Ahad, Mei 05, 2013

#PRU13 : Isu Kalimah Allah - Akhirnya PAS akur, UMNO betul?


Setelah puas melenting untuk memalukan UMNO dalam isu Kalimah Allah, akhirnya Dewan Syura PAS memutuskan bahawa penggunaan Kalimah Allah hanya layak bagi umat Islam sahaja memandangkan tiada sebarang terjemahan bahasa yang tepat bagi menerangkan maksud Kalimah Allah sepertimana yang diimani oleh umat Islam.

Sedangkan dari awal lagi, UMNO cukup istiqomah dalam memperjuangkan hak Kalimah Allah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan!

PAS terlupa, isu Kalimah Allah dipopularkan secara oleh meluas oleh Khalid Samad sewaktu ucapannya di Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 yang menyatakan, PAS bersetuju Kalimah Allah di benarkan guna oleh gereja untuk tujuan keagamaan.

Bagaimana pun, individu dalam PAS sebenar yang mempopularkan polimik ini adalah Dr.Dzulkifly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta Ahli Parlimen Kuala Selangor yang telah mengunjungi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok pada 16 Mac 2008, kurang dua minggu selepas PRU ke-12!





Ketika ucapannya di Sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, katanya persoalan tentang penggunaan Kalimah Allah tidak harus timbul kerana telah diakui di dalan Al-Quran bahawa kalimah itu turut digunakan oleh bukan Islam. Pendapat Dzulkifly turut disokong kuat oleh Khalid Samad. Manakala Ahli-ahli Parlimen UMNO, termasuk yang bukan Islam menentang keras pendapat Dzulkifly Ahmad dan Khalid Samad.

Kini setelah masa berlalu dan PRU ke-13 semakin menghampiri, PAS nampaknya terpaksa membuat U-turn! Daripada mereka yang memulakan polimik tersebut, kini PAS menyalahkan UMNO pula! Walhal dari mula lagi Dzulkifly Ahmad telah mengeluarkan pendapat kufurnya itu.

UMNO melakukan tentangan yang amat keras! Manakala PAS yang mendapat sokongan serta galakan daripada Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam isu ini, terus berusaha menyesatkan umat Islam dengan penyelewengan terhadap Isnu Allah.


Dengan keputusan Majlis Syura PAS Pusat itu, mahu tidak mahu para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang sebelum ini cukup angkuh kerana beranggapan mereka lebih berpengetahuan ugama berbanding orang UMNO, perlu menelan kahak dan ludah mereka semula. Mereka boleh memberikan pelbagai alasan untuk menjilat ludah dan kahak mereka sendiri, tetapi yang pastinya apa yang dilakukan oleh UMNO sebelum ini, terbukti BENAR!

Jika tidak benar, masakan Majlis Syura PAS Pusat terpaksa akur dengan kebenaran UMNO terutamanya dalam bab Khalimah Allah?
Wallahuallam.

Suara Poltik
Belantan

1 ulasan:

usin berkata...

setakat kahak hijau, apalah sangat bagi pas. lendir dan nanahpun mampu dijilatnya....huh!! lain kalilah pas...