Rabu, September 26, 2012

Krisis air Lembah Klang (1998) bakal berulang - Selangor tidak berganjak dengan Langat 2?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan berganjak dengan keputusan mereka tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) walaupun kerajaan negeri Pahang berhasrat mahu membatalkan perjanjian penyaluran bekalan airnya ke negeri itu.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar mencabar kerajaan negeri Pahang supaya mengeluarkan surat rasmi mengenai pembatalan perjanjian tersebut dan bukan mengeluarkan kenyataan menerusi media semata-mata.

''Kita cabar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob keluarkan hitam-putih hasrat mereka untuk batalkan perjanjian tersebut, bukan cakap-cakap sahaja," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Adnan semalam bahawa kerajaan negeri Pahang mungkin membatalkan perjanjian penyaluran 1.6 juta meter padu sehari bekalan air mentah ke negeri ini jika Kerajaan PKR Selangor tidak membenarkan pembinaan Langat 2.

Menurut Adnan, langkah itu akan dilaksanakan sekiranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berdegil untuk menghalang pembinaan loji tersebut sebagai alternatif menghadapi krisis bekalan air bersih yang dijangka melanda negeri ini pada 2015.


Beliau turut mengingatkan Abdul Khalid, kerajaan negeri Pahang mungkin akan menyemak semula harga penyaluran bekalan air berkenaan daripada 10 sen kepada RM1 bagi setiap meter padu sekiranya kerajaan negeri Selangor ingin menyambung semula perjanjian berkenaan pada masa depan.

Mengulas lanjut Xavier berkata, Langat 2 sememangnya tidak termasuk dalam rancangan penstrukturan semula pengurusan bekalan air di Selangor dan jika projek tersebut dibatalkan, Selangor tidak perlu membayar lebih RM60 juta setahun bagi penyaluran air mentah ke negeri itu.

Oleh itu, kata beliau, terpulang kepada Pahang sama ada mahu membatalkan perjanjian tersebut atau sebaliknya kerana Selangor masih mempunyai sumber air yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat di negeri itu.

''Jika mereka (kerajaan negeri Pahang) mahu membatalkan perjanjian itu, terpulang kepada mereka. Kita (kerajaan negeri Selangor) tidak ada masalah.

''Malah, perjanjian penyaluran bekalan air dari Pahang adalah perjanjian yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini dan bukannya dengan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang," katanya.

Inilah jadinya apabila kera mendapat bunga! Dapat kuasa tetapi tidak tahu menggunakannya malah berlagak sombong pula! Masalah air di Lembah Klang telah dibincangkan di peringkat Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1970-an. Kemajuan ekonomi di tiga kawasan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak awal tahun 1980-an ini bukan sahaja semakin rancak, malah keperluan insaniah juga perlu dititikberatkan.

Bekalan air perlu cukup tanpa kompromi kerana tanpa air segala aktiviti sosial dan ekonomi akan terbantut. Syabas yang sedang kekurangan air untuk dibekalkan perlu dibantu dengan Arahan Pembangunan (DO) untuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 segera dikeluarkan.

Jangan terus bermain politik kotor takut tiada air yang cukup untuk ia dicuci. Rungkai dahulu kemelut dalam Talam sebelum menjadikan Syabas mangsa seterusnya.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: