Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Ogos 14, 2012
Nik Aziz tidak kisah Karpal tolak hudud?
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak peduli sekiranya Pengerusi DAP, Karpal Singh terus membuat kenyataan menolak negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.
Beliau berkata, kenyataan yang dibuat Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.
"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menambah, bantahan beliau yang mewakili DAP itu berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.
Berikutan penentangan berterusan Karpal itu, beberapa ulama menegaskan adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong parti yang bersekongkol dengan DAP kerana parti tersebut jelas menolak pelaksanaan hukum Islam.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, undang-undang yang diamalkan di negara ini lebih kejam daripada hukum hudud kerana melaksanakan hukuman gantung sampai mati.
"Di Malaysia, sudah beratus-ratus orang yang digantung sampai mati, sama ada kes dadah dan macam-macam lagi.
"Apabila kena gantung, emak dan isteri dia menangis, anak jadi yatim, tidak ada tempat bergantung. Kalau hudud, manusia tidak mati, kerat tangan sahaja, manusia boleh kerja buruh, jual ikan dan pensyarah, jadi hudud lebih baik daripada hukuman gantung sampai mati," katanya.
Komen : Nampaknya tindakan Nik Abdul Aziz @ Pok Nik yang tidak kisah jika Karpal Singh berterusan mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud membuktikan parti yang menggugurkan perjuangan untuk menubuh negara Islam itu bacul.
Keputusan Menteri Besar Kelantan itu bersetuju untuk Karpal sentiasa bising mengenai hudud juga menunjukkan pemimpin veteran Pas tersebut lemah serta ketandusan idea.
Tindakan Pok Nik itu bakal mengundang pemahaman serong orang ramai terhadap hudud kerana Karpal tidak layak bercakap mengenai hukum Islam dan sepatutnya seluruh pemimpin Pas bangkit menentang kebiadapan Pengerusi DAP tersebut.
Agak pelik bagaimana Pok Nik boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau seorang Mursyidul Am tetapi bersetuju dengan perbuatan Karpal? Ini bakal menimbulkan kekeliruan kerana Karpal bukan semata-mata bising tetapi menolak hudud? Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan