Khamis, September 27, 2012

Memang sah..!!! DAP berjaya ubah imej PAS, perjuangan dikorban?


Kebergantungan PAS kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ternyata berjaya, tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan PAS kini 'pak turut' tetapi terhutang budi kepada DAP.

Sebab itu kepimpinan PAS hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

PAS bukan sahaja tidak layak mendakwa parti itu bakal menggantikan UMNO bagi memayungi kepentingan orang Melayu, malah tidak lagi relevan untuk menggelar parti tersebut sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan agama Islam.

Pengakuan Khalid itu hanya mengesahkan segala kebimbangan orang Melayu selama ini kerana apabila PAS berkerjasama dengan DAP, parti ini bukan sahaja terhutang budi tetapi sanggup menggadai segala dasar demi menjaga hati DAP, makna kata yang mengatur PAS adalah DAP.

Sebaliknya DAP walaupun PAS sendiri banyak membantu dan bersungguh mahu memulihkan imej cauvinis tetapi mereka tidak menggadaikan dasar parti. DAP tetap dengan dasar cauvinis dan sentiasa lantang memperjuang kepentingan orang Cina serta lantang menolak negara Islam.

PAS pula hanya ghairah mengejar undi bukan Melayu tetapi mereka lupa orang Melayu kini kecewa dan mula menolak parti PAS. Malah pemimpin kanan mereka sendiri mengkritik perkara ini secara terbuka!



Pengakuan dari Khalid sebelum ini bahawa PAS banyak bergantung kepada DAP dalam usaha membantu memulihkan imej parti itu daripada label ekstremis serta pelampau khususnya di kalangan bukan Melayu bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya.

Apa yang dilakukan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana PAS kini jauh tersasar.

Keberanian Hasan yang juga bekas ahli PAS menyatakan pandangan berbeza secara tegas membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan benar-benar berjuang demi Islam serta bukan kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon sebagaimana didakwa Pas Selangor.

Alasan kecewa tidak disenarai alasan lapuk dan ia langsung tidak terpakai ke atas Hasan. Walaupun beliau bukan lagi ahli PAS, namun beliau bangkit berjuang bukan kerana pangkat dan nama tetapi kerana beliau seorang pemimpin yang objektif serta berprinsip, beliau tidak rela Pas dan Islam ditunggang oleh DAP! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: