Khamis, November 14, 2013

Khairy ditegur Siti Nurhaliza?


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah ditegur secara terbuka oleh penyanyi terkenal negara Datuk Siti Nurhaliza dalam isu melibatkan Datuk Jamal Nasir.

Ekoran daripada komen Khairy Jamaluddin yang menasihati bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam perselisihan menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk menyuarakan pendapat beliau melalui akaunnya di laman sosial, Twitter.


"Sebagai Menteri Muda & being look up (orang yang dihormati), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadap dengan yang lebih tua.", kata Siti.

Meskipun teguran terbuka beliau terhadap seorang menteri dianggap sebagai 'berani' oleh sesetengah pengikutnya di laman Twitter, Siti kelihatan cuba menenangkan keadaan sejurus selepas itu dengan berkata yang ia sebenarnya ditujukan kepada orang lain supaya mereka tidak lupa untuk menghormati orang lebih tua.


Isu di antara Datuk Jamal Nasir dan Khairy Jamaluddin mula mendapat perhatian orang ramai apabila Menteri Belia dan Sukan itu membuat kenyataan sinis berikut ketika sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam, "Jika beliau bukan 'budak suruhan' FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur."

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: