Rabu, Oktober 03, 2012

Angan-angan Mat Jenin - Anwar angkuh dakwa dirinya Perdana Menteri selepas PRU-13?



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.

“ Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri).

Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman. Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.

“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.

Orang yang bercakap tu dijatuhkan hukuman penjara kerana apa ya? Bukan kah juga dek kerana 'rasuah kuasa'! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih. Jangan jadi macam meludah ke langit, terpercik kemuka sendiri...Fikir-fikirkan?

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Hehehe

Selangor berjaya mengurangkan hutangnya pada kerajaan Persekutuan dengan cara;
1. Menggunakan dana peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Pusat bagi prasarana awam bagi membayar hutang kerajaan Negeri kepada Pusat.
2.Memajak, menyewa dan menjual tanah-tanah Kerajaan Negeri kepada syarikat swasta tanpa mendedahkannya kepada rakyat.
3.Menggalakkan industri hiburan, perjudian, persundalan berleluasa untuk mengutip hasil cukai.
4.Rasuah politik dari kroni yang dapat pelbagai tender dari kerajaan negeri.

fuckatan bijak menipu...