Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, September 03, 2012
Bendera baru apa maknanya?
Seorang pemimpin pembangkang, M. Manoharan (DAP) menyatakan hasrat untuk menukar bendera Malaysia jika pakatan pembangkang memerintah negara pada PRU-13.
Bukan sekadar mengeluarkan kenyataan itu, beliau turut menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun lalu.
Tindakan tersebut mencetuskan bantahan rakyat Malaysia. Tahun ini, ada juga kisah yang seumpama. Beberapa aktivis pembangkang bertindak lebih jauh dengan mengibarkan bendera merah putih seakan bendera Singapura di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan, Khamis lalu.
Mereka yang merupakan peserta Himpunan Janji Bersih tanpa rasa malu dan bersalah berbuat demikian di khalayak ramai. Mereka mendakwa bendera itu akan menggantikan Jalur Gemilang sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
Ramai yang menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap dan kurang ajar. Memang benar tetapi kita melihat lebih daripada itu. Ia adalah ancaman kepada keselamatan negara, yang pihak berkuasa mesti bertindak segera. Sesiapa yang berkenaan perlu disiasat dan jika perlu didakwa. Seandainya perkara itu dibiarkan begitu sahaja, ia akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia.
Jangan terkejut perbuatan seumpama itu akan berulang lebih kerap sekiranya pihak berkuasa tidak bertegas. Di negara-negara lain terutama China, Singapura dan Indonesia, penghinaan terhadap bendera negara tidak boleh dikompromi. Apatah lagi mengibarkan bendera lain, yang merupakan perbuatan khianat terhadap negara sendiri. Pernah ada individu yang dijatuhi hukuman mati atas perbuatan seumpama itu.
Yang menghairankan, mengapa mereka sampai boleh terlepas melakukan perbuatan itu dan pulang ke rumah. Di mana agensi pihak berkuasa kita? Selain kejadian tersebut, kita rasa sangat kecewa dengan perbuatan beberapa peserta Himpunan Bersih yang bertindak biadap dan memalukan. Ada yang melondehkan seluar menunjukkan punggung sebagai tanda menghina pemimpin negara.
Sekali lagi, agak menghairankan bagaimana mereka semua boleh terlepas. Inilah akibat daripada budaya politik ekstrem yang dibawa oleh pembangkang. Persoalannya, mengapa mereka berani melakukan provokasi dan penghinaan keterlaluan, apakah mungkin pihak berkuasa kita berlembut dan tidak lagi digeruni?
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan