ayat: 4)

Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS menggunakan pendekatan politik bijaksana yang mengutamakan kompromi sebelum menyatakan dakwah ketika menghadapi Firaun seperti dirakamkan dalam al-Quran bermaksud: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya dia melampaui batas. Kemudian hendaklah kamu berdua berkata kepadanya dengan lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut." (Surah Taha ayat: 43-44)

Jika sesama parti politik Islam saling menghentam, berbalah sepanjang jalan tanpa mahu melihat konsep syura dan perundingan yang menjadi pilihan Rasul SAW ketika fasa dakwah pembinaan negara Islam yang termaktub dalam piagam hak asasi manusia pertama di Madinah dan dalam setiap langkah yang diambil baginda SAW, maka dikhuatiri ada pihak membenci Islam menangguk di air keruh. Akhirnya umat Islam juga yang rugi.

Allah berfirman menggesa umat Islam bersatu padu dan berwaspada dengan musuh dalam selimut bermaksud: "Janganlah orang Mukmin mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang Mukmin. Siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka (kafir) dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksa) dan hanya kepada Allah kamu kembali." (Surah Ali Imran ayat: 28)

Konsep syura dalam Islam tidak memandulkan demokrasi, kebebasan bersuara dan hak membangkang dengan hujah dan fakta yang bertanggungjawab, bahkan semua itu menjadi tunjang bagi pelaksanaan syura dalam politik bercirikan Islam. Pemimpin politik Muslim tidak teragak-agak menyatakan bantahan jika sesiapa melakukan kezaliman walaupun dari kalangan ahli parti sendiri.

Begitu juga apabila pihak lawan mengemukakan cadangan dan idea bernas dan benar demi kesejahteraan rakyat dan ia tidak bercanggah dengan syarak, mereka mesti sepakat dalam hal ini tanpa memandang kepada perbezaan parti. Bersatu untuk kebenaran dan sama membanteras kezaliman tanpa pandang bulu, tiada sedikitpun fanatisme parti antara mereka antara sifat politik Islam.

Amalan ini adalah gaya kepemimpinan Khalifah Rasulullah SAW. Abu Bakar ra ketika dilantik sebagai Amirul Mukminin berkata: "Wahai manusia aku dilantik untuk memerintah kamu, sedangkan aku bukan orang paling baik daripada kalangan kamu. Jika kamu melihat aku di atas kebenaran maka sokonglah aku. Jika aku di atas kebatilan, betulkan aku, taati aku selagi aku mentaati Allah dalam urusan kamu. Jika aku menderhakai Allah, maka tiada taat lagi untukku."

Khalifah selepasnya, Umar al-Khattab ra pula berkata: "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku keaiban diriku. Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu melihat aku menyeleweng daripada kebenaran maka perbetulkanlah aku." Lalu seorang lelaki bingkas berdiri dan berkata: "Wahai Ibnul Khattab. Demi Allah jika kami melihat kamu melakukan penyelewengan maka kami akan perbetulkannya dengan mata pedang kami." Umar akur dan memuji tindakan lelaki ini.

Sesungguhnya menasihat pemimpin yang tersilap adalah kewajipan rakyat bahkan ia perintah Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan menderhakai rasul Allah dan mereka menuruti perintah setiap ketua yang bermaharajalela lagi degil dalam keingkarannya." (Surah Hud: 59)

Namun kaedah tidak berhikmah boleh menyumbang kepada perpecahan dan persengketaan lebih teruk. Oleh itu, kembali kepada sistem syura dan kasih sayang sesama Muslim untuk memperbetulkan iklim politik yang kini tenat dihentam gempa tsunami dan semakin kelam berjerebu.

Suara Politik
Taminsari