Selasa, September 04, 2012

Insiden di ambang merdeka - 'Budak penyanggak tunjuk bontot' ditahan reman bantu siasatan?



Polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.


Beliau berkata, pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, dua pelajar lelaki di kolej yang sama turut diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes.

Sementara itu, Polis beri tempoh 24 jam untuk serah diri!

Polis memberi tempoh 24 jam kepada 10 individu yang dikaitkan dengan insiden memijak gambar pemimpin dan membawa bendera "baharu" Malaysia untuk menyerah diri di balai polis berhampiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata, jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh berkenaan, tangkapan akan dilakukan.



Mereka diperlukan untuk membantu siasatan insiden terbabit, katanya pada sidang akhbar yang berlangsung pukul 5 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.


Semalam, Polis Kuala Lumpur mendedahkan 11 keping gambar individu yang dirakam terbabit dalam insiden berkenaan yang berlaku pada Himpunan Janji Bersih pada malam ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 negara 30 Ogos lepas.

Susulan kejadian, polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat insiden yang dilapor berlaku berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 serta 509 Kanun Keseksaan.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

azlanaini berkata...

Tengok gambar seluar dibuka
Kalau begitu padanlah muka

Dikolej kononnya belajar
Kenapa budok nih kurang ajar?

Siapalah ibu bapa dia?
Takkah diajar pekerti mulia?

Puak pencacai suka hati
PRU 13 mereka nak mati

Megat Alam Gempita berkata...

Bab bontot ni memang sah ajaran Anwar. Tunjuk bontot kat Najib memang orang marah dan kata biadap. Tapi kalau tunjuk bontot kat Anwar, pasti dia akan ghairah dan akan kata tentu sedap kalau bagi dia hadap.