Khamis, September 27, 2012

Regim PKR Selangor sengaja sekat projek LRA Langat 2?



Gerakan Prihatin Rakyat Malaysia (GPRS) kesal kenyataan Kerajaan Selangor yang menyokong pembatalan perjanjian bekalan air mentah oleh Kerajaan Pahang ke negeri ini sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Kerajaan Selangor dan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sengaja tidak mahu memahami projek LRA Langat 2 perlu disegerakan sebelum berlaku krisis air 2016.

“Ini adalah strategi kerajaan pakatan pembangkang yang sengaja mahu susahkan rakyat dengan sekat apa juga projek yang mahu dijalankan kerajaan Persekutuan dengan alasan-alasan tidak relevan yang kelirukan rakyat.

“Apabila sesuatu berlaku, Kerajaan Selangor akan segera tuding jari salahkan kerajaan Pusat, sekaligus mendapat kelebihan politik daripada isu yang sengaja ditimbulkan oleh mereka sendiri,” katanya.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Xavier bahawa Kerajaan Selangor dan rakyat gembira apabila Kerajaan Negeri Pahang membatalkan perjanjian bekalan air mentah jika projek pembinaan LRA Langat 2 tidak diteruskan.

Sohaimi berkata, kenyataan Dr Xavier bahawa bekalan air mentah di Selangor mencukupi mengelirukan apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mahu import air mentah dari Tasik Kenyir yang didakwa lebih murah.

“Namun kos memasang saluran paip sahaja sejauh 500 kilometer melalui rizab saluran gas dari Tasik Kenyir ke Langat dianggarkan RM11.3 bilion, tidak termasuk kos pam dan operasi, sedangkan kos projek LRA Langat 2 hanya RM6.2 bilion.

“Saya cabar Dr Xavier berdebat isu air ini dan biar rakyat yang buat penilaian,” katanya.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: