Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, September 07, 2012
MB Khalid digesa mohon maaf kepada sultan?
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjadi 'anak jantan' dan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengetepikan baginda dan institusi diraja semata-mata untuk melayani pemimpin politik pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri Selangor, Khamis lalu.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dan bukannya mencari jalan mudah dengan mengalihkan kesalahan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negerinya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai kerajaan negeri lain.
"Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin diminta berhenti menuding jari kepada orang lain dan mengaku kesilapan kerajaan negeri dalam isu mengetepi baginda semasa sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor itu.
"Abdul Khalid perlu menghadap baginda secepat mungkin dan memohon maaf atau beliau akan berisiko menghantar mesej salah kepada rakyat bahawa tiada masalah mengetepikan sultan," katanya.
Mohd. Zin mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengetepikan sultan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri yang dipetik dalam portal The Malaysian Times hari ini.
Beliau berkata, pakatan pembangkang mendakwa sambutan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan pada malam 30 Ogos lalu hanya sebagai ambang merdeka yang mana sultan tidak perlu dijemput.
"Bagaimanapun, pada malam itu terdapatnya perbarisan oleh 56 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan negeri. Jika dikatakan sebagai sambutan ambang merdeka, hanya pertunjukan bunga api tanpa sebarang perbarisan.
"Sehubungan itu, pendirian pakatan pembangkang bahawa tidak menjemput sultan kerana bukan sambutan Hari Kemerdekaan itu adalah tidak relevan.
"Keputusan Abdul Khalid mengelakkan dirinya daripada isu ini mencerminkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.
Menurut sumber, keputusan menjemput Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sebagai tetamu terhormat pada sambutan itu adalah oleh Majlis Eksekutif negeri.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan