Khamis, September 13, 2012

Sudahlah gagal tunaikan janji manifesto PR, MB Khalid nak samakan pemberian air percuma dengan BR1M pulak?


Lihatlah bagaimana sekali lagi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid mahu meletakkan kesalahan kepada penghuni rumah pangsa sambil cuba menyembunyikan hakikat sebenar kelemahan adalah di pihak Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri kerana gagal menunaikan janji pilihanraya!

Negeri tidak menghalang mana-mana pengguna air di negeri ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma, kata Abdul Khalid.

“(Pengguna) boleh, kita tidak menghalang. (Saman) ini adalah satu kes percubaan yang kita mesti lakukan. Kes percubaan ini akan memberikan satu pandangan mahkamah tentang bantuan yang diberikan kepada rakyat mempunyai syarat yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika orang itu tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adakah boleh dibenarkan untuk mendapatkan peruntukan. Kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, pengguna air yang tinggal di rumah pangsa atau flat boleh menikmati air percuma sekiranya menukar meter pukal kepada individu yang tidak memerlukan kos seperti didakwa sebelum ini.

“Kita sudah tunjukkan bahawa tidak perlu kos tetapi hanya perlu dipersetujui oleh penghuni-penghuni kawasan berkenaan.

“Kita telah berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syabas bersetuju yang Syabas boleh membenarkan penukaran meter itu dilakukan,” katanya.

Terdahulu, 711 pengguna air di negeri ini memfailkan saman menuntut janji air percuma terhadap Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam yang mewakili pengguna air, Kamarudin Ahmad berkata, tindakan itu berikutan Pakatan Rakyat (PR) gagal menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menegaskan Kerajaan Negeri tetap mempunyai kuasa terhadap kebenaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan loji tersebut.

Menurutnya, kuasa untuk memberi kelulusan terutamanya kebenaran merancang dan memasuki tapak projek terletak di tangan Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri mengingatkan petender-petender Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kuasa tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara mengenai tanggungjawabnya.

“Kerajaan Negeri akan mengingatkan bahawa tanggungjawab ini akan dijaga oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikin ketika mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui disiarkan akhbar ini, semalam bahawa Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaan loji berkenaan walaupun terpaksa berhadapan tindakan undang-undang Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata, beliau telah meminta Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Zawiyah Be Loth Khan berbincang dengan peguam yang dilantik Kerajaan Negeri berhubung bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.

“Minggu depan Kerajaan Negeri akan memberitahu rakyat Selangor tentang kuasa yang ada di tangan Exco dan Kerajaan Negeri untuk membolehkan mereka yang akan menyertai tender yang dibuka oleh Kerajaan Pusat tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka apabila berhadapan dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri hanya bersetuju dengan projek berkenaan apabila pembinaannya disertai dengan penyusunan semua industri air di Selangor.

“Kita telah bagi cara penyelesaiannya, iaitu digabungkan penyusunan semula industri air yang saya sendiri bercadang untuk menerangkan secara bertulis kepada menteri air tidak lama lagi,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: