Rabu, September 12, 2012

MB Khalid Nafi beli lori sampah ketinggalan zaman!



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan keputusan kerajaan negeri menyemak semula pembelian tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor ada kaitan dengan dakwaan kononnya model yang dibeli itu ketinggalan zaman.

Sebaliknya, beliau memberikan alasan semakan semula itu merupakan amalan biasa bagi memastikan pembelian tersebut memberi pulangan wang kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada (kaitan dengan dakwaan model ketinggalan zaman), lori sampah kita beli sebaliknya untuk menggantikan kompaktor sampah yang ditinggalkan Alam Flora Sdn. Bhd. sebelum ini, termasuk yang digunakan kontraktor ketika ini yang kebanyakan usianya melebihi 10 hingga 15 tahun.


"Oleh itu, untuk menjamin pengurusan sampah yang betul, kita kena bawa kompaktor baru yang mana penggunaan awalnya kita beli 50 buah. Kita juga akan menambah 50 buah lagi bagi mengimbangi pengunaannya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai dakwaan kerajaan negeri membeli 50 buah model kompaktor sampah yang dikatakan ketinggalan zaman.


Menurut laporan itu, pembelian berkenaan dibuat anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membabitkan kos RM14.5 juta bagi membantu 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah model kompaktor dengan menegaskan ia memberi penjimatan kepada kerajaan negeri.

"Kalau kita tengok kompaktor sampah yang biasa dari Eropah, harganya melebihi RM340,000 tetapi harga kompaktor sampah yang kita beli kurang RM240,000," katanya.

Memanglah murah, tetapi kos selenggaraan dan alat ganti sudah dimasukkan sekali ke MB Khalid?

Dimana Ronnie Liu? Sila lihat di sini.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: