Selasa, September 17, 2013

Dialog Islam-Kristian kecoh, penganjur dihalau?

Gambar di atas di ambil di dalam gereja Kristian St Mark, Pantai Road, Butterworth, Pilau Pinang. Ahli panel di barisan depan paling kanan sekali adalah Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS yang mewakili Rakyat di Parit Buntar, Perak. Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ini pandai-pandai mewakilkan diri sebagai Wakil Islam di dalam perbincangan antara Agama yang dikenali sebagai "Islam-Christian Interfaith Dialog".

Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali, Butterworth di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.

Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.

Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.

Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark. Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.

Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak sampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam, buat saja majlis penerangan tentang agama Islam, buat apa nak adakan dialog dengan orang agama lain. Mujahid, Mujahid....elok sungguh nama kau diberikan oleh almarhum bapa kau....janganlah kau jadi PETUALANG kepada agama Islam kau sendiri.

Wahai Mujahid, kau tak baca ke seerah Rasulullah saw, pernah ke Rasulullah mengambil pendekatan berdialog begini???? Rasulullah menghantar pendakwah-pendakwah ke seluruh ceruk dunia untuk menyebar Islam ada le?

MicroHeart berkata...

Inilah bahawanya wabak Pularlisme puak2 setan PAS. Atas kepala pakai kopiah, mulut bicara kunun pasal Islam, tp hati dan buatan mereka ialah utk JAHANAMKAN ISLAM!!!

Mereka sndiri tidka beriman dgn Allah dgn membuat tolerasi kepala hotak ini. Mereka sndiri xyakin Islam itu sbg Agama yg HAQ, buat dialoq menyembah kafir, bodoh laknat punya Mujahid.. kau akan dpt azab Allah wahai Munafik Mujahid RAwa!!

Jika tulen Keimanan kau, teranglah pasal Islam, tnjuk akhlaik baik sesama Islam lain dlu, jd contoh ikutan, bru kafir gerun dan hormat kekuatan Islam..

Ini jd alat telunjuk setan dn kafir.. Laknatlah atau kau Mujahid Yusof Rawa dan PAS Laknatullah!!