Ahad, Oktober 20, 2013

Tewas bergaya - Nampaknya Mukhriz Lebih Popular Dari Hisham?


Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi. Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.

Mukhriz telah membuktikan malam ini bahawa beliau adalah future leader dan kita kena terus beri sokongan supaya beliau menjadi Naib Presiden No 1 pada pemilihan akan datang datang iaitu 3 tahun dari sekarang.

Kepada penyokong-penyokong Mukhriz diluar sana, jangan putus asa, perjalanan masih jauh lagi dan perjuangan belum selesai. Maju ke hadapan dan Perjuangan diteruskan. Mukhriz ada satu lagi tugas yang perlu dia lakukan iaitu PRK Sg Limau.


Lebih 146,000 ahli akar umbi Umno membuat pemilihan barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) termasuk tiga jawatan Naib Presiden dalam mesyuarat perwakilan serentak di 191 bahagian di seluruh negara hari ini.

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kedua-duanya telah dimenangi tanpa bertanding, masing-masing oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain memilih kepimpinan tertinggi Umno di peringkat pusat, perwakilan juga memilih barisan pimpinan di peringkat bahagian masing-masing.

Pada 12 Oktober lalu, pemilihan secara serentak juga diadakan bagi sayap-sayap meliputi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, juga di semua 191 bahagian.

Bagi jawatan pusat, pemilihan kali ini diadakan mengikut kaedah "electoral college", yang mana calon yang mendapat undi tertinggi di satu-satu bahagian dikira pemenang di bahagian terbabit dan mendapat satu undi.

Umno menganggap sistem baru ini sebagai usaha untuk mendemokrasikan parti dan membanteras politik wang. Sebelum ini, pemilihan Umno bagi peringkat pusat hanya membabitkan sekitar 2,500 orang dan diadakan bersempena perhimpunan agung parti di ibu negara.

Kepada mereka yang menang pada pemilihan parti hari ini, hendaklah menghulurkan tangan persahabatan dan bukannya bermegah atau angkuh dengan kuasa yang ada demi masa depan lebih gemilang. Ingat, kemenangan diraih perlu dianggap sebagai amanah besar yang perlu dipikul!

Yang kalah, tidak kalah dalam perjuangan. Perjuangan masih boleh diteruskan. Inilah semangat ahli UMNO yang sejati. Inilah yang dikatakan pertandingan persahabatan dalam keluarga.

Rapatkan barisan, teruskan perjuangan. Masih ada hari esok dan biarlah hari esok itu lebih hebat dan gemilang daripada hari ini!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: