Rabu, September 04, 2013

DAPig main tarik tali lagi - ROS bidas kerana tidak maklum CEC?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dilaporkan mengambil tempat pada 29 September ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.

''Sampai hari ini saya tak terima apa-apa daripada DAP, apa benda dia nak buat saya pun tak tahu. DAP cakap (buat pemilihan) pada September, saya pun hanya tahu melalui media massa.

''Sekarang dia cakap cakap sahaja, saya pun tak tahu apa yang DAP mahu lakukan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen pendaftaran kepada 20 parti politik baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai perkembangan terkini pemilihan semula CEC DAP.


Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mempersoalkan kenapa DAP belum menyerahkan 500 surat pengesahan yang dikatakan ditandatangani oleh wakil yang tidak hadir dalam pemilihan CEC akhir tahun lalu, untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut tetapi tidak menghadirinya atas sebab peribadi.

''Mana senarai, mana surat itu? Pada 20 Ogos lalu, dia cakap mahu serahkan, hari ini sudah 2 September," katanya mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa surat berkenaan akan diserah oleh DAP walaupun tidak diminta ROS.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti politik tidak dapat diproses kerana parti pembangkang tidak mengemas kini maklumat yang sudah diubah.

''Mereka tidak maklumkan kepada ROS walaupun maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) mereka telah ditukar," katanya.

Sementara itu, Anthony dicabar letak jawatan kerana gagal serah surat!

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dicabar meletak jawatan sekiranya gagal mengemukakan 500 surat salinan pengakuan asal yang didakwa ditandatangani oleh perwakilan DAP kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan.


Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anthony juga perlu meminta maaf kepada semua ahli DAP sekiranya gagal mengemukakan salinan surat berkenaan.

"Kami hairan mengapa lambat sangat Anthony mahu mengemukakan salinan asal surat pengakuan itu sedangkan pihak ROS masih menunggu siang dan malam.

"Adakah benar dakwaan bahawa Anthony menunggang basikal untuk pergi menghantar 500 salinan surat pengakuan asal kepada Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman di pejabat beliau?," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kegagalan Anthony serta DAP mengemukakan kepada pihak ROS sejumlah 500 surat asal yang didakwa ditandatangani oleh para perwakilan DAP yang membuat pengakuan bahawa mereka telah menerima notis mesyuarat dan tidak dapat hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Zamil turut mempersoalkan tindakan Anthony serta DAP yang masih berdiam diri dan menyifatkannya sebagai bermain sandiwara.

"Dulu DAP kata wujud 40,000 warga Bangladesh dan sekarang dakwa pula ada 500 surat pengakuan dari perwakilan yang tidak hadir pada pemilihan CEC parti itu. Bila kita cabar, mereka lari kepada Mummy Foo (seorang wanita yang dikatakan rapat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang).

"Di mana 40,000 warga Bangladesh, di mana 500 surat pengakuan dan di mana Anthony? Isu ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini, apakah ini semua merupakan sandiwara serta drama politik DAP?," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: