Sabtu, September 01, 2012

Sambutan Kemerdekaan 'Sebangsa Senegara Sejiwa' PKR belakangkan Sultan Selangor?



Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar dan memalukan apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.

Sebaliknya, beliau memberitahu, Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri di sini pada Jumaat ini.

"Sehingga saat ini, pihak Istana Selangor tidak menerima jemputan daripada kerajaan negeri untuk majlis itu. Baginda juga tidak pernah dimaklumkan mengenai sambutan tersebut.

"Sambutan itu adalah anjuran rasmi kerajaan negeri untuk rakyat Selangor. Maka, adalah wajar baginda dimaklumkan mengenainya," katanya di sini hari ini.

Majlis sambutan yang menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Terima Kasih Rakyat, Selangorku Terus Maju' itu turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang turut diberi ruang untuk berucap.

Difahamkan sebelum ini, penganjuran majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri akan dimaklumkan kepada Sultan Selangor namun ia bergantung kepada keputusan baginda sama ada menghadirinya atau sebaliknya.


Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui menganggap tindakan tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang dianjurkan kerajaan negeri adalah amalan biasa.

Menurutnya, baginda memang tiada dalam senarai tetamu kehormat yang dijemput kerajaan negeri untuk sambutan berkenaan yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi Selangor.

"Untuk tidak menjemput Tuanku Sultan ini adalah memang biasa dalam setiap sambutan kerajaan negeri pada sambutan ulang tahun kemerdekaan," katanya.

Sementara itu pelbagai pihak hari ini mengecam tindakan Kerajaan Selangor sebagai biadab, kurang ajar dan tidak mengenang budi kerana mengetepikan Sultan Selangor dalam sambutan majlis kemerdekaan di peringkat negeri itu.

Mereka yang cukup marah dengan perbuatan tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai satu penghinaan secara terang-terangan untuk menjahanamkan institusi raja-raja Melayu.

Berikutan itu, mereka menyeru rakyat Selangor supaya tidak lagi berdiam diri sebaliknya menentang perbuatan biadab dengan menghukum Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada pilihan raya umum nanti.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, perbuatan itu cukup melampau kerana ia bukan kesilapan kali pertama dilakukan oleh kerajaan negeri.

Dua anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriksa peralatan pancaragam ketika keluar dari sebuah hotel selepas menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, difahamkan anggota ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis telah menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan itu.

Tinjauan di Hotel Quality di sini petang ini mendapati anggota pasukan keselamatan berkenaan sedang giat mengemas kelengkapan mereka untuk meninggalkan hotel berkenaan.

Difahamkan tindakan itu dibuat kerana pihak penganjur telah membuat perubahan konsep sambutan di saat-saat akhir selain ia tidak disertai Sultan Sharafuddin.

Adakah ini semua disengajakan atau sebaliknya? Atau adakah ini langkah percubaan Anwar untuk 'test power' bagi merialisasikan impian 'ketuanan rakyat' yang dicita-citakannya supaya jika Pakatan Rakyat dapat memerintah maka beliau lah yang akan menjadi Presiden pertama 'Republik Malaysia'?


Mungkin apa yang berlaku semalam di Dataran Merdeka dapat dikaitkan dengan apa yang diidam-idamkan Anwar dan sebagai langkah pertama mereka mahu menukar bendera Malaysia menjadi seperti Republik Singapura dan juga Indonesia!

Buat pertama kalinya dalam sejarah menyambut hari kemerdekaan negara, kita di malukan di malam kemerdekaan  kita sendiri! Bukan setakat di malukan malah ada niat pembangkang mahu menukar bendera malaysia dari jalur gemilang ke sang saka malaya?

Lihat di artikel Belantan sebelum ini bagaimana Anwar menyanggah Raja Melayu? Baca di sini.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

mabong berkata...

republik selangor tak perlukan sultan lagi dah

hangkedee berkata...

Akan di gantikan degan Maharaja Pembohong dan pembelit "Pak Sheikh NON Al juburi Ibni Al liwati"

usin berkata...

hayat kerajaan s'gor tidak akan bertahan lama. rakyat akan ajar kebiadaban pakatan dlm pru13. 99% pakatan akan tewas. bukan takbur, tp itulah spt yg dikatakan oleh anwar, "KUASA RAKYAT"...