Ahad, September 22, 2013

Anthony Loke & Tony Pua Jeneral Perang Dinasti Lim!


DAP Insider, blog yang baru dibina sejak beberapa hari lepas menamakan Tony Pua dan Anthony Loke sebagai ‘Jeneral Perang’ kepada Dinasti Lim yang merujuk terhadap penguasaan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan anaknya, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dalam parti itu.

Tony Pua atau Tony Pua Kiam Wee adalah Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Selangor, manakala Anthony Loke atau Anthony Loke Siew Fook adalah Ahli Parlimen DAP Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah Negeri Sembilan.

Dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi DAP (CEC) sebelum dibatalkan oleh Pejabat Pertubuhan Pendaftar (ROS), Dinasti Lim telah melantik Tony Pua sebagai Setiausaha Publisiti Kebangsaan dan Anthony Loke dilantik sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan, jawatan yang pernah disandang oleh Kit Siang ketika DAP mula ditubuhkan pada tahun 1968.

“Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP,” dedah blog itu.

Empat harimau yang dimaksudkan itu adalah Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak).

Blog itu turut menamakan seorang lagi penentang Dinasti Lim adalah Chen Man Hin, bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, satu jawatan yang ‘dirampas’ oleh Kit Siang ketika dia meninggalkan jawatan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999.

Kit Siang meninggalkan jawatan orang nombor satu DAP (Setiausaha Agung DAP) pada tahun 1999, apabila dia kalah di Parlimen Bukit Bendera dalam PRU tahun itu.


Menurut bacaan pemerhati politik, kekalahan Kit Siang pada tahun itu kerana masyarakat Cina mahu menghukumnya dan menyedari hal itu dia meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan merampas’ tempat Chen Man Hin sebagai Pengerusi DAP. Bacaan lanjut sila klik di sini.

“Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia.

“Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat.

“Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini,” dedah Peter pengendali blog DAP Insider.

Peter merupakan ahli DAP dari salah satu cawangan di Johor yang menyertai parti itu sejak tahun 1998.

“Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC. Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim, Tony Pua, Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP,” dedahnya sebagai pembuka bicara ketika blog itu mula dibuka pada 18 September lalu.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: