Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, September 05, 2013
Tanda Putera - Shuhaimi pernah diugut bunuh?
Pada mulanya, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengharap Tanda Putera sebagai produk dokumentari. Namun, selepas beberapa rakan seperjuangan meminta dia berfikir panjang kerana karya itu layak diangkat ke layar perak, orang kuat Pesona Pictures itu mula menimbang idea berkenaan.
Malah, galakan seorang Menteri yang tahu kajian dan pengumpulan bahan mengenai persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail giat dilakukan, menguatkan lagi semangat Shuhaimi atau Shumi biarpun dia akur cabaran besar menanti di depan mata.
Bukan sedikit keringat, usaha dan wang ringgit dicurahkan sejak 2010 lalu membuatkan individu di sebalik Tanda Putera ini terkilan apabila ada pihak mengheret karyanya ke kancah kontroversi. Lebih menakutkan, Shumi mendapat ancaman bunuh selain ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan. Selanjutnya baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan