Jumaat, September 21, 2012

Fathul Bari nasihat Kadir Sheikh Fadzir segera bertaubat !!



Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera selepas membuat kenyataan beliau mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini. Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS. Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.



“Datang seorang ahli politik ini kata beliau boleh dengar suara Allah SWT, saya tak menyamakan tapi boleh difahami kedudukan ini seolah-olah sama apa yang berlalu pada Nabi Musa dan sama berlaku pada Nabi Muhammad (SAW), apakah ini nabi baru.

“Saya yakin beliau bukan mengakui menjadi nabi, tetapi secara realiti, kata-kata seperti Allah SWT perintah kami ke Putaraja apa semua, zaman sampaikan wahyu telah ditutup. Tidak ada lagi wahyu. “Kalau sekiranya hendak turun berpolitik, tak payahlah tarik tuhan sekali, gunakan Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan, tak kiralah hang UMNO, tak kira PAS, tak kira hang PKR.

“Kita kena berhati-hati dalam isu seperti ini, saya harap orang-orang yang berkata seperti ini, tidak kira siapa pun agar bertaubat kepada Allah SWT dan beristiqfar banyak-banyak,” katanya di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir dalam satu ceramah politik baru-baru ini bahawa beliau mendengar suara Allah SWT yang memintanya agar turun kembali ke barisan hadapan politik.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: