Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, September 08, 2012
Ammar : Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa?
Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.
"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Ammar patut dmaafkan dan diberi peluang. Tak usah dihancurkan masa depannya semata mata atas sebab sebab politik. Dia telah pun meminta maaf sedcara terbuka dan sebagai orang Islam kita wajib memaafkan nya.
Semoga Ammar mengambil iktibar dari kesilapan ini dan menjadi manusia yang insaf dan berguna untuk agama dan negara.
entah, tak terkesan aku dgn permohonan maaf budak tu. bukan kerana aku keras ati, tp aku tak rasa budak tu perlu wujud utk dikasihani. yg pasti aku kasihan kpd kedua ibubapanya krn dpt anak mcm budak ammar tu...
Kes melondehkan seluar oleh Ammar dan memijak gambar PM mendapat liputan meluas. Ammar telah ditahan, diambil keterangan dan telah meminta maaf. Kini tunggu didakwa. Ammar ingin berjumpa PM untuk minta maaf. Pada saya tidak ada keperluan lagi. Ammar meminta maaf di TV, PM pun sudah memaafkan tetapi proses perundangan perlu berjalan kerana laporan polis yang dibuat. Keluarga Ammar boleh jumpa SetPol dan sampaikan hasrat. Sepatutnya jumpa selepas Ammar dijatuhkan hukuman. Saya khautir, perjumpaan mereka disensasikan dan mempengaruhi keputusan mahkamah. Biarlah PM buat kerja rancang program kesejahteraan rakyat. untuk selanjutnya sila ke http://nasirwise.blogspot.com/2012/09/ustazah-abby-abadi-seorang-winnable.html dan http://nasirwise.blogspot.com/2012/09/rakyat-boleh-hukum-bebudak-perhimpunan.html
Catat Ulasan