Rabu, Disember 18, 2013

Husam semakin 'dipinggirkan' di Kelantan?


Pengumuman Husam Musa yang ‘diturunkan pangkat’ dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kelantan kepada Timbalan Pesuruhjaya 3, terus menimbulkan pelbagai persoalan apabila tiada penjelasan mengenainya dibuat.

Antara persoalan yang mula menjadi perbualan orang ramai ialah, kemungkinan perkembangan itu satu lagi petanda ke arah penyingkiran Husam daripada menduduki saf kepimpinan Pas negeri setelah digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah semasa diminta mengulas isu tersebut berkata, senarai Badan Perhubungan Pas Kelantan itu hasil daripada cadangan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob.

“Saya tidak boleh beri ulasan. Itu cadangan Pesuruhjaya Pas negeri dengan persetujuan Badan Perhubungan Pas negeri. Sebab-sebabnya kita tidak tahu. Itu kena tanya Pesuruhjaya," katanya dihubungi di sini hari ini.


Semalam, Ahmad melalui laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan mengumumkan senarai Badan Perhubungan Pas Negeri yang baharu dengan menyaksikan Husam ‘diturunkan pangkat’ daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 kepada Timbalan Pesuruhjaya 3.

Kedudukan terbaharu Husam itu semakin menimbulkan persoalan mengenai masa depan politik beliau di negeri ini selepas digugurkan daripada barisan Exco kerajaan negeri sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan ahli Pas.

Mohd. Amar yang baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 berkata, keputusan tersebut dibuat secara kolektif setelah Badan Perhubungan Pas Negeri menerima cadangan daripada Pesuruhjaya Pas negeri.

Selanjutnya sila baca di sini dan sini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: