Rabu, Oktober 31, 2012

Isu Selangor : Akibat lombong pasir haram berhampiran, jambatan Kampung Pulau Meranti runtuh?


Runtuhan jambatan di Kampung Batu 9, Sungai Rasau Pulau Meranti akibat daripada hakisan air sungai berhampiran terpaksa ditutup bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan berkenaan di Sepang, Selangor, semalam.

Adakah ini akibat dari kerja-kerja perlombongan pasir haram dikawasan berhampiran sehingga menyebabkan sebuah jambatan yang menghubungkan ribuan penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti dengan Puchong dan Putrajaya runtuh petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang berhampiran Masjid Meranti di sini itu turut mengakibatkan pembentukan sebuah lubang besar sedalam tiga meter dan selebar 3.6 meter. Sebatang tiang lampu turut patah tetapi tiada kecederaan dilaporkan pada masa kejadian.

Seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Hafiz memberitahu, terdapat kesan retakan dan lubang kecil pada bahagian jambatan itu, enam bulan lalu, tetapi tiada kerja baik pulih dilakukan. Saya difahamkan bahawa banyak aduan telah dibuat oleh ketua kampung tetapi masih tiada pihak yang datang membaiki.

Saya yang menggunakan jambatan ini pada pukul 1.30 petang mendapati kenderaan saya seperti di hayun’ dan segera memaklumkan kepada ketua kampung, malangnya sebahagian jambatan ini runtuh tidak lama kemudian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan jambatan yang runtuh tersebut terletak di jalan yang agak sibuk dan sering digunakan oleh kenderaan yang mahu mengelakkan bayaran tol di lebuh raya.

Seorang penduduk, Saiful Wan Mohd. Rosli, 40, berkata, dia bersyukur kerana kejadian tersebut tidak menyebabkan kecederaan atau kenderaan terhumban ke dalam lubang yang terbentuk. Laluan ini agak sibuk kerana menghubungkan Putrajaya, Cyberjaya dan Puchong, jambatan ini turut digunakan oleh bas yang melalui kampung ini," katanya.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Marsum Paing telah meluangkan masa untuk melawat tempat kejadian.

Marsum berkata, penduduk kampung buat masa kini terpaksa menggunakan jalan alternatif kerana sebahagian laluan jambatan menghala ke Puchong telah runtuh manakala laluan menuju ke Putrajaya berada dalam keadaan tidak selamat.

Pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya turut melakukan tinjauan bagi melakukan kerja baik pulih," katanya ketika dihubungi!

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Miker tau apa nanti Khalid Gaygap dan fuckatan akan kata?

"Jambatan tu dibina sejak zaman Khir Toyo jadi MB lagi semasa BN-UMNO perintah"

"hujan lebat setiap hari menyebabkan struktur tanah runtuh"

"kawasan tersebut terletak di kawasan lombong, jadi struktur tanahnya mudah mendap, tak de kena-mengena dengan aktiviti curi pasir...kalau adapun lesen melombong dikeluarkan zaman BN dulu"

nak best lagi PAS akan kata " Ini adalah petunjuk bahwa jambatan dibina dari duit rasuah pada zaman BN dan rakyat Selangor kini terpaksa terima padahnya"