Rabu, November 13, 2013

Kempen Pemilihan PAS : Mat Sabu hanya hebat di pentas-pentas ceramah kerana lawak bodohnya?


Ahli Pas diseru buat pilihan bijak, tolak calon boneka Anwarinas

Perwakilan Pas diseru supaya membuat pilihan bijak dalam menentukan pemimpin kedua tertinggi parti itu bagi memastikan perjuangan mereka terus relevan dan tidak dicap sebagai kuda tunggangan mana-mana pihak.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, Pas perlu mengembalikan maruah mereka selepas diasak dengan pelbagai isu dalam pakatan pembangkang yang seolah-olah menunjukkan pemimpin parti itu takut untuk bersuara.

Beliau berkata, salah satu faktor utama Pas dilihat begitu kerana penyandang jawatan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu (Mat Sabu) lebih suka mengambil pendekatan selamat dalam berpolitik biarpun pelbagai isu yang timbul membabitkan mereka dalam pakatan pembangkang terutama dengan DAP.

Menurutnya, Mat Sabu bukan kalangan ulama dalam Pas dan beliau gagal memberi hujah yang berteraskan fakta mahupun rujukan hadis atau al-Quran, sekali gus rakan dalam pakatan melihatnya hanya ayam sabung terutama DAP.


"Di mata DAP, Mat Sabu tidak membahayakan agenda mereka. Mat Sabu dilihat akan mengiakan apa jua tindakan DAP, padahal pimpinan lain akur dan tahu bahawa ahli di bawah tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh DAP.

"Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden yang menghilangkan taring Pas dan menampakkan kelemahan Pas dalam beberapa aspek terutama isu-isu yang membabitkan agama, beliau hanya hebat di pentas-pentas ceramah kerana lawak bodohnya," katanya di sini.

Beliau mengulas perkembangan terkini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah disahkan akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti 22 November ini.

Wan Khairul Ihsan yang juga Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) berkata, Mohd. Amar merupakan calon yang tepat untuk menggantikan Mat Sabu kerana beliau lebih berkelayakan serta mewakili golongan ulama dalam Pas.

"Mohd Amar merupakan calon yang dinanti-nanti oleh perwakilan untuk memperkasakan semula parti dan membetulkan kedudukan pada landasan perjuangan yang asal.


"Beliau dilihat sebagai pemimpin yang lantang dalam mengutarakan pandangan-pandangan walaupun mungkin tidak disenangi oleh rakan-rakan dalam pakatan iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menegakkan pendirian parti," katanya.

Tambahnya, sekiranya Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan dipilih sebagai Timbalan Presiden, ini secara tidak langsung akan melenyapkan kumpulan Anwarinas yang semakin berakar dalam parti itu.

"Perwakilan harus menolak calon yang menjadi boneka kepada musuh Islam dan calon yang menderhaka kepada institusi raja.

"Ini merupakan dua perkara asas yang jelas kepada perwakilan dalam menilai untuk memilih pimpinan yang bakal mereka letakkan sebagai pahlawan di barisan depan," katanya.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Mat Sabu The Best berkata...

Mat Sabu The Best, Mamak takut debat dengan Mat Sabu.