Ahad, Oktober 14, 2012

Saifuddin kena TIBAI main politik 'makan keliling'?



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan yang dibuat beliau menerusi portal pembangkang yang dibiayai Soros, Malaysiakini, jelas membuktikan Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.

Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan UMNO dan BN sekarang.

''Saya percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada pakatan pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Saifuddin yang mendakwa serangan dijalankan BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut mempersoalkan tindakan yang kononnya liberal tersebut telah memberi kebaikan kepada UMNO, sedangkan Suaram bersungguh-sungguh mahu mencemarkan nama baik negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

''Saya kecewa kerana siang malam TIBAI berceramah mendedahkan keburukan Suaram kepada rakyat tetapi Saifuddin pula bersikap lewah tentang pertubuhan tidak sah itu yang terbukti menjadi tali barut kuasa asing," jelasnya.

Mengulas perkara sama, beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin UMNO, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Presiden parti yang juga Perdana Menteri.

''Saya mahu bertanya kepada Saifuddin, di mana suara beliau ketika Suaram begitu ghairah memfitnah Najib atau adakah beliau sekarang merupakan alat perkakas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Mengapa Saifuddin begitu berminat mempertahankan Suaram dan Malaysiakini sedangkan Soros bertanggungjawab menyebabkan ekonomi negara hampir runtuh pada 1997," ujarnya.

Kenyataan Saifuddin yang nampaknya Pro kepada pembangkang . Baca di sinisinisini dan di sini.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: