Rabu, Oktober 17, 2012

Anwar jelek dengan batik Malaysia?



Sememangnya Anwar Ibrahim memang pakar manipulasi. Semua tahu Ketua Pembangkang itu selalu menangguk di air keruh biar sekalipun menggadai maruah negara.

Sebelum ini terdapat sebuah video rakaman yang mendedahkan bagaimana Anwar pada Festival Salihara Ketiga di Jakarta pada Oktober lalu memperlekehkan batik Malaysia.

Tajuk ucapan beliau ialah Kebebasan dan Musuh-Musuhnya. Majlis itu memang sudah agak lama berlalu tetapi rasanya macam masih baru dan panas. Rakyat Malaysia mungkin belum tahu perkara menarik yang Anwar perkatakan.

Isu ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia ekoran sentimen liar beberapa pihak di negara berkenaan pada waktu itu, digunakan oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya.

Seperti biasa, beliau mahu dipuja oleh kerajaan dan masyarakat negara luar dengan muslihat mendapatkan sokongan asing bagi mengenakan tekanan ke atas Malaysia. Pertama bagi menyelamatkan diri daripada perbicaraan kes liwat dan kedua, membantu menjayakan misinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Berikut adalah antara kata-kata yang diungkapkan oleh pemimpin PKR itu dalam ucapannya. Mahu pakai batik Indonesia dikatakan saya anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelek. Sebab ciri keseniannya itu cukup rendah dan saya setuju. Tetapi saya tidak mahu sebut di Malaysia, jadi akhirnya saya memilih batik Afrika.’’

Ucapan Anwar itu mendapat sorakan dan hilai ketawa para hadirin. Sesiapapun akan geleng kepala semasa menonton video itu tetapi tidak terkejut kerana tahu reputasi Anwar.


Beliau boleh melakukan apa sahaja. Cuma agak sedih dengan tindakan beliau yang tergamak merendah-rendahkan kesenian batik Malaysia. Apakah maknanya kepada pereka, pengusaha batik dan puluhan ribu orang yang bekerja dalam industri tersebut termasuk di luar bandar?

Sebagai rakyat Malaysia, ia suatu penghinaan daripada seorang Ketua Pembangkang kepada semua yang terlibat dalam industri batik tanah air.

Bukan setakat itu, ia juga penghinaan kepada seluruh kakitangan awam yang memakai batik setiap hari Khamis serta rakyat Malaysia yang selalu mengenakan batik terutama pada majlis-majlis.

Sepatutnya Anwar berbangga batik Malaysia semakin popular di peringkat antarabangsa.

Industri batik kita juga mendapat nafas baru kebelakangan ini termasuk diperagakan pada banyak pertunjukan fesyen berprestij. Peluang pekerja dalam industri itu untuk rakyat tempatan turut meningkat.


Jika kita berada pada kedudukan Anwar pada majlis itu, mungkin kita akan puji batik Indonesia tetapi pada masa yang sama menyatakan rasa bangga terhadap batik Malaysia. Bukan sukar untuk mana-mana warga yang patriotik menghargai produk rakyat dan negara sendiri melainkan kita memang mempunyai niat yang serong.

Tidak perlu untuk beliau menyemarakkan lagi sentimen anti-Malaysia di luar negara. Apa lagi untuk menjadikan batik kita sebagai mangsa kerakusan politik beliau. Adalah mudah untuk memahami mengapa Anwar berbuat demikian.

Lalu teringat kata-kata Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan semasa Forum Seminar Setiakawan Malaysia-Indonesia pada 15 Januari lalu, faktor individu dan tokoh dalaman yang ‘membuka pintu’ kepada pihak luar turut mempengaruhi ketegangan hubungan kedua-dua negara.

Sejarah telah membuktikan bagaimana tumbangnya banyak tamadun dan kerajaan angkara gejala seperti itu. Apa yang berlaku dalam isu batik ini, membuktikan lagi siapa sebenarnya Anwar.

Wallahuallam

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

myonemazlin berkata...

Anuwar tak ubah seperti pengkhanat yang sering memburukkan negara dan rakyat. Manusia seperti tak layak berada di Malaysia.