Ahad, September 22, 2013

DAP Insider : Nasib 5 Harimau Penentang Dinasti Lim?


Blog DAP Insider dalam pendedahan terbaharunya menimbulkan satu persoalan apakah nasib lima harimau penentang Dinasti Lim pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Dinasti Lim merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang dan proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

Dalam pendedahan bertajuk, “Konspirasi, diskriminasi dan nasib lima harimau dalam DAP,” blog itu mendedahkan lima penentang Dinasti Lim adalah Teng Chang Kim (Selangor), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak).

“Kesemua lima di atas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu 'dibunuh' oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP,” dedahnya.

Menurutnya, Teng Chang Kim merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP paling senior di Selangor, namun dinafikan haknya untuk menjadi Exco kerajaan negeri, sebaliknya Dinasti Lim memilih Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu sebagai pilihan mereka.

“Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai Exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.

“Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

“Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.

“Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai Exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru-hara pasti akan timbul.

Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai Exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera Cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka,” dedahnya.

Menurutnya lagi, Chow Kon Yeow yang menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008, namun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.

Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor dedah blog itu telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.

“Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.

“Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas,” dedahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: