Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Oktober 10, 2013
Husam guna sidang DUN untuk 'bantai' kerajaan PAS Kelantan?
Buat pertama kali dalam sejarah sejak tahun 1990, kerajaan Pas Kelantan 'dikritik hebat' oleh penyokongnya sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berlangsung hari ini.
Datuk Husam Musa yang baru sebulan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, dilihat seolah-olah bertindak sebagai 'pembangkang' apabila mengkritik kerajaan negeri habis-habisan.
Beliau seperti cuba membuka 'pekung' kerajaan negeri yang pernah disertainya selama dua penggal sebelum tidak dilantik semula sebagai Exco selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, sehingga timbul pertikaman lidah dengan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.
Husam bangun mencelah beberapa kali ketika sesi penggulungan oleh kedua-dua wakil kerajaan itu biarpun pada mulanya tidak dibenarkan oleh Speaker, Abdullah Ya'kub.
Antara isu yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Pas itu ialah urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pembinaan lebuh raya rakyat, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) dan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Malah ketika bertikam lidah dengan Mohd. Nassuruddin, Husam berkata, beliau tidak akan teragak-agak mendedahkan lebih banyak pekung kerajaan negeri jika 'dipaksa' berbuat demikian.
"Jenayah syariah saya bukan kata Kelantan guna pada pilihan raya tetapi tengok dalam surat khabar ketika pilihan raya dahulu.
"Rakyat hendak tengok apa yang kita sudah buat untuk melaksanakan hudud, dari segi infrastruktur, pelaksanaan, hakim dan kakitangan untuk melaksanakannya.
"Jangan paksa saya cakap benda yang tidak sepatutnya dalam Dewan, saya sudah cakap dalam parti sudah banyak kali tetapi tidak ada tindakan," katanya.
Terdahulu, Mohd. Nassuruddin membidas Husam kerana mendakwa kerajaan negeri tidak serius dalam melaksanakan hukum hudud.
"Kerajaan sentiasa serius untuk melaksanakan hudud malah, pada tahun depan kita memperuntukkan RM1 juta untuk kemudahan melaksanakan hukum tersebut.
"Apa yang kita putuskan dalam dewan ini akan dilaksanakan dan sekarang mesyuarat teknikal pelaksanaan hudud sudah bermula," katanya.
Dalam pada itu, Hanifa pula membidas Husam kerana tidak menyertai lawatan ke loji rawatan air yang dianjurkan oleh pihaknya untuk melihat sendiri keupayaan operasi loji tersebut.
"Yang Berhormat Salor tidak datang ketika kita membuat lawatan ke loji rawatan air, kita amat mengalu-alukan kedatangan YB untuk melihat sendiri dan memberikan pendapat agar ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya.
Beliau menjawab cabaran Husam supaya AKSB membawa ADUN melawat loji rawatan air esok bagi melihat sendiri keupayaan loji tersebut.-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan