Rabu, September 18, 2013

Pembangkang Sudah Kepanasan Dengan Tarikh 16 September?


Tarikh 16 September boleh dianggap terus menjadi tarikh yang membongkar penipuan pembangkang. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana pembohongan Anwar Ibrahim kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah. Baca di sini.

Ia berikutan pengakuan Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) berhubung kedua-dua kejadian itu. Baca di sini.

Mungkin kita tidak terkejut dengan kenyataan ini kerana sejak awal lagi tidak siapa pun yang percaya bahawa Barisan Nasional (BN) mengekalkan kekuasaan melalui pilihan raya dengan cara melakukan penipuan.


Tambahan pula, ketika pembangkang mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan pilihan raya sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri tidak ada satu pun menyebut mengenai kedua-dua kejadian berkenaan.

Sebab itulah dakwaan itu terpaksa dilakukan oleh pembangkang bagi ‘menghalalkan’ kekalahan mereka dan sikap tidak mahu menerima keputusan rakyat yang terus memihak kepada BN.

Apa pun kita berharap rakyat akan menilai pengakuan Kian Ming sebagai bukti bagaimana dalam keadaan terdesak dan demi mencapai matlamat politik mereka, pembangkang bersedia melakukan apa sahaja taktik termasuklah melemparkan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas kepada BN.

Bagi pembangkang, sama ada tuduhan mereka itu betul atau tidak, benar atau salah, ia soal kedua, apa yang penting mewujudkan persepsi buruk terhadap BN dalam apa juga perkara.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Foto dalam gelap ni pun boleh menimbulkan keraguan. Sebab tu mereka kalah dalam petisyen sebab bukti tak cukup kuat fitnah semata-mata.

Anak Lenggong berkata...

Jangan lupa

1. 16 Sept juga anura menipu rakyat yang kata akan ambil alih kuasa.
2.16 Sept jugak la penubuhan Malaysia.
3. 16 Sept - tarikh mampusnya sicelaka Chin Peng..

Yang paling dikesalkan..melayu PAS disebabkan tamakkan kuasa sanggup melupakan apa yang dilakukan oleh cina sial ni dengan menyetujui supaya bangkai cina ni dibawa balik ke Malaysia.

Tora Malaya berkata...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengemukakan saman malu kepada pihak berkenaan kerana melakukan fitnah dan mengganggu proses pilihan raya.

SPR berhak mengambil tindakan tegas berikutan mereka merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar.

“Kita tidak mahu masyarakat mengatakan SPR tidak tegas dalam menjalankan tugas.

“Malah kita juga khuatir jika elemen fitnah itu tidak dibersihkan dengan segera, penipuan itu akan berlarutan dengan membabitkan pilihan raya akan datang dan kemungkinan pembangkang boleh melakukan perkara yang lebih buruk,