Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, November 03, 2013
#PRK Sungai Limau: Isu kaki palsu bukan didalangi BN - Shafie?
YAN: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyelar tindakan blogger puak pembangkang yang mencemari saat-saat akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan memuat naik gambar kaki palsu yang bertulis "Kaki Ustaz" dan menuduh perbuatan itu didalangi pihak Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, tindakan itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beramanah oleh blogger pembangkang dan menganggap ia adalah propaganda yang cuba dicetuskan oleh pihak mereka sendiri berikutan penerimaan baik yang ditunjukkan pengundi DUN Sungai Limau kepada jentera dan pemimpin BN.
"Kita sedar dan kita tahu ini bukan kerja Barisan Nasional. Sudah banyak PRK yang kita hadiri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Saya mempengerusikan hampir 16 PRK di seluruh negara...dari Galas, Kerdau, Tenang... tak pernah terlintas dalam hati kita nak buat sesuatu perkara seumpama ini.
"Ini satu perbuatan yang cukup jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menuduh kita melakukannya," katanya selepas merasmikan Program Mesra Rakyat dan Bantuan kepada Pelajar Pondok Pak Ya di sini, sebentar tadi.
Justeru, beliau menyeru pihak polis mengambil tindakan tegas dan menyiasat secara mendalam perkara itu dan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan.
"Saya berharap, mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini dikenakan tindakan undang-undang secepat mungkin supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.
Pagi tadi, perjalanan kempen PRK DUN Sungai Limau dicemari perbuatan blogger puak pembangkang, "King Jason" yang memuat naik gambar kaki palsu dipercayai digantung di sekitar kawasan DUN Sungai Limau di laman Facebooknya dengen keterangan gambar "Kempen Sg Limau makin sengit... Muhyiddin hina Ustaz Azizan... Anak buah kencing berlari. Bagaimana kepala, begitulah anak buah mereka."
Mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyasarkan parti itu akan menang dengan hanya majoriti 500 berbanding 2,774 undi sebelum ini, Mohd Shafie berkata, itu adalah petanda keyakinan PAS untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau semakin goyah.
"Cukup jelas bahawa ia petanda kurangnya keyakinan di kalangan jentera dan pimpinan mereka untuk memenangi kerusi sekali gus mempertahankan kubu kuat mereka.
"Rakyat Kedah ketika PRU-13 dah ambil tindakan cukup bijak dengan bentuk kerajaan negeri di bawah kepemimpinan BN dan saya yakin lebih 27,000 pengundi di Sungai Limau juga akan mengambil tindakan sama dengan memastikan calon BN menang di kawasan ini," katanya.
Beliau berkata, calon yang diketengahkan BN mempunyai keupayaan untuk mebantu dan membela masyarakat Sungai Limau dan yakin bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mampu mengatasi keperluan rakyat di kawasan yang rata-ratanya dihuni golongan petani dan nelayan.
Terdahulu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyampaikan bantuan wang tunai dan basikal kepada 200 pelajar Pondok Pak Ya yang terdiri daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah membabitkan peruntukan sebanyak RM40,000.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan