Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, November 20, 2013
Perlu waspada 'taktik' Surendran?
Lama sudah kita tak lihat atau dengar kelibat anggota pembangkang yang tindak tanduknya agak pelik dan celupar, siap sekali dengan aksinya yang kali terakhir dilakukan oleh Tian Chua.
Sampai 'popularlah' dia dengan lagak hero berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Itu belum lagi isu memfitnah pemimpin negara melalui gambar bersama seorang wanita melalui teknik photoshop.
Tapi kini 'gaya' serupa Tian Chua seakan-akan muncul kembali. Kali ini dipaparkan pula oleh Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.
Minggu lalu, Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat. Ini ekoran perbuatannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan Speaker bersifat bias.
Dalam isu penggantungannya, sebenarnya Selasa lepas lagi, dia telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selama dua hari oleh Pandikar Amin kerana mencabar keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahas isu perobohan struktur tambahan di kawasan luar kuil Sri Maneswarar Kaliyaman, di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Padahal, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang mewakili kaum India di negara ini pada Isnin lepas menjelaskan kerja perobohan hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil itu manakala bangunan rumah ibadat itu tidak diusik dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di kuil itu pada Ahad lepas.
Tapi seperti biasalah, Surendran tetap tidak puas hati, kemudiannya membuat sidang akhbar di luar dewan dan menuduh Pandikar Amin bersikap berat sebelah dan menyamakan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Zimbabwe yang dimiliki Presiden Robert Mugabe.
Sebenarnya dalam beberapa bulan ini kalau rakyat perhatikan, Surendran memang gemar mencetuskan kontroversi.
Cuba kita renung-renungkan kelibatnya:
1. Isu pengawal keselamatan tembak mati pegawai operasi AmBank.
-Bulan lalu, Surendran dikatakan akan mempertahankan tindakan suspek berkenaan sekiranya ditangkap. Lantas, dibalas oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin:
"Dia boleh cakap apa saja, saya enggan ulas, tapi bagi saya itu adalah komen bodoh."
2. 'Gangster lakukan jenayah biasa?
-Pada 23 Oktober lalu, ketika dia membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013, Surendran mempertikaikan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang itu kerana kumpulan gangster yang melakukan kekacauan tersebut hanya melakukan jenayah biasa.
Selain itu, beliau turut mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 hanya menyekat dan mengetepikan hak asasi rakyat.
Bagaimanapun, ini dibidas oleh wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang menjelaskan, rang undang-undang yang dikemukakan itu bertujuan bagi kebaikan dan melindungi ketenteraman awam.
3. Hendak atau tak nak sertai operasi polis?
Dia mendakwa polis dengan sengaja melepaskan tembakan bagi membunuh (shoot-to-kill) para penjenayah ketika menjalankan operasi. Surendran turut mendakwa polis gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Dia juga mempertikaikan tindakan polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai profail berdasarkan kaum (racial profiling) sangat berbahaya. Dalam kenyataannya kepada portal pro pembangkang, kata Surendran, hampir 70 peratus penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan adalah dari kaum India.
Ekoran dari kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 11 Oktober mempelawa Surendran untuk turut serta dalam operasi membanteras penjenayah bersenjata yang bakal diadakan nanti.
Pelawaan itu bertujuan membolehkan Surendran melihat sendiri cara dan pendekatan yang diambil oleh pihak polis ketika berdepan dengan saat getir yang boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.
Walaupun Surendran telah pun menyatakan kesudian untuk turut serta dalam operasi yang bakal diadakan, namun sehingga kini dia masih gagal untuk menandatangani surat perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.
Surat perjanjian itu bertujuan membebaskan polis daripada memikul sebarang tanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam erti kata lain, dia tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap kerajaan Malaysia, pihak polis, Ketua Polis Negara, atau mana-mana pegawai yang terlibat dalam operasi itu.
Paling menarik, apabila meneliti kandungan surat perjanjian indemniti itu, penasihat undang-undangnya R. Sivarasa menasihatinya agar membatalkan hasratnya untuk menyertai operasi berbahaya itu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.
4. Agenda bumiputera pun dijadikan isu
Sekali lagi dia dilihat sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera selepas mempertikai agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pertengahan September lalu.
Dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan hak asasi rakyat.
Kenyataan Surendran dibidas banyak pihak yang mengingatkan ia bukan bertujuan merampas kemewahan atau kesenangan dinikmati kaum lain sebaliknya kejayaan pelaksanaannya akan turut dirasai keseluruhan masyarakat di negara ini.
5. Dimarahi Zahid
Awal September lalu, Surendran dalam sebuah akhbar mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menyelar sikap tidak bertanggungjawab ahli pembangkang ini yang terus mempolitikkan usaha kerajaan itu.
"Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh KDN hanya 'hangat-hangat tahi ayam' untuk Perhimpunan Agung UMNO.
"Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan oleh saya, tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar." - UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Akta 153 hanya bagi UMNO dan bukan utk yg lain bodoh.
wey mat sabu, takde sapa nak paksa ko tertakluk kepada artikel 153. kalo ko taknak, lagi bagus. cumanya, 153 ada dalam perlembagaan. tak taulah masa perlembagaan tu didraf dan disiapkan, tok nenek ko ada atau tidak kt negara ni. mungkin jugak takde sebab mana tau ko adalah keturunan merempat kt tanah air malaysia. mungkin jugak ko ni pendatang asing, atau jugak keturunan datang naik tongkang dari tanah besar cina atau benua keling. mana tau kan!!! hahahaha...
Artikel 153 adalah untuk UMNO?? Jika begitu tolong daftarkan mangkok-mangkok dalam PAShit supaya mendaftarkan bangsa mereka sebagai PASngok... boleh tak?? Jadi ketika itu artikel 153 memang betul2 solid untuk UMNO. Ketika ini, mangkok2 PAShit tetap nak status bumiputera jugak...!!!!
Catat Ulasan