Ahad, November 17, 2013

Amaran buat Wee Ka Siong...!!! Jangan Nak Tunjuk Biadap Dengan Sultan?


Pimpinan Perkasa Selangor tidak dapat menerima kenyataan Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong yang memperlihatkan politik biadap dan sempit apabila memperlekehkan titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan kalimah Allah di laman web free malaysia today.

Beliau bukan sahaja biadap malah pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan menyindir apabila boleh memberikan penjelasan sebanyak dua muka surat untuk membolehkan kalimah ALLAH digunakan kafir.

Apakah politik biadap dan sempit ini semata-mata ingin mengalih perhatian umum terhadap kemelut yang dialami MCA atau sekadar menonjolkan ‘kehebatan’ mereka menjelang pemilihan MCA akan datang dan mungkin mereka juga bertindak sebagai ‘suara’ bagi DAP untuk menghina institusi Raja?.

Jika titah Sultan sebagai ketua bagi agama Islam dalam negeri di Malaysia boleh dibantah secara terbuka dan tidak menghormati beliau, Perkasa Selangor melihat beliau tidak layak menggunakan sebarang gelaran mahupun kurniaan dari institusi Diraja.

Beliau sewajarnya menyerahkan kembali gelaran datuk yang digunakannya sekarang.

Titah baginda Tuanku Sulatan Selangor sebelum ini , sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

Taminsari berkata...

Rakyat menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas titah berhubung larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Khamis lalu.

Bukan kali pertama baginda bertitah demikian dalam isu tersebut, yang besar maknanya kepada syiar Islam.

Apabila menyentuh soal-soal kepentingan Islam, baginda selaku ketua agama Islam negeri sedikitpun tidak bertolak ansur.

Rekod telah membuktikan bukan cara baginda untuk berdiam dan teragak-agak bersuara ketika kedudukan Islam diasak.

Peringatan terbaharu Sultan Selangor itu adalah mesej yang jelas dan tegas. Diharap tiada mana-mana pihak mengambil mudah titah tersebut demi memelihara keharmonian.

Rakyat sangat terganggu dengan reaksi pihak tertentu bukan Islam yang mencabar larangan tersebut walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu.

Adalah dijangka provokasi itu akan berterusan dalam banyak bentuk. Dan, sampai bila umat Islam harus bersabar, yang kesabaran itu ada batasnya.

Diharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas dan lebih pre-emtif kerana ia sudah menjadi isu ancaman keselamatan. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Wallahuallam..