Isnin, November 11, 2013

Permohonan maaf Air Asia kepada Utusan Malaysia - Mengapa tidak dilakukan sendiri oleh Azran Osman?


Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencemuh akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu’ pada 7 Mei yang lalu.

Azran secara terbuka menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya adalah rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)".

Dalam akaun Twitter pula, beliau turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia.


Terbaru ialah kenyataan Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun :

Ketika ditanya mengenai tindakan Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani yang mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan menyatakan pendiriannya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan menerusi laman sosial sekitar Mei lalu, Kamarudin menjelaskan, pendirian Azran tidak mewakili pendirian AirAsia.

Katanya, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu.

"Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu," ujarnya.


Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.

"Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya," ujarnya. Selanjutnya sila baca di sini.

AirAsia sudahpun meminta maaf di atas tindakan pegawainya yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu. Yang lain-lainnya bagaimana?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: