Ahad, September 23, 2012

DAP harus pecat Koo Ham?



DAP digesa segera memecat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham seperti yang dilakukan oleh parti tersebut terhadap beberapa ahlinya andai benar ia mengamalkan dasar telus dan adil.

Ini berikutan tindakan Koo Ham yang bertindak keterlaluan dengan mempertikaikan tindakan umat Islam bangkit membantah penyiaran filem menghina Islam, Innocence of Muslims yang dianggapnya hanya membuang masa dan tenaga.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, R.Vellasamy mencabar Lembaga Disiplin DAP untuk memecat Koo Ham seperti mana pemecatan yang dihadapinya bersama beberapa ahli lain yang dianggap telah merosakkan nama baik parti kepada masyarakat umum.

"Saya dituduh memalsukan nama pendaftar undi walaupun pada hakikatnya saya cuma bersuara menentang penyelewengan serta mengecam corak kepimpinan parti. Antara alasan yang tertera dalam surat pemecatan saya ialah saya telah memalukan parti selain memburukkan nama parti.

"Apa yang dilakukan oleh Koo Ham adalah jauh lebih teruk kerana mempersoalkan umat Islam di negara ini, sekali gus telah menimbulkan keadaan hura-hara di negara ini. Adalah adil untuk DAP memecat beliau kerana turut merosakkan nama parti kepada umum dengan begitu mudah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas laman Twitter Koo Ham yang didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem itu.

"Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut.

Dakwa Vellasamy, DAP berkemungkinan besar tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Koo Ham kerana beliau merupakan antara pemimpin kegemaran kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

"Walaupun Koo Ham telah merosakkan nama DAP sehingga terpaksa bersoal jawab dengan teman seperjuangan Pas, saya sangat yakin beliau tidak akan diapa-apakan malah mereka akan sedaya upaya cuba tutup kejadian ini dengan segera," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min yang dipecat tahun lalu kerana mempersoalkan bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti turut senada dengan Vellasamy.

"Saya cabar DAP untuk pecat Koo Ham jika mereka bersikap adil. Jangan pilih kasih," katanya.

Ada berani ke DAP nak memecat Koo Ham! Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

tokgaru berkata...

Satu pertanyaan kepada sahabat2 di sebelah Pas. Berfikir lah sebagai seorang islam ...

Persahabatan Tuan Guru Hadi Awang dengan Lim Kit Siang hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tuan Guru Hadi Awang walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Lim Kit Siang di saat Tuan Guru Hadi Awang mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

Persahabatan Tok Guru Nik Aziz dengan Karpal Singh hanya akrab setakat di dunia sahaja. Di akhirat mereka tidak akan dapat bersama lagi. Tok Guru Nik Aziz walau pun berat di hati terpaksa juga meninggalkan Karpal Singh di saat Tok Guru Nik Aziz mengatur langkah untuk memasukki syurga jannah atas jemputan Allah swt.

TETAPI .... saudara2 ku ....

Permusuhan Tuan Guru Hadi Awang terhadap DS Najib hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya DS Najib akan tetap dapat bersama dengan Tuan Guru Hadi Awang di dalam syurga. Walau pun Tuan Guru Hadi Awang masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya DS Najib akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

Permusuhan Tok Guru Nik Aziz terhadap TS Muhyidin Yassin hanya di dunia sahaja. Pada akhirnya TS Muhyidin Yassin akan tetap dapat bersama dengan Tok Guru Nik Aziz di dalam syurga. Walau pun Tok Guru Nik Aziz masuk syurga lebih dulu tetapi akhirnya TS Muhyidin Yassin akan ke syurga juga atas amalan dan kebajikan yang beliau lakukan semasa hayatnya. Itu janji Allah swt saudara2....

Kalian boleh membenci para pemimpin Umno yang islam sekarang, tapi akhirnya mereka akan bersama juga dengan kalian di dalam syurga jannah.

Kalian boleh menyanjung dan memuja pemimpin DAP sekarang, tapi akhirnya walau pun dengan hati yang berat kalian terpaksa juga melepaskan mereka berjalan menuju ke neraka jahannam di ketika kalian diarahkan berjalan menuju ke syurga jannah.

Mudahan2 kalian mula insaf dari sekarang. Siapa Umno kepada kalian DAN Siapa DAP kepada kalian ???