Jumaat, September 06, 2013

Lagi lagak samseng : Anggota SPAD dikepung kumpulan pemandu lori?


Lapan anggota pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini semalam.

Pengurus Kanan Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd Shariff Jamal Abidin, berkata kejadian dipercayai susulan rentetan penahanan beberapa lori dalam operasi berkenaan.

“Ops Hippo yang bermula 11 malam tadi (kelmarin) menahan beberapa lori membawa muatan berlebihan di sekitar Bukit Besi, Dungun selain Semambu, di sini.

Tiada kekerasan dilapor

“Selepas itu, pasukan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sekitar Gebeng pada jam 1 petang tadi (semalam) telah dikerumuni 30 pemandu lori yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku ketika kepungan itu dan selepas mendapat penjelasan serta bantuan polis, semua pemandu lori berkenaan dapat disuraikan.

“Kumpulan pemandu lori itu turut menyuarakan masalah mereka selain membuat beberapa tuntutan,” katanya sambil menambah, satu laporan polis berhubung kejadian terbabit dibuat SPAD di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 2.41 petang, semalam.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

shah dali berkata...

Saudara Admin, Dengan segala hormat saya mengajak saudara saudara seIslam sebangsa untuk datang mengikuti pembongkaran PENTING! ini......

http://www.ismaweb.net/v4/2013/09/simposium-mendepani-agenda-asing-melayu-dalam-krisis-kepimpinan/

Sila hebahkan. TKasih