Jumaat, September 21, 2012

Hudud PAS : Karpal suruh Pok Nik belajar tentang undang-undang dan juga perlembagaan?



Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.

"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.


Menurut Karpal seperti dipetik dalam akhbar The Sun baru-baru ini, hujah Mursyidul Am Pas itu tidak mempunyai asas undang-undang selain tidak rasional kerana ia mengabaikan jangkaan awam bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen, mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Malah Parlimen juga tunduk kepada Perlembagaan. Parlimen tidak boleh melulus atau mengiktiraf undang-undang yang diluluskan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya merujuk kepada Enakmen Kod Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang diluluskan Pas 19 tahun lalu.

Dalam pada itu, Karpal menolak dakwaan Nik Abdul Aziz kononnya hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana wujud bantahan dari Kerajaan Persekutuan.

"Undang-undang seperti hudud adalah terbatal penubuhannya. Persetujuan dari Kerajaan Persekutuan tidak serta tidak boleh memberi apa-apa kuasa," tegas Karpal yang konsisten menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Pas perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata," tambahnya.

Perdebatan dan perbalahan antara Pas dan DAP mengenai hukum hudud berterusan selepas isu itu kembali ditimbulkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hasan baru-baru.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri sudah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP dan hukum itu juga tiada dalam perancangan Buku Jingga.

Nak tahu Anwar tolak hudud ke tidak, sila lihat di sini.?

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: