Selasa, November 19, 2013

Pas baru sedar selepas 'terasa hanching di kencing' DAP?


Karpal mesti minta maaf

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari mulai hari ini.

Menurut beliau, sekiranya Karpal gagal berbuat demikian, Dewan Pemuda Pas akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tindakan selanjutnya.

"Kami menuntut kepemimpinan DAP meminta Karpal memohon maaf kepada Pas dan menarik balik kenyataan terbaharunya tentang tidak perlu diwujudkan parti politik yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan di Malaysia.

"Dan juga mengenai hasrat beliau untuk pada akhirnya menghapuskan secara mutlak dari medan politik Malaysia parti yang diasaskan kepada pertimbangan keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Karpal sebelum ini pernah menafikan beliau meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.


Sebaliknya, Karpal dalam kenyataannya semalam memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan sambil menuduhnya berbohong serta mencabar pemimpin muda Pas itu mengeluarkan keseluruhan transkrip sidang akhbar berkenaan.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada petikan transkrip terjemahan bahasa Melayu yang dilampirkan bersama kenyataan Raja Ahmad Iskandar, Karpal berkata:

"Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi Pas juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum."

Raja Ahmad Iskandar menambah, kenyataan Karpal yang berdegar-degar itu tidak mampu mencalarkan pendiriannya walau sedikit pun.

"Hakikat yang tidak mampu diubah oleh sesiapa, malah tidak sama sekali dinafikan oleh Karpal sendiri dalam kenyataan terbaharunya ialah bahawa beliau dalam sidang akhbar pada 5 November memang memasukkan Pas ke dalam senarai parti perkauman dan keagamaan yang perlu dibatalkan pendaftarannya," ujarnya.

Sementara itu jurucakap 'Tin Kosong' Pas, Mahfuz the Mr.Bean berkata Pembohongan calar imej Pas, DAP?

Pengerusi DAP, Karpal Singh didesak bersikap jujur dalam mendepani isu berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran Pas dibatalkan berikutan pendedahan rakaman kenyataannya itu kelmarin.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar@The Mr.Bean berkata, selaku ahli politik berpengalaman, Karpal seharusnya berani mengakui kesilapannya jika benar mengatakan perkara tersebut.


"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.

"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej Pas tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," katanya seperti dilaporkan portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.

Karpal sebelum ini menafikan kenyataannya yang menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum dibatalkan kerana membahayakan negara.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut.

Walau bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas Pusat kelmarin tampil mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Mengulas lanjut, Mahfuz mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada Pas, tetapi juga kepada Kit Siang dan DAP.

"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya.

Dah basah kuyup kena kencing, baru nak sedar...!!! HamPas..?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: