Sabtu, September 22, 2012

Siapa Assabiyah, PAS atau UMNO?



Assabiyah menurut pengertian yang sebenarnya ialah satu sikap ta’asub atau fanatik yang melahirkan sikap ego dan bangga terhadap dirinya, kumpulannya dan keluarganya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.

Sikap ta’asub dan fanatik ini telah wujud dan hidup subur dikalangan masyarakat jahiliah. Oleh kerana sikap inilah mereka hidup berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain sepanjang zaman.

Apabila datang Islam sikap ta’asub dan fanatik ini telah dihapuskan dan diganti dengan sikap muhibbah dan kasih sayang sesama manusia untuk mencapai kemajuan, keamanan dan perpaduan sejagat umat Islam (Ukhwah Islamiah). Antara ajaran ajaran Islam untuk menghapuskan sikap ini iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-

"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru menghidupkan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana assabiyah".

Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah". Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walau bagaimanapun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap taasub yang semata-mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


3 ulasan:

warisantmk berkata...

Amat bersetuju dengan pemahaman sdra bahawa kecintaan seseorang kepada bangsa dan negaranya BUKAN asobiyyah sebagaimana di fahami oleh PAS.

Asobiyyah sebenarnya merujuk kepada SIKAP TAKSUB kepada sesuatu kumpulan, tidak kiralah samada persatuan, parti, kabilah, suku, kampung, kariah dan sebagainya.

tokgaru berkata...

Haram hukumnya Pas bersatu dengan DAP untuk menjatuhkan Umno.

Harus hukumnya Pas bersatu dengan Umno untuk menyekat kemaraan DAP.

(Aku berhujah tanpa dalil tanpa nas kerana aku bukan lah sorang ustaz)

Jika anda nak menghukum aku murtad, sila kan lah itu pun selepas mengikuti penjelasan2 aku ini.

1. Ahli2 Pas yang muslim tetap dijanjikan syurga juga akhirnya selepas di hisab segala dosa2 semasa hayatnya. Ahli Umno yang muslim juga serupa.

2. Adakah ahli2 DAP yang 99% adalah bukan muslim mendapat jaminan begitu dari Allah swt ?

3. Ahli2 Pas yang muslim halal menikahi ahli2 Umno yang muslim. Begitu juga dengan ahli Umno yang muslim.

4. Adakah ahli2 Pas yang muslim halal menikahi ahli2 DAP yang bukan muslim ?

5. Ahli2 Umno yang muslim halal memakan daging sembelihan ahli2 Pas yang muslim. Begitu juga dengan ahli2 Pas.

6. Adakah ahli2 Pas yang muslim halal memakan daging sembelihan ahli2 DAP yang bukan muslim ?

6. Ahli2 Pas yang muslim halal makan dan minum makanan yang dimasak didapur rumah ahli2 Umno yang muslim dengan menggunakan periuk belanga dan peralatan yang selalu digunakan dirumah itu. Serupa juga dengan ahli Umno.

7. Adakah ahli2 Pas yang muslim halal makan dan minum makanan yang dimasak didapur rumah ahli DAP yang bukan muslim menggunakan periuk belanga dan peralatan yang selalu digunakan dirumah itu ?

8. Seorang ahli Pas yang muslim boleh menumpang bersolat dirumah seorang ahli Umno yang muslim. Serupa juga dengan ahli Umno.

9. Bolehkah seorang ahli Pas yang muslim menumpang bersolat dirumah seorang ahli DAP yang bukan muslim ?

Contoh 1 : DS Najib semestinya akan membenarkan Tokguru Nik Aziz tumpang bersolat dirumahnya, dan DS Najib akan turut bersolat dengan berimamkan Tokguru Nik Aziz bila masuk waktu solat diketika mereka berdua sedang berbincang untuk menyatukan Umno dengan Pas.

Contoh 2 : Adakah Karpal Singh atau Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng akan membenarkan Tokguru Nik Aziz tumpang bersolat dirumah mereka bila masuk waktu solat sewaktu mereka sedang berbincang hal2 berkaiatan perlaksaan Hukum Hudud dan penubuhan Negara Islam oleh PR ?

Nah sekarang anda nak kata apa pun kepada saya, kata lah ... Munafiq ? Murtad ?.

tokgaru berkata...

This means that if Pakatan Rakyat wins the 13th General Election and forms the Federal Government in Putrajaya, for the next five years from 2012/2013 to 2017/8, the implementation of hudud will not be part of the Pakatan Rakyat Federal Government policy or programme unless all the three PR parties can reach a consensus on it. This position is very clear, simple and straightforward.

Firstly, the number of Muslim MPs, as it stands, still falls short of the two-thirds majority required to amend the constitution.

After the 2008 GE, for Peninsular Malayhsia, there were 107 Muslim MPs, i.e. 65 MPs from BN and 42 MPs – a far cry from the two-thirds majority of 148 MPs required to amend the constitution.
(petikan dari blog Lim Kit Siang @ 20.9.2012)

Pertanyaan saya. Adakah orang2 Pas ada baca posting ini. Mungkin ada baca tapi tak faham kerana dalam bahasa orang putih.

Saya nak bagi tahu kepada orang Pas. Lim Kit Siang bukan tak sokong nak laksana Hudud tapi dia kata MP islam tak cukup 2/3 macam mana nak buat Hudud.

Saya nak tambah lagi. Lim Kit Siang secara simbolik nak bagi tahu kepada orang Pas, dia tak dapat nak undi sokong Hudud kerana dia belum jadi islam lagi. Maksud dia kalau nak buat juga Hudud kena lah tunggu dia masuk islam dulu. Faham ....

Cakap nak buat Hudud jangan lah ikut sedap mulut saja. Tak habis2 duk bohong orang2 melayu kampong kata, " Umno tolak Hudud, Umno tolak hukum Allah ". Puak2 melayu kampong yang tak berapa cerdik perlembagaan pun percaya habis, pastu mereka pula duk jaja rata surau dan mesjid kata, " kita wajib tolak Umno kerana Umno menolak hukum Allah ".

Dah faham kut.