Jumaat, November 15, 2013

Surendran 'Pandi Sondol PKR' DiGantung?


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Ekoran perbuatannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan Speaker bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Akibatnya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu kehilangan gaji dan elaun dianggarkan sebanyak RM157,303.68 sepanjang tempoh enam bulan tersebut ekoran keceluparan mulut beliau sendiri.

Keputusan penggantungan itu diluluskan dengan undi belah bahagian tanpa dibahaskan disebabkan kedegilan pemimpin pembangkang yang berterusan membuat kecoh dan menyaksikan 92 Ahli Parlimen mengundi usul tersebut.

Terdahulu, usul bagi menggantung Surendran dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Jelas Nancy, kenyataan complete and utter lies (fakta yang tidak benar) dan ‘Speaker yang bias’ yang dibuat Surendran semasa sidang akhbar di lobi Parlimen Selasa lalu dan kemudiannya disiarkan beberapa media merupakan penghinaan.

“Bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah satu penghinaan kepada Speaker yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan ini dan bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

“Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh keputusan usul diluluskan," katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Pada Selasa lalu, Surendran diarahkan keluar Dewan selepas beliau berkeras enggan menerima penjelasan Pandikar Amin yang menolak usul tentang tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh kuil di Jalan P. Ramlee di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Sebaik keluar Dewan, Naib Presiden PKR itu kemudiannya mengadakan sidang akhbar dan menuduh Pandikar Amin tidak mengeluarkan fakta tepat, selain seorang Speaker yang bias selepas terdahulu menggelar Dewan Rakyat sebagai Parlimen Robert Mugabe.

Dalam pada itu, Nancy berkata, tindakan yang diambil Dewan Rakyat ke atas Surendran perlu menjadi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen agar lebih berhemah pada masa hadapan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Perlu juga dinyatakan bahawa Dewan ini pada 11 Disember 2001 pernah menggantung Yang Berhormat Batu Gajah ketika itu selama enam bulan kerana menghina Speaker demi memelihara keutuhan dan prestij Dewan yang mulia ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: