
Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk PAS ketika ini. Adakah PAS sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan PAS kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam PAS. Adakah arahan dari Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?
Adakah PAS sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran Islam. Adakah PAS sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, PAS hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Walau apapun berlaku, PAS akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ Abang Besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Samada disedari atau tidak, secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.
Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah PAS pada DAP. Adakah PAS lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam PAS yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama PAS lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.
Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut para pemimpin-pemimpin PAS daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah saudara Islam mereka. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Sanggupkah PAS bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam PAS. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Apa gunanya PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam PAS. Nasihat buat PAS, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan