Ahad, September 09, 2012

Tipu manifesto Pilihanraya : Rakyat berhak tuntut keadilan?



Sohaimi Shahadan memberi penerangan kepada penduduk Vista Lavender Puchong mengenai isu air dalam demonstrasi aman untuk menuntut air percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor di Persiaran Kinrara, semalam.

Pengguna di Selangor berhak menuntut keadilan di mahkamah bagi mendapatkan bekalan subsidi air percuma seperti dijanjikan kerajaan negeri tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, secara prinsipnya kerajaan negeri harus bertanggungjawab supaya isu tersebut tidak perlu diheret sehingga ke mahkamah.

"Pengguna ada peguam sendiri untuk memperjuangkan keadilan buat mereka yang saya yakin ada 'locus standi' atau tidak terhadap isu ini, jadi kerajaan negeri perlu menimbang perkara ini," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Pertanian Kedua 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan seramai 683 pengguna air di Selangor akan memfailkan tuntutan terhadap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma yang dijanjikan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk tidak memberikan air percuma kepada penduduk di negeri itu.

Ia memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya PKR berjaya memerintah negeri tersebut selepas pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penggunaan air bulanan masih dapat ditentukan dengan tepat menerusi penggunaan air oleh setiap isi rumah.

"Alasan penggunaan meter pukal menyukarkan kerajaan negeri menentukan penggunaan air adalah tidak logik kerana pihak pengurusan masih mampu mengeluarkan bil air kepada penduduk pangsapuri.

"Apa yang dikesalkan, kediaman pangsapuri seperti ini kebanyakannya didiami keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

''Tetapi mereka diketepikan daripada pemberian subsidi, sebaliknya golongan berpendapatan tinggi pula sudah bertahun-tahun menikmati air percuma tersebut," katanya selepas menyertai perhimpunan aman anjuran Badan Pengurusan Bersama dan penduduk Pangsapuri Vista Lavender bagi menuntut kerajaan Selangor menunaikan janji pemberian air percuma berserta tunggakan di sini, hari ini.

Tambah Sohaimi, penduduk di lapan blok pangsapuri itu melibatkan 1,790 kediaman dinafikan hak menikmati subsidi air oleh kerajaan negeri atas alasan masih menggunakan meter pukal.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: