Selasa, September 25, 2012

Rakyat perlu tahu : Teks Ucapan Ketua Pembangkang- 32 Dosa Kerajaan Selangor!

















Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Selangor yang sudah menyambut ulang tahun keempat pentadbirannya beberapa bulan lepas, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.

Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya.

Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti ini melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apatah lagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.

Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.












Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

tokgaru berkata...

Mungkin korang boleh fikir ada logik ke tidak ramalan aku nih. Baca dibawah .....

PRU 13. Katakan lah PR menang. Maka Anwar pun di angkat lah menjadi Perdana Menteri. Korang agak berapa penggal si Anwar tu boleh duduk di kerusi Perdana Menteri ?

Paling lama setakat satu penggal jer. Lepas tu dia akan di paksa kosongkan kerusi tu untuk beri laluan kepada ... Kepada siapa agaknya ... Hadi Awang ? Lim Kit Siang ? Korang cuba lah jawab sendiri.

Habis Anwar tak kan nak di buang macam tu saja. Tiidaaak ... rakan2 Anwar dalam Pakatan Rakyat tak semudah itu nak lupa jasa Anwar. Sebagai mengenang jasa beliau Anwar akan di angkat menduduki kerusi Presiden (masa tu Malaysia dah jadi republik). Anwar akan menjadi Presiden of Malaysia sepanjang hayat beliau.

Kawan aku dari Pas kata, " Okay apa. Masa malaysia tak jadi republik Yang Dipertuan Agong nya orang melayu. Dah jadi republik melayu juga yang jadi Presiden. So melayu masih jadi ketua negara, nothing to bother what ". Betul kah OK ?

Maka akhirnya sampai lah masa untuk Anwar pergi meninggalkan dunia. Korang boleh agak tak orang apa yang akan ganti Anwar jadi Presiden of Malaysia ... Melayu ? Cina ? India ?.

Kalau korang tak dapat nak jawab. Tak apa. Aku minta tolong baca sejarah Singapore selepas Umno kalah dan dapat kepada PAP ... apa yang berlaku.

Betul tak ? Di Singapore, bila Umno kalah kepada PAP. Lee Kuan Yew (cina) jadi Prime Minister dan Yusof Ishak (melayu) jadi President of Singapore. Lepas Yusof Ishak mati sorang india diangkat jadi Presiden of Singapore (nama dia aku dah lupa). Lepas india tu mati (aku pun tak pasti sama ada dia mati atau setakat tamat tempoh jadi Presiden) ... siapa jadi Presiden of Singapore ... Melayu ? Cina ? India ?.

Prime Minister pulak. Lee Kuan Yew turun, Goh Chok Tong ganti. Goh Chock Tong turun, Lee Sien Loong naik. Agaknya bila lah melayu nak dapat peluang jadi Prime Minister.

Ini lah yang akan berlaku di Malaysia jika Pakatan Rakyat menang. Agaknya bila lah giliran Hadi Awang nak sampai untuk nak jadi Perdana Menteri.

Lu orang2 Pas mesti boleh jawab punya ....