Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, September 13, 2013
Suspek ugut bunuh KPN serah diri?
Seorang peniaga jualan langsung menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
“Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.
Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: “can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?” semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.
Berikutan kenyataan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak polis di IPD Dang Wangi di sini semalam.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam,
mohon masukkan blog baru aku ke dalam bloglist belantan. Ty Bro..
http://sarawakia.blogspot.com
Catat Ulasan