Isnin, Oktober 08, 2012

Kerajaan Selangor aniaya rakyat - Kunci diserah, tapi tak boleh pindah?



Perasaan gembira penduduk Kampung Berembang yang diberi kunci unit rumah masing-masing di Pangsapuri Berembang Indah hanya bersifat sementara.

Mereka masih tidak dapat berpindah masuk ke pangsapuri itu kerana masih terdapat banyak masalah di pangsapuri berkenaan.

Penduduk mendakwa, walaupun sebelum ini pemaju dan kerajaan negeri berjanji mengambil masa hanya tiga tahun untuk dipindahkan ke situ, tetapi disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa menunggu lagi sembilan tahun untuk dipindahkan ke pangsapuri berkenaan.


Sudahlah menunggu sejak sekian lama, apabila menerima kunci kediaman mereka daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Ogos lalu, mereka mendapati pelbagai masalah lain pula yang tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor diminta memeriksa pangsapuri itu dan memastikan semua masalah telah diselesaikan agar penduduk boleh berpindah masuk dengan senang hati.

Seorang penduduk Kampung Berembang, Shahfarin Razlan, 46, ketika ditemui berkata, pihak pemaju mengeluarkan surat kepada mereka bahawa bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

"Tetapi apabila tiba di pangsapuri ini, kami mendapati bekalan elektrik dan air masih tiada.

"Pihak pemaju seharusnya memastikan bahawa tiada masalah seumpama itu di pangsapuri ini sebelum mengeluarkan surat itu," ujarnya.


Seorang suri rumah, Laila Osman, 43, yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara berkata, dia terpaksa melangsaikan bayaran yang diminta pemaju walaupun ketika itu umat Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan, mereka kutip duit sebelum hari raya, tetapi kami langsung tidak membantah kerana mahukan rumah yang selesa untuk keluarga. Tetapi apabila melawat ke pangsapuri ini, kami mendapati masih terdapat beberapa masalah yang tidak selesai.

"Dulu semasa tinggal di Kampung Berembang, kami dipindahkan ke PPR Beringin, tetapi disebabkan PPR tersebut mempunyai masalah kami dipindahkan ke Pangsapuri Berembang Indah pula.

"Tetapi pangsapuri baru pun menghadapi masalah," ujarnya.


Dalam nada sama, Aida Suhaida Shariff, 21 berkata, hampir setiap hari dia dan keluarga menjenguk ke pangsapuri berkenaan untuk melihat sama ada meter air dan elektrik telah dipasang.

"Setiap kali datang, pasti kami akan kecewa kerana ada sahaja masalah yang masih tidak selesai. Tiada bekalan air dan elektrik, dan pelbagai masalah lagi," katanya.

Oleh itu, dia dan penduduk lain pangsapuri itu meminta Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd. (PMSB) selaku pemaju segera menyelesaikan masalah tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga harus menjalankan tanggungjawab memantau dan memastikan pangsapuri berkenaan telah benar-benar sedia untuk diduduki.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

itulah yang dikatakan oleh fuckatan - manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan. Lain kali sorak dan tunjuk tumb-up pada Khalid Berahim dan PKR lagi makcik-makcik oii kononnya bagus sangat tokoh keparat tu. Akhirnya kena tipu buta-buta, baru pada muka...hujung-hujung BN juga yang akan bantu.

Harap penduduk PPR Berembang insaf dan sokong BN tumbangkan fuckatan di Selangor.