Rabu, September 26, 2012

Baik hatinya ‘kenalan’ yang menaja penerbangan Anwar dan kroni Pakatan dengan sebuah Jet eksekutif?



Macam terdapat unsur-unsur rasuah pula apabila ada ‘kenalan’ Anwar yang sanggup menaja penerbangan Anwar dan kroni Pakatan bagi menyambut hari Malaysia di Sabah baru-baru ini!

Apakah ada udang disebalik batu yang menyebabkan 'kenalan' Anwar begitu baik menaja penerbangan dengan sebuah Jet peribadi! Agak-agak siapakah ‘kenalan’ Anwar yang begitu bermurah hati ini dan apakah ada balasan dari Anwar nanti disebalik kebaikan beliau?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengakui jet eksekutif yang dinaikinya bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang sebagaimana tersebar di internet ditaja oleh seorang ‘kenalan’.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet eksekutif berkenaan, Anwar berkata, beliau telah dihubungi ‘kenalannya’ itu bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Sabah sebelum menuju ke Sarawak.

Saya tidak mahu dedahkan siapa individu tersebut tetapi semua pihak boleh periksa pemilik jet itu dengan Jabatan Penerbangan Awam ( DCA). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.


Setakat itu sahaja saya boleh jawab. Sama macam kalau kereta rosak, saya minta tolong pinjam kereta kawan dan ini bukan isu besar," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pendedahan beberapa blog tentang Anwar Ibrahim menaiki jet eksekutif ke Labuan pada 15 September lalu, menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapakah pemilik jet itu. Ada blog yang melaporkan Anwar dan anaknya, Nurul Izzah serta Naib Presiden PKR, Tian Chua memberi jawapan yang berbeza apabila ditanya soalan itu menerusi akaun Twitter masing-masing.

Menurut blog berkenaan, Anwar menyatakan jet itu dipinjamkan oleh seorang peniaga di Kuala Lumpur manakala Tian Chua memberitahu pesawat tersebut disewa dan Nurul Izzah mengatakan ia dipinjam.

Di beritakan juga bahawa Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang telah beberapa kali menaiki jet eksekutif ke Sabah dan Sarawak dalam siri jelajah mereka sepanjang tahun ini.


Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong mendedahkan beliau menerima maklumat itu daripada sumber-sumber tertentu sejak seminggu lalu. Jelas beliau, berdasarkan pemerhatiannya semasa masih di dalam PKR dahulu, Anwar diketahui memang pernah menggunakan jet mewah untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun, hanya baru-baru ini, Anwar menaiki jet bersama pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain untuk berkempen di Sabah dan Sarawak sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Persoalan yang timbul ialah dari mana Anwar beroleh sumber kewangan bagi membiayai kos menggunakan jet itu dan sekiranya ada penaja, beliau mesti bersikap telus mendedahkan identiti pihak terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Anwar Ibrahim mengibaratkan jet peribadi yang dipinjam kepada beliau adalah sama seperti “kita memberi kawan kita untuk pinjam kereta” dan tidak harus diperbesarkan.


Penggunaan jet mewah itu menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pembangkang “dibiayai” oleh pihak tertentu atau pun terpaksa berhutang budi kepada pemilik pesawat itu. Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau bertanya terlebih dahulu kepada pemilik pesawat itu tujuan meminjam jet itu kepadanya.

"Saya sudah tanya dulu, ada kepentingan atau tidak, tetapi dia kata tiada," katanya di sidang media di lobi Parlimen.

Anwar tidak mengenal pasti siapa pemilik pesawat itu tetapi berkata pihak yang ingin tahu boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam.

Gambar Anwar di dalam pesawat di muat naik di laman Twitter oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu sebelum di siarkan oleh beberapa laman blog selepas itu.


Pendedahan blog terbabit turut menunjukkan Anwar sebagai seorang manusia yang tidak mampu menahan gelodak kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.

Sikap hipokrit Anwar semakin terserlah memandangkan pemimpin PKR itu sering bercakap tentang isu ketelusan, pembaziran wang rakyat dan perbelanjaan berhemah dalam ceramah-ceramahnya.

Mungkin kita amat bersimpati kepada penyokong-penyokong Anwar di dalam PKR yang sanggup bersusah-payah untuk pemimpin kesayangan mereka sedangkan pada hakikatnya, Anwar hidup dalam kemewahan.

Rakyat juga sewajarnya menilai sama ada Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Kita khuatir penyelewengan yang lebih besar akan berlaku sekiranya Anwar diberi lebih banyak kuasa! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari




Tiada ulasan: