Sabtu, November 09, 2013

Soksek-soksek akhbar Cina : Ahli baru bosan dengan sengketa dalaman DAP?


Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 31 Oktober 2013 menyiarkan artikel mengenai masalah dalaman DAP yang sehingga kini belum menunjukkan kesudahannya.

Artikel bertajuk DAP dalam situasi bengang yang ditulis oleh Lim Ming Fah disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat halaman 39.

Tiba-tiba semangat rakan-rakan dan anak-anak muda yang begitu bercita-cita tinggi jatuh merudum. Jatuh sehingga mereka berada dalam keadaan bingung. Mereka juga agak gementar dan kini dalam situasi tidak tentu hala arah tujuan.

Keadaan itu mempunyai kaitan dengan semangat mereka yang begitu berkobar-kobar semasa musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selepas PRU-13 berakhir, semangat yang begitu membuak tinggi, bertukar menjadi keadaan yang amat berbeza kali ini. Sudah tentu ia ada kaitannya dengan situasi politik semasa.

Pihak pembangkang mendapat lebih banyak undi dalam PRU-13 berbanding dengan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, mereka bengang kerana musim untuk mereka berkuasa tidak kesampaian.

Akibatnya, ramai golongan muda yang menyokong pembangkang merasa marah dan mengadakan perhimpunan jalanan secara besar-besaran.


Pada masa itu, mereka ke hulu dan ke hilir, dari utara ke selatan mengadakan bantahan. Semua orang boleh lihat semangat mereka yang begitu berkobar-kobar.

Mereka juga bergiat di laman sesawang jalur lebar, menggunakan kata-kata dan bahasa yang penuh bersemangat, melepaskan geram untuk mencapai hasrat politik mereka. Ada kalanya mereka bersikap terlalu angkuh dan sombong.

Bagaimanapun, baru sahaja setengah tahun masa berlalu, keadaan seperti sudahpun berubah. Ada sesetengah orang, semangat mereka telahpun luntur.

Ada seorang peserta perhimpunan berumur dalam lingkungan 30-an berterus terang mengakui, kecewa dengan masalah dalaman yang berturutan berlaku dalam DAP terutama sekali di Kedah, Melaka dan Johor.

Dia adalah penyokong setia kepada Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang sering tidak sependapat dengan Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Cheng Hau dan Guan Eng sebenarnya mempunyai penyakit dalam jiwa mereka dan saling tidak mengikut rentak. Ia bukan lagi rahsia kepada semua pihak, tetapi dia sangat percaya kedua-dua mereka boleh kekal untuk berjuang bersama-sama kerana mempunyai agenda politik yang sama.


Tetapi apabila Cheng Hau mengkritik kepimpinan pusat dan mengumumkan tidak akan bertanding mengekalkan jawatan dalam pemilihan pucuk kepimpinan DAP Johor sehingga jawatan ahli jawatankuasa pun beliau tidak mahu bertanding, orang ini yang menyokong beliau merasa begitu kecewa.

Dia tidak tahu nak buat apa lagi. Seperti seorang yang telah putus cinta, wajahnya menjadi muram. Semangatnya yang tinggi sebelum ini, dalam sekelip mata sahaja menjadi sejuk.

Saya tidak dapat membantu dia, tetapi saya boleh memahami dia. Diharapkan dia akan dapat keluar daripada gangguan hilang semangat dan wajah muram berkenaan. Diharap dia dapat kembali kepada sifat asalnya yang sentiasa bergembira.

Politik boleh dilihat seperti sangat ringkas dan juga boleh dilihat seperti sangat kompleks. Politik juga membolehkan berlaku perlakuan saling cantas mencantas, berbalah dan berbeza pendapat.

Persaingan dalam politik berkait rapat dengan persaingan merebut kuasa. Umpama sawah yang gersang tiada orang menyapa. Sawah yang makmur, ramai orang yang akan merebutnya. Ini adalah kebiasaan dalam berpolitik.


Tetapi yang lebih hebat lagi ialah dalam politik tiada rakan yang kekal selama-lamanya dan tiada musuh yang kekal selama-lamanya. Dalam politik, kita hanya mampu mengharungi pahit maung bersama-sama, tetapi tidak dapat menikmati kebahagiaan bersama-sama.

Apa yang berlaku ini, sama seperti yang terjadi di China pada zaman dahulu apabila hulubalang Yue telah bersubahat dengan ramai orang untuk merampas kembali negerinya. Selepas dapat merampas kembali negerinya, hulubalang Yue telah menghalau dan membunuh orang kuat yang membantunya iaitu Wen Chong.

Saya tidak mahu politik dalam parti kita menjadi buruk seperti itu. Selagi bara kecil dan cita-cita masih ada, kita tetap masih ada harapan terhadap parti kita.

Anda boleh merasa kecewa dan hilang keyakinan terhadap parti buat seketika, tetapi anda kena ingat, jangan kita selama-lamanya tidak yakin dan hilang harapan terhadap politik.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: